Wednesday, December 7, 2016

Kehamilan - Pertambahan Berat Badan ketika Hamil







Mungkin anda merasa kembung dan pakaian tidak semuat dulu lagi. Dan mungkin akan ada suara-suara dalaman yang mengomel, sampai sebesar manakah saya ini nanti? Adakah boleh saya turunkan berat badan ini? Bolehkah saya menjadi diri saya sendiri semula nanti?

Jangan bimbang tentang berat badan.

Pertama sekali - jangan bimbang tentang berat badan anda. Tidak ada apa yang salah dengan kenaikan berat badan sepanjang kehamilan Itulah yang ditakdirkan untuk berlaku.

Peningkatan berat badan antara 10 - 15 kg adalah 'normal'.
Bayi membentuk 3.5 kilo dari itu, dan selebihnya adalah:
 
• Rahim - sekitar 1 kg
• Plasenta - sekitar 0.5 kg
• Payudara - sekitar 1 kg
• Air ketuban - sekitar 1 kg
• Cecair yang disimpan dalam tubuh - sekitar 1.5 kg
• Peningkatan isipadu darah - sekitar 1.5 kg
• Deposit lemak untuk menyusu badan - sekitar 0.5 - 1 kg



Jika berat badan normal ketika anda mula-mula hamil, pertambahan berat badan sekitar 12 kg sudah mencukupi. Namun, jika anda kekurangan berat badan, tidak ada masalah jika anda meningkatkan lebih banyak, atau kurang jika anda berlebih berat badan. 

Jangan mengamalkan diet. 
Anda tidak boleh sekali-kali mengamalkan diet ketika anda sedang hamil. Terdapat racun persekitaran yang tertanam dalam lemak tubuh anda yang akan dilepaskan apabila berat badan anda menurunkan. Perkara ini boleh membahayakan bayi anda. Terlalu banyak yang dibincangkan tentang berat badan, pertambahan dan penurunannya sepanjang kehamilan. Yang harus anda lakukan adalah makan dengan baik (sihat), lakukan beberapa senaman dan berseronok melalui fasa kehamilan anda.

.

sumber//drypers.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...