Thursday, October 12

Kisah Haziq dan Kudis Api


Bulan ni bulan yang agak mencabar sebenarnya. Struggle jugak sebenarnya nak siapkan entry untuk blog ni namun Allah datangkan ujian buat kami sekeluarga.

Isnin lepas, anak sulung Fizah, Muhammad Haziq Haiqal terkena jangkitan kulit. Kalau bulan Ogos hari tu dia dijangkiti Hand, Feet and Mouth Disease, kali ni Haziq dijangkiti KUDIS API atau dalam bahasa perubatan orang sebut Bullous Impetigo.

Seriously, ni pertama kali Fizah dengar nama penyakit ni. Kalau Kudis Buta tu pernah la jugak dengar. Ni kudis api. Memang tak pernah dengar la.

Gambar dari Google

Ape itu impetigo ?

Impetigo adalah infection di kulit yang disebabkan oleh staphylococcus (Staph) dan streptococcus (Strep) bacteria. 

Impetigo ni biasanya akan menyerang pada kanak-kanak terutama berusia 2-5 tahun.

Biasanyai berlaku dalam persekitaran yang hangat dan lembap dan tersebar melalui direct contact dan akan menghasilkan lepuh atau luka pada muka, leher, tangan dan lampin.

Impetigo pulak terbahgai kepada 2 jenis iaitu Bullous Impetigo dan Non-Bullous Impetigo.

Antara 2 jenis ni, Bullous Impetigo lah yang bahaya. Ia boleh berjangkit melalui direct / close contact with someone who has it but sometimes from towel, toys, household, etc.

Dan lagi satu point penting, eczema juga boleh menyebabkan Impetigo ni lebih mudah berjangkit.


Hasil carian imej untuk bullous impetigo
Ihsan dari Mr. Google

Haaa kalau tengok pada gambar-gambar tu memang ngeri kan. Fizah tengok benda ni dekat badan Haziq pun dah seriau.

Fizah tak sempat nak snap gambar masa mula-mula kena dulu. In Shaa Allah lepas ni Fizah akan share lebih detail kisah ni supaya Haziq pun boleh baca bila dah besar nanti.

2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)