Tuesday, December 6

Kelahiran - Tips Selepas Melahirkan di Hospital


1. Tukar segera baju setelah selesai segala urusan kelahiran agar anda lebih selesa.

2. Ambil ubat penahan sakit jika diberikan doktor.

3. Apabila bayi tidur, anda pun sepatutnya tidur juga.

4. Jangan malu untuk minta bantuan daripada jururawat bertugas jika ada apa-apa kemusykilan.

5. Pastikan biskut dan air berada dekat dengan sisi anda. Jadi anda tidak perlu bangun dari katil untuk mendapatkannya ketika berasa lapar.

6. Terima tetamu yang mahu menziarahi bayi tetapi hadkan masa kerana anda dan bayi perlu masa untuk berehat.


sumber//PA&MA-9/14

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)