Monday, December 5

Bayi - 3 Fakta Mengenai Bayi Anda


Terdapat tiga FAKTA yang perlu anda tahu mengenai bayi anda..

FAKTA PERTAMA 

Kulit bayi berbeza berbanding kulit orang dewasa

  • Kulit bayi lebih nipis dan sel kulit mereka juga lebih halus berbanding sel kulit orang dewasa
  • Kulit bayi mempunyai kandungan air yang lebih tinggi tetapi disebabkan natural moisturizing factor yang lebih rendah maka kulit bayi lebih mudah kering
  • Kulit bayi mempunyai tahap alkali yang tinggi sekaligus terdedah kepada lebih banyak infeksi

FAKTA KEDUA 

Mata bayi sedang berkembang pada tahun pertama usianya

  • Refleksi cahaya mata bayi belum cukup matang - ini memberi risiko sesuatu benda masuk ke falam mata
  • Bayi suka menggosok mata. Oleh itu, kotoran, habuk dan sebagainya yang melekat pada tangan mudah masuk ke dalam mata
  • Penghasilan air mata bayi adalah lebih sedikit maka bahan-bahan yang menyebabkan iritasi tidak dapat dikeluarkan bersama air mata

FAKTA KETIGA

Proses pertumbuhan rambut bayi

  • Rambut bayi baru lahir lima kali lebih nipis berbanding rambut orang dewasa
  • Rambut bayi lebih mudah putus dan kusut
  • Masalah keguguran rambut adalah satu perkara biasa bagi bayi yang baru lahir

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)