Thursday, September 14

Kelebihan & Manfaat Kunyit



Hasil carian imej untuk kunyit


1. Mencegah Kanser.

Kunyit boleh membantu anda mencegah daripada menghidap kanser, berhentikan perkembangan kanser prostat (sekiranya ada) dan bahkan membunuh sel kanser.
Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat didalam kunyit ini yang boleh melawan kanser sel dan pada masa yang sama melindung badan daripada mendapat sel kanser tersebut.

Selain itu, ada kajian yang menyatakan kunyit boleh menghalang anda daripada mendapat sel barah seperti T-cell leukemia, colon carcinomas dan breast carcinomas.


2. Merawat Arthritis.

Bahan anti-radang (anti-inflammation) yang terdapat di dalam kunyit sangat baik dalam merawat osteoarthritis dan arthritis rheumatoid. Pada masa yang sama, kandungan anti-oksida yang terdapat didalam kunyit boleh melawan radikal bebas yang terdapat di dalam badan.
Radikal bebas boleh merosakkan sel di dalam badan, oleh itu kita perlu mengeluarkannya dari badan kita.
Kajian telah menjumpai bahawa orang yang mengalami arthritis rheumatoid dan mengambil kunyit secara berterusan dalam diet pemakanannya boleh mengurangkan kesan kesaikitan pada sendi.


3. Mengawal Kencing Manis (Diabetes).

Kunyit boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Kunyit boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini.
Selain itu, kunyit boleh membantu anda mengurangkan rintangan insulin (insulin resistance) yang mana boleh menghalang anda daripada mendapat Tahap-2 Diabetes.
Namun bergitu, sekiranya pengambilan kunyit bersama ubat yang kuat, ia boleh menyebabkan kadar gula dalam darah sangat rendah (hypoglycemia). Ianya adalah terbaik untuk merujuk doktor pakar sebelum anda mengambil kapsul kunyit.


4. Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan.

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan kunyit dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya adalah masalah jantung dan darah tinggi.


5. Meningkatkan Kadar Imunisasi Badan.

Kunyit mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai #lipopolysaccharide, yang mana boleh meningkatkan tahap imunisasi badan. Selain itu, kunyit secara semulajadi boleh bertindak sebagai satu ajen anti-bakteri, antiviral dan antikulat boleh memainkan peranan dalam membantu badan melawan benda asing, pada masa yang sama boleh membantu sistem imunisasi badan.
Dengan mempunyai sistem imun yang kuat, anda boleh mengelakkan daripada mendapat demam, selesema dan batuk.

Sekiranya anda menghidapinya sekarang, anda boleh mencepatkan proses penyembuhan dengan mengambil petua ini:

Campurkan satu sudu teh serbuk kunyit kedalam satu gelas susu suam.
Kemudian minum setiap hari sehingga sembuh.


6. Menyembuhkan Luka.

Kunyit merupakan satu antiseptik dan ajen anti bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectant yang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.

Selain itu, kunyit boleh mencepatkan penyembuhan kulit dan boleh dijadikan satu rawatan kepada psoriasis dan masalah kulit yang lain.


7. Mengawal Berat Badan.

Serbuk kunyit boleh membantu anda menurukan berat badan dengan mengawalnya. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan lemak di dalam badan.
Oleh itu, jika anda ingin menurunkan berat ataupun ingin mengelakkannya daripada meningkat, anda boleh memasukkan kunyit dalam diet pemakanan anda. Terdapat banyak resepi makanan yang boleh melibatkan penggunaan kunyit, oleh itu anda bolehlah mencubanya.


8. Mencegah Penyakit Alzheimer ( Nyanyuk).

Radang pada otak (brain inflammation) adalah salah satu faktor utama yang membawa kepada gangguan kognitif (cognitive disorders) seperti penyakit Alzheimer. Kunyit boleh menyokong kesihatan otak secara umum dengan mengeluarkan plak yang terbentuk dan memperbaiki peredaran darah.
Pada masa yang sama boleh mencegah tidak pun melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer.
Dalam satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa kunyit boleh membantu proses penyembuhan sel stem di dalam otak.


9. Memperbaiki Sistem Penghadaman.

Banyak komponen yang terdapat di dalam kunyit yang boleh menyumbang kepada sistem penghadaman dan mengurangkan simptom perut kembung dan masalah gas dalam badan.
Selain itu, kunyit juga boleh membantu anda merawat beberapa penyakit keradangan usus termasuklah ulser kolitis. Namun, perlu diingat bahawa orang yang mengalami masalah pundi hempedu tidak digalakkan untuk mengambil kunyit kerana ia boleh menyebabkan keadaan tertambah teruk.
Dalam satu kajian pada tahun 1989, ubat supplement  yang diperbuat daripada kunyit memberikan kesan yang efektif dalam menangani masalah pedih ulu hati dan ketidakhadaman.


10. Mencegah Penyakit Hati.

Kunyit boleh bertindak sebagai satu penyahtoksik untuk hati. Secara umum, hati menyahtoksik darah dengan menghasilkan enzim dan kunyit boleh membantu perbentukan enzim tersebut. Pada masa yang sama, kunyit juga boleh membantu peredaran darah di dalam badan. Semua ini akan membantu kesihatan dan kestabilan fungsi hati.


11. Mencegah Sakit Jantung.

Kunyit mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai curcumin yang memainkan peranan yang penting kepada kesihatan jantung.
Pada tahun 2012, satu kajian telah dibuat ke atas 121 pesakit di mana separuh daripada mereka mengambil kapsul curcumin dan separuh lagi mengambil pil placebo.

Bagaimana ini berlaku?
Hal ini kerana anti-oksida dan anti-radang yang terdapat di dalam curcumin memainkan peranan utama dalam mengurangkan kadar sakit jantung sebanyak 65% (kepada yang mengambil kapsul curcumin,bukannya placebo).


12. Mengatasi Kemurungan.

Selain menjaga kesihatan kardiovaskular, curcumin juga boleh memainkan peranan ke atas emosi seseorang yang mengambilnya.
Curcumin dan kunyit mempunyai sejarah yang baik dalam mengatasi masalah kemurungan.

Berdasarkan kajian ini, curcumin boleh bertindak sebagai satu antidepresan yang sangat hebat. Selain mengganggu emosi, kemurungan juga boleh melemahkan otak dalam mempelajari dan ingatan (memori).
Dengan mengambil curcumin/kunyit anda boleh mengelak daripada perkara ini berlaku.Kajian lain yang mendapati bahawa pengambilan kunyit boleh meningkatkan kadar neurotransmitter serotin dan dopamine dalam otak.

2 comments: