Saturday, September 16

Perbezaan Vitamin Sintetik, Organik dan Semulajadi


Siapa kat sini ambil vitamin ?
Vitamin apa yang korang ambil ? 
Korang ambil vitamin tu untuk apa ?

Ramai orang ambil vitamin tapi tak ramai orang yang tahu apa perbezaan antara vitamin sintetik, vitamin organik dan vitamin semulajadi.
Pentingnya sebenarnya untuk kita kenali jenis-jenis vitamin supaya kita boleh pilih vitamin yang boleh beri banyak kebaikan dan faedah kepada si pengamal.

Vitamin boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. Kita boleh dapatkan vitamin melalui diet harian, daripada cahaya matahari, ataupun daripada cecair dan kapsul yang dibeli daripada farmasi.
Vitamin penting untuk kesihatan demi menjamin kelancaran fungsi dalam badan.



Imej yang berkaitan
Ini bukan gula-gula tau 😊


Kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai masalah.
Sistem tubuh tak dapat berfungsi dengan baik dan sistem badan menjadi lemah.
Antara kesan kekurangan vitamin ialah kegagalan fungsi organ, serangan penyakit, tekanan dan seterusnya menjejaskan kualiti hidup.

Atas kesedaran ini, maka ramai orang dah mula amalkan pengambilan vitamin.
Tapi, sedarkah kita bahawasanya vitamin yang kita ambil yang kononnya nak membantu tingkatkan kesihatan silap-silap boleh menjadi ancaman pada kesihatan kita pula !

Kebanyakan orang tak sedar kebanyakan vitamin yang dijual di kedai-kedai adalah vitamin sintetik.



Hasil carian imej untuk supplement




Perbezaan Antara Vitamin Sintetik, Vitamin Organik Dan Vitamin Semulajadi


Apakah Vitamin Sintetik ?

Pemakanan harian yang seimbang dapat memberikan kita nutrien penting kepada badan. Tapi supplements pula membantu dalam memastikan badan kita mendapatkan jumlah nutrien harian yang secukupnya. Masalahnya banyak vitamin dan mineral dihasilkan secara sintetik dengan menggunakan bahan kimia yang diambil bukan daripada sumber semulajadi.

Vitamin sintetik dicipta untuk meniru vitamin dan cara vitamin semulajadi bertindak dalam badan. Ia mengandungi bahan kimia yang tidak dapat bertindak-balas dengan mesra dengan sel-sel tubuh. Hasil akhir daripada bahan kimia ini akan menjadi toksin dan terkumpul dalam hati.

Vitamin sintetik selalunya tidak terus boleh digunakan oleh badan dan seterusnya hanya menunggu masa untuk dibuang. Ataupun akan disimpan dalam badan sehinggalah badan mendapatkan atau menghasilkan nutrien yang diperlukan untuk membolehkan badan menggunakan vitamin tersebut secara efektif.

Vitamin sintetik juga selalunya tidak mengandungi mineral galian penting dan menyebabkan badan terpaksa menggunakan mineral galian sedia ada dalam badan untuk membolehkan vitamin sintetik tersebut diproses. Ini menyebabkan badan akan kekurangan mineral tertentu yang penting dalam badan.


Apakah Vitamin Organik ?

Vitamin organik adalah vitamin semulajadi yang dihasilkan daripada bahan kimia organik ataupun bahan pertanian organik. Dalam masa yang sama vitamin ini tidak dicampurkan dengan sebarang bahan lain. Mineral bahan kimia organik mengandungi karbon dalam komposisi kimianya.

Walaupun mineral pertanian organik dihasilkan tanpa menggunakan baja kimia, pestisid dan herbisid. Kebanyakan vitamin organik tetap mengandungi sedikit bahan kimia untuk meningkatkan kualiti vitamin organik tersebut dan dalam masa sama hendak menjaga ketahanan dan kualiti vitamin supaya tak cepat rosak.


Apakah Vitamin Semulajadi ?

Vitamin semulajadi adalah vitamin yang dihasilkan daripada bahan berunsurkan tumbuhan yang mengandungi kadar vitamin berkenaan yang tinggi dan bukannya dihasilkan melalui tiub tabung uji di makmal. Cara pemprosesannya adalah secara semulajadi mungkin tanpa memusnahkan nutrien dalam bahan utama.

Vitamin semulajadi datang dalam pakej lengkap yang turut mengandungi jenis vitamin yang lain, enzim dan mineral yang dapat mengawal cara badan mengenali, memetabolismakan dan menggunakan vitamin berkenaan seperti yang diperlukan oleh badan.

Vitamin semulajadi adalah vitamin yang hadir dalam bentuk asli tanpa bahan tiruan tidak kiralah samada dari sumber haiwan atau tumbuhan.



Hasil carian imej untuk shaklee



Vitamin Shaklee dihasilkan oleh Shaklee Corporation merupakan syarikan nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat. Semua vitamin Shaklee yang dihasilkan mesti melepasi 3 syarat utama iaitu sihat semulajadi, selamat untuk penggunaan dan terbukti berkesan setelah ujian klinkal dijalankan. Selagi tidak melepasti 3 syarat ni, produk itu tidak diluluskan untuk dipasarkan.

Jadi, cuba periksa vitamin-vitamin yang terdapat dalam rumah anda. Adakah ianya sintetik, organik ataupun semulajadi? Buat lah pilihan yang tepat dengan memilih vitamin semualajadi kerana ianya ternyata lebih sihat dan selamat. Walaupun fungsi vitamin kebanyakannya sama dan bila makan, kita tak rasa kesan segera.

Tapi hakikatnya kita tak nampak apa yang berlaku dalam sel dan organ dalaman badan. Pengumpulan bahan kimia bahaya menjadi toksik kepada sel tubuh. Ianya tak memberi kesan dalam masa terdekat tapi mungkin dalam jangka masa panjang. Hati-hati dalam memilih apa yang ingin kita masukkan dalam badan.


..


Untuk Info & Order 😊


019 659 1541 (Fizah) 
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Besereah, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)