Saturday, December 10, 2016

Kesihatan - Tanda-tanda Rahim Tidak Sihat



Assalamu 'alaikum semua 😊😊
Kali ni Fizah nak share info untuk wanita 👸


Antara tanda RAHIM TIDAK SIHAT :


1. Sakit Tumit

Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ni lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.


2. Sakit Telapak Kaki

Rasa sengal-sengal, dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.


3. Sakit Pinggang

Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ni lebih kurang macam lenguh dan rasa senggugut juga, tapi di luar waktu datang bulan.


4. Sakit Ari-ari

Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.


5. Kerap Kencing atau kencing tak lawas

Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga di jangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.


6. Sakit Ketika Bersetubuh

Sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ni, juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.


7. Kentut Vagina

Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.


8. Selalu Kembung Perut

Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.


9. Sentiasa Basah

Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...