Sunday, December 4

Tips Mendidik Anak untuk Menjadi Lembut Hati dan Lebih Mendengar Kata



Banyakkan memeluk anak-anak

Memeluk anak akan menjadikan mereka rasa tenang dan disayangi. Anak yang sentiasa dipeluk juga lebih mendengar kata, kurang degil, rasa selamat dan dihargai. Kita yang memeluk ni pun akan rasa bahagia dan tiba-tiba boleh hilang rasa nak marahkan anak.



Bayangkan diri kita dimarahi anak dengan erti kata lain cuba letakkan diri kita di tempat mereka. Pasti kita pun tak suka dimarahi sedemikian bukan?



Banyakkan memberi kesedaran kepada anak berbanding memarahi mereka. Jelaskan akibat buruk daripada setiap perbuatan buruk yang dilakukan.



Bacakan Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah di ubun-ubun anak setiap hari bagi meransang otak mereka di samping menjadikan anak lebih tenang, mendengar kata dan baik akhlaknya.



Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat. 

Elakkan perkara haram dan syubhah kerana rezeki yang tidak berkat adalah salah satu punca mengapa anak menjadi degil, nakal dan tidak mendengar kata.



Jangan Mengata Anak Orang kerana setiap apa yang kita katakan akan berbalik pada anak kita juga..



Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. 

Doakan anak dengan perkara yang baik-baik. Mengikut kajian, ibubapa yang istiqamah menasihati dan berdoa ketika anak semasa tidur, insyaAllah anak-anak berubah menjadi lebih baik.



Sabar Sabar Sabar

Bila melangkah alam perkahwinan maka keinginan anak itu menjadi kemahuan pasangan suami isteri. Maka persediaan itu amatlah perlu, kesabaran dalam melayani karenah-karenah mereka.



Ibu Bapa perlu bersyukur setiap anak yang Allah dah berikan. 

Lihat Lah Pasangan Lain Yg Sudah Perkahwin Bertahun Lamanya namun masih belum dikurniakan zuriat.



Ibu Bapa wajib menunjukkan tingkah laku yang baik dan percakapan yang elok.
Kerana Ibu Bapa adalah guru bagi anak. Dan bila anak nakal tak mendengar kata Ibu Bapa check semula kesilapan diri.



Semoga Tips Ini memberi sedikit sebanyak manfaat..


..


Fb ▶ AlQuran Digital Terkini & Termurah

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)