Thursday, October 9

Tips Cuci Lantai Dapur Tanpa Sabun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni Fizah nak share tips macam mana nak cuci lantai dapur tanpa menggunakan sabun. Dalam banyak-banyak lantai yang ada di rumah kita lantai mana yang paling berminyak? Semestinya lantai dapur kan. Sebab dapur lah tempat kita masak dan tempat kita makan.

Actually tips ni Fizah terjumpa masa duk scroll FB pagi tadi. Agak menarik sebab Fizah pun tak berapa yakin nak guna pencuci lantai yang ade jual kat luar sana tu. Ye la sebab selalunya lepas mop lantai mesti rasa tapak kaki macam melekit-lekit tapak kaki.

So Fizah nak share la tips yang Fizah jumpa ni.

Untuk membersihkan lantai dapur yang berminyak, anda hanya perlukan:


BAHAN-BAHAN:
  • Buah lemon
  • Garam kasar
  • Berus

CARA -CARA:
  • Hiris buah lemon menjadi kepingan-kepingan nipis.
  • Letakkan di lantai yang mahu dicuci bersama dengan sedikit taburan garam kasar.
  • Biarkan seketika dan sental hingga kesan kotoran tanggal. Bilas menggunakan air bersih. Insya-Allah kotoran berminyak tersebut akan hilang.
Selamat Mencuba :)

Okay tu tips yang Fizah jumpa pagi tadi. Actually Fizah nak share sejak menjadi pengguna tegar Shaklee ni Fizah dah lama jugak la tak beli pencuci lantai yang ada kat luar tu. Fizah cuci lantai menggunakan produk Shaklee yang power ni iaitu Basic H.


Cara penggunaan Basic H ni pun agak mudah dan menyenangkan. Hanya gunakan satu titik untuk satu baldi air lepas tu boleh mop lantai rumah anda. Nak tau apa BONUS yang akan anda dapat bila menggunakan Basic H ni ?
  • Lantai BERSIH dan BERKILAT
  • Tiada LALAT dan SEMUT 
  • Boleh spray di TONG SAMPAH rumah anda
  • Boleh digunakan di CERMIN dan TINGKAP rumah
  • SIRAM pokok bunga kesayangan anda
  • Cuci kereta
Haissshhh macam-macam lagi lah kegunaan Basic H ni. Fizah memang suka sangat guna Basic H ni. Bayangkan eh Fizah dah guna Basic H ni dekat 2 tahun dah tapi baru luak separuh. Harga pulak memang berbaloi-baloi la.

Kalau anda nak try menggunakan Basic H ni jangan segan-segan dapatkannya dari Fizah ya. Benda baik dan elok kenalah share. Tak elok simpan sorang-sorang.

Untuk lebih details mengenai Basic H ni boleh klik SINI


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)