Friday, December 9

Testimoni : NutriFeron untuk Kencing Tikus

Assalamu 'alaikum semua 😊😊

Kali ni Fizah nak share testimoni tentang seorang Ibu yang memberikan anaknya NutriFeron sebagai ikhtiar untuk masalah Kencing Tikus.
" Ingat tak awal bulan hari tu, anak saya telah dijangkiti  Leptospirosis (KENCING TIKUS). Asalnya Fatin demam sehari selepas kami balik dari Kuala Lumpur. Jika diikutkan kami memang tak pergi mandi sungai atau kolam pun sepanjang tempoh cuti 5 hari tersebut. Perjalanan dari KL ke Kota Bharu pun kami hanya singgah makan di R&R Gua Musang sahaja.
Sehari selepas balik dari KL, Fatin start demam, saya berikan PCM yang ada dalam peti ais dulu, 2 hari masih tak baik, kami bawa Fatin ke Klinik swasta, selepas 3 hari masih tak baik juga. Hanya bangun sekejap bila rasa okey. Hari ke 5 masih demam, saya bawa ke Klinik Kesihatan, doktor buat ujian darah untuk mengetahui kalau-kalau demam denggi. ALHAMDULILLAH, ujian darah Fatin negatif denggi. Lega rasanya.
Hari ke 6, Fatin semakin kurang bermaya, makan dua tiga suap sahaja, mula sakit perut dan muntah-muntah. Hati ibu tak tenang rasanya. Tunggu abi balik kerja, lepas Maghrib kami bawa Fatin ke Hospital Machang. Badan makin panas, tapi Fatin kesejukan sampai menggigil. Terus masuk wad kecemasan dan drip air untuk turunkan suhu badan sambil saya sponging walaupun Fatin sejuk.
Sekali lagi doktor membuat ujian darah bila saya ceritakan Fatin demam berlarutan selama 6 hari. Keputusan ujian darah POSITIF LEPTOSPIROSIS!!!
Berdebar jantung saya. Namun saya tak henti berdoa dan berzikir dan positifkan saya. InsyaAllah setiap penyakit ada ubatnya.
Fatin perlu dirawat di hospital untuk beberapa hari. Esoknya saya tengok fail perubatan fatin sebelum doktor datang ke wad. Platlet darah Fatin masa ujian malam tadi 122. Pagi hari pertama, perlu buat ujian darah dan setiap hari hingga hari ke 4. Saya tengok ujian darah hari pertama 133, petang itu suami bawakan NUTRIFERON, malam tu terus saya bagi Fatin 1 sachet NUTRIFERON. Esok pagi-pagi lagi perlu ambil darah lagi. Saya teruskan 1 Sachet Nutriferon setiap hari hingga hari ke 5.
Alhamdulillah keputusan ujian darah semakin baik, dari 122, 133, hari ke 3, 184 dan hari ke 4, 286.  Hari ke 5, tak perlu lagi ambil darah sebab platelet dah naik stabil dan Fatin pun nampak semakin sihat.
Alhamdulillah hari ke 5, Fatin dah discharged dari wad. ALHAMDULILLAH, saya berikhtiar dengan NutriFeron selain antibiotik hospital bekalkan dengan izinNya Fatin sembuh daripada jangkitan kencing tikus."
~ Puan Alang Wati ~
Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)