Thursday, September 21

Info Kesuburan - 4 Jenis Sayur yang Boleh Tingkatkan Tahap Kesuburan


Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni Fizah nak share berkaitan dengan kesuburan. Setiap pasangan pastinya ingin memiliki zuriat mereka sendiri. Betul tak ?

Tahukah anda, terdapat 4 jenis sayuran yang boleh membantu mempercepatkan proses kehamilan. Sayuran ini secara spesifiknya mengandungi zink, asid lemak omega 3, antioksidan dan nutrisi lain yang meningkatkan kesuburan wanita, ovulasi dan kualiti telur.

Apakah 4 jenis sayuran tersebut ?


1. Bayam

Bayam mengandungi zat besi, folat, dan antioksidan. Selain itu, bayam juga dapat meningkatkan kesuburan dan membantu kehamilan dengan lebih mudah.

Ambil bayam kukus, tambahkan pada sup atau boleh dimakan mentah sebagai salad.

Hasil carian imej untuk bayam



2. Daun Bit

Daun bit juga kaya dengan zat besi yang dapat meningkatkan potensi kehamilan serta kaya dengan Vitamin C dan folat. Vitamin C dan folat juga merupakan nutrisi yang diperlukan tubuh untuk proses kehamilan.

Hasil carian imej untuk daun bit


3. Brokoli

Brokoli dapat membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti kelebihan metabolit estrogen dalam tubuh, yang mengganggu hormon-hormon kehamilan normal.

Hasil carian imej untuk brokoli

4. Biji labu dan tiram

Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung akan menganggu kesuburan pada isteri dan suami. Oleh itu, zink penting dalam menjaga kualiti telur dan juga sperma.

Hasil carian imej untuk biji labu


Sekiranya anda merancang untuk hamil, banyakkan pengambilan sayur-sayuran yang Fizah sebut tadi. In Shaa Allah kita hanya berusaha, Allah jua yang Mengizinkan.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)