Wednesday, September 20, 2017

Info Penyusuan - Tips Menambah Susu Badan


Sebelum ni Fizah pernah share makanan yang perlu dielakkan semasa menyusukan bayi, kali ni Fizah nak share cara-cara untuk menambahkan susu badan pulak. Boleh baca sini jika ingin baca makanan yang boleh mengurangkan pengeluaran susu.

Setiap Ibu pastinya menginginkan bayinya disusui selama 2 tahun dengan jayanya. Banyak faktor perlu diambil sekiranya ingin menjayakan penyusuan si manja sehingga 2 tahun.

Ramai Ibu merasakan susu mereka tiada atau susu mereka kurang. Tahukah anda tiada istilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yag tidak mencari ilmu tentang penyusuan. Menyusukan bayi memang nampak mudah, namun hakikatnya ia tidaklah semudah yang disangka.

Jom tengok bagaimana cara untuk menambahkan susu badan.


Pemakanan penggalak susu (milk booster)

Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Antaranya ialah:

1. Lobak putih

Hasil carian imej untuk lobak putih

Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.


2. Buah longan kering

Hasil carian imej untuk longan kering

Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.


3. Kurma

Hasil carian imej untuk kurma

Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu


4. Pucuk betik/Betik muda

Hasil carian imej untuk betik muda

Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.


5. Halba/Fenugreek

Hasil carian imej untuk halba

Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.


6. Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

Hasil carian imej untuk habatus sauda

Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh juga didapati dalam bentuk kapsul.


7. Moringa/murunggai/pokok kelor

Hasil carian imej untuk pokok kelor

Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita. Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.


8. Jantung pisang

Hasil carian imej untuk jantung pisang
Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.


9. Daun cekur manis/pucuk manis

Hasil carian imej untuk daun pucuk manis

Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.


10. Kacang soya

Hasil carian imej untuk kacang soya

Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Pengambilan Air

Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Pemakanan seimbang

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.


Psikologi

Susu saya cukup untuk bayi saya!

Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.


Kekerapan mengepam

Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.


Doa

Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.


Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu, jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, Fizah cadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berjalan dengan lancar.

Kredit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.