Saturday, January 6

CoQ-Trol Plus Shaklee

CoQ-Trol Plus Shaklee sebelum ini dikenali sebagai Coq Health. Selepas setahun menghilang, kini ia muncul kembali dengan formulasi terbaru dari Shaklee.
Manfaat dalam CoQ-Trol Plus Shaklee
Apa itu CoQ10?

Ia adalah Coenzyme Q10 (CoQ10) yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria (stesen janakuasa sel). Contoh mudah nak faham ialah eletrik. Kalo tiada stesen janakuasa, takde eletrik yang akan dibekalkan. Sama juga, kalo ada stesen janakuasa, tapi tiada bahan yang hendak diproses menjadi elektrik.

CoQ10 ini tinggi di dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia mampu menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan bagi melindungi sel-sel badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Dan apabila usia kit asemakin meningkat, tahap CoQ10 ini semakin menurun dan kita perlu mengambil dari pemakanan lain untuk "top-up" semula.

Tahukah Anda?

Kajian yang dibuat oleh Shaklee sendiri menunjukkan 1 biji Coq Trol Plus ini mampu memberi banyak manfaat pada badan. Dan bagi mendapatkan 100mg CoQ10 ini, kita sebenarnya perlu mengambil 
  1. 3 kg Daging
  2. 100 cawan brokoli rebus
  3. 100 sudu makan minyak Canola
  4. 3.3kg mentega kacang
Sebenarnya, tubuh badan kita mampu menghasilkan CoQ10 tetapi keupayaan ini mula menurun pada usia 20 tahun dan berkurangan secara mendadak pada usia 40 tahun ke atas.

Apakah formulasi terbaru CoQ-Trol Plus ni?

5 Formulasi terbaru CoQ-Trol Plus Shaklee
  1. Berkepekatan tinggi (100mg) CoQ10
  2. Mengandungi kombinasi 2mg resveratrol sebagai anti-keradangan
  3. Kombinasi 5mg Tokoferol sebagai antioksidan
  4. Mengandungi minyak zaitun yang dipatenkan untuk penyerapan unggul
  5. Bebas Gluten
5 Khasiat dan Kebaikan CoQ-Trol Plus Shaklee
Kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari
1. Kekal Bertenaga sepanjang hari

CoQ10 mampu meningkatkan tenaga bagi menyokong gaya hidup aktif. DIsamping itu, ia juga mampu meningkatkan kekuatan otot dan mempercepatkan proses pemulihan luka pada badan.

Melindungi jantung
2. Memperbaiki Peredaran Darah

CoQ10 paling banyak didapati di jantung kita kerana ia perlu menggunakan palling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan kita. Jantung kita perlu mengepam kira-kira 2,000 gelen darah ke seluruh badan setiap hari tanpa gagal, kalo tak penyakit lain yang akan timbul.

Apabila jantung kita tidak berfunsi secara optimum, itu yang boleh mendatangkan penyakit jantung. 80% penyakit jantung dapat dicegah jika kita mengubah tabiat pemakanan, bersenam, kawal tahap kolestrol dan tekanan darah dalam badan.

Dengan ini, CoQ10 memberi banyak manfaat kepada jantung seperti:-

  • Menguatkan otot jantung
  • Membantu peredaran darah dengan lancar
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Meningkatkan tahap tenaga untuk pesakit yang mengambil Statin.


3. Meningkatkan Kesuburan

a) Perlindungan antioksidan
Bertindak sebagai antioksidan yang mampu melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas dan juga mampu meningkatkan jumlah sperma.

b) Meningkatkan Tenaga
Semakin banyak CoQ10 dalam mitokondria, semakin cepat pergerakan sperma untuk membantu meningkatkan peluang persenyawaan.

c) Kesihatan Kesuburan
Kajian yang dibuat ke atas 228 lelaki yang tidak subur, 114 lelaki diberi 200mg CoQ10 setiap hari. Manakala 114 lelaki lain sebagai aras kawalan. Keputusan yang dapat dihasilkan ialah jumlah sperma mereka meningkat & pergerakan sperma juga sangat aktif berbanding dengan lelaki yang tidak mengambil CoQ10.
Kulit akan bertambah cantik dan berseri
4. Kulit bertambah cantik dan berseri

Tahukah anda bahawa CoQ10 terdapat banyak pada permukaan kulit lipid pada bahagian epidermis. Antara manfaat CoQ10 ialah :-

  • Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit.
  • Memberi tenaga kepada sel bagi memperbaiki dan penghasilan sel baru.
  • Membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan pada muka.
  • Membantu mengekalkan keanjalan kulit.
  • Kulit akan kelihatan lebih muda dan sihat.


Membantu menajamkan minda
5. Membantu Menajamkan Minda

Apabila usia kita semakin meningkat, tahap CoQ10 semakin berkurangan (seperti yang diterangkan pada bahagian atas tadi). Dengan pengambilan CoQ10 yang berterusan, ia mampu membekalkan tenaga kepada otak. Dan dalam masa yang sama, CoQ10 bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi neuro dan mengurangkan amyloid.

Antara manfaat CoQ10 untuk bahagian minda ialah :-
  • Mampu memberi lebih fokus dan peka.
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.
  • Meningkatkan daya ingatan.
  • Meningkat keupayaan pembelajaran.

BERMINAT NAK CUBA CoQ-Trol Plus Shaklee?
Harga sebotol hanya RM148 dan ianya mampu bertahan selama 1 bulan.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah) 

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)