Friday, September 29

Setelkan Baki Pinjaman PTPTN melalui KWSP


Assalamu 'alaikum dan Selamat Sejahtera.

Kali ni Fizah nak share macam mana cara nak setelkan hutang PTPTN dengan KWSP.
Kita boleh menggunakan Akaun 2 KWSP untuk langsaikan hutang PTPTN.

Memandangkan Encik Suami baru lepas setelkan hutang PTPTN ni, Fizah nak share la serba sedikit apa yang Encik Suami buat.

Macam mana cara nya ?
Ikut step yang Fizah tunjukkan di bawah.


1. Perlu ada iakaun dengan KWSP. Cara register boleh rujuk SINI

2. Bila dah register, buka iakaun then Log in ke iakaun dan pilih WITHDRAWAL



3. Then, pilih NEW APPLICATION. Page akan keluar seperti dalam gambar.



4. Untuk pembayaran PTPTN pilih EDUCATION.



5. Isi maklumat yang diperlukan. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan then SUBMIT.



6. Bila dah Submit, anda akan terima SMS ataupun Email daripada KWSP. 
  • Pihak KWSP akan minta anda datang ke pejabat untuk proses tumb print dan pengesahan sijil. 
  • Sila bawak bersama transkrip dan sijil konvo. 
  • Pegawai KWSP akan print out permohonan anda dan jumlah bayaran ke PTPTN. 
  • Sila check permohonan tersebut. Sekiranya ada kemusykilan terus tanya pegawai tersebut. 
  • Bila semua dah selesai, tunggu email daripada PTPTN menyatakan bayaran telah berjaya dan boleh lah semak penyata di laman web PTPTN.




7. Yahoooo setel dah hutang dengan PTPTN 😃😃


Fizah harap entry kali ni dapat beri manfaat serba sedikit pada anda yang tercari-cari bagaimana untuk langsaikan hutang PTPTN dengan menggunakan KWSP.

Happy Reading 😊

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)