Monday, November 14

Reward For Myself..

Assalamu 'alaikum semua.

Hujung bulan lepas, Fizah berkesempatan pergi ke Sunway.
Itu pun sebab join Family Day anjuran company Encik Suami.

Bila dah ada di sana, apalagi kan. Fizah pun cakap dengan Encik Suami nak cari buku.
Asalnya nak pergi Kinokuniya, KLCC tapi sebab tak berapa nak ada masa, Fizah try la cari dalam Sunway Pyramid je.

Dalam Sunway Pyramid tu, ada POPULAR. So, Fizah pun try la masuk dalam tu.
Masa masuk tu, terkejut sangat sebab kedai dia Masya Allah besar nya.
Tak pernah sampai sana pun masa tu, tu yang macam terkejut tu. Hihihi.




Cari punya cari, ternampak rak bahagian HEALTH.
Apa lagi. Terus je la pergi ke sana. Duk belek satu-satu, baru terjumpa lah buku ni.
Kalau nak tahu la, ni salah satu buku yang Mentor Fizah suggest untuk beli.

Masa tu tak dapat nak belek kat dalam.
Just dapat tengok cover depan dengan cover belakang je sebab berbalut.
Tapi, bila tengok pada tajuk je, memang tahu dah buku ni memang best !

Tanpa pikir beribu-ribu kali, Fizah terus je ambil sebab masa tu sebab buku ni tinggal 2 naskah je.
Walaupun harga agak tinggi, tapi Fizah pejamkan je mata sebab memang dah niat, duit bonus bulan tu nak beli buku untuk REWARD diri sendiri.

Dah balik rumah, terus buka balut buku ni then snap gambar.
Lepas snap gambar, terus sent pada Mentor / Upline Fizah sebab nak bagitahu dia, salah satu benda yang Fizah nak, Fizah dapat beli dengan duit Fizah sendiri. Alhamdulillah..

Upline Fizah pun punya la excited sebab dia sendiri takde buku ni.
Dia mintak snap gambar dalam buku ni sebab nak tengok apa isi kandungan buku ni.
Jom, kita tengok sama-sama apa kandungan yang ada dalam buku ni.
Tapi buku ni memang BEST !!


Part 1 : Understanding the elements of  Health


Part 2 : The Disorders


  


Part 3 : Remedies and Therapies


Setiap masalah ada disertakan recommendations macam mana nak rawat sakit

Okay, best sangat buku ni sebab setiap penyakit ada diterangkan kaedah rawatan tanpa ubat-ubatan dan yang paling penting rawat penyakit tanpa DADAH.

Fizah pun memang jual Suplemen kan, so memang patut la ada buku macam ni.
Encik Suami pun excited belek buku ni. Hihihi.
Buku ni memang tebal. Tak perlu lah nak kena baca dari mukasurat pertama hingga mukasurat terakhir kan. Apa yang Fizah buat, kita baca ikut penyakit-penyakit yang kita nak tahu sahaja.

Kalau ada customer tanya berkenaan penyakit yang Fizah tak tahu pun, Fizah still boleh cari dari buku ni, then suggestkan pada customer, suplemen apa yang sesuai daan perlu mereka ambil.
Nak jual suplemen, kena la ada ilmu. Ye tak ??

Setakat ni je dulu. Lepas ni nanti Fizah akan share pasal aktiviti kat Sunway Lagoon pulak.
Beriya-iya budak-budak ni main air. :)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)