Thursday, December 1

4 Jenis Isteri



Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun sesuatu yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, diterima dengan penuh perasaan malu dan bersyukur. Sekiranya ada, adalah, sekiranya tiada, dia bersabar. Tidak sesekali meminta, apatah lagi yang tidak perlu.


Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali sesuatu yang perlu sahaja. Tetapi sekiranya sesuatu yang diperlukan pun tiada, dia tetap bersabar. Namun dia tidak akan sesekali mendesak suaminya.


Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya sesuatu yang perlu dan sekali-sekala meminta juga sesuatu yang tidak perlu seperti inginkan kehidupan yang agak selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal dan juga kenderaan. Namun sekiranya suami tidak memberi, dia tetap bersabar dan ianya tidak pula menjadi masalah.


Isteri Fasiqin

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja sesuatu yang perlu, bahkan sesuatu yang bukan keperluan pun dia tetap meminta-minta. Jika diberi sekalipun tidak pernah berasa puas, tidak pernah berasa cukup, sudah mendapat kemewahan pun masih tidak berasa cukup. Sekiranya tidak dipenuhi akan menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.


Peringatan untuk saya dan sahabat 😊

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)