Wednesday, November 30, 2016

Resipi - Donat Kampung



Assalamu 'alaikum semua 😊
Entry kali ni lain sikit. Dah lama dah tak update pasal resipi kan.
Kali ni Fizah nak share resipi Donut pulak.

Actually anak-anak Fizah suka sangat makan donut.
Dulu-dulu memang tak terror langsung bab buat kuih ni.
Tapi setiap kali balik Seremban Mak Fizah rajin sangat buat kuih.
Bila tengok anak-anak makan, terasa la macam nak belajar buat.

Resipi ni Mak Fizah yang bagi. Tapi memang sedap plus gebu gebas donut ni.
Mula-mula buat uli pakai tangan je. Memang tak berapa nak best sebab tak cukup uli kot.
Kali kedua Fizah buat pakai Bread Maker je. Pakai Bread Maker, rasa tersangat-sangatlah gebu sampaikan Suami pun suka 😉😉





Jom tengok apa bahan-bahan nak buat Donut ni.

Bahan-bahan : 


  • 500 gm tepung gandum
  • 11g yis mauripan (1paket)
  • 2 sd gula
  • 3 sd susu pekat manis
  • 250 ml air suam2 kuku
  • 3 sd besar marjerin
  • 1 sd kecil garam


Cara-cara : 

Satukan air, yis, gula dan susu dalam 1 bekas, biarkn kembang dan berbuih.
Dalam bekas lain gaul tepung, marjerin dan garam. Buat macam  serbuk roti.
Bila larutan yis dah kembang, tuang dalam tepung tadi dan uli sampai sebati, adunan mesti lembut je, kalau keras tambah sikit air, kalau lembik tambah sikit tepung . ADUNAN MESTI LEMBUTTTTT JE TAU.
Biarkn adunan kembang 2× ganda.
Dah kembang, tumbuk2 untuk buang angin dan uli lagi sebati, bahagikan doh 40gm ..
Bentukkn doh donat.
Biarkn kembang lagi ,barulah digoreng, kena hati2 nak ambil donat ketika menggoreng sebab donat lembut, kena lemah lembut je 😅😅😅
Goreng. Jangan balik2 kan selalu, 2× balik je ,sebab tak nak donat serap minyak banyak.
Dah sejuk sikit baru salut gula kastor.

.

Semalam Fizah try buat Pau Goreng pulak.
Bahan-bahan still sama, cuma nya kali ni ada inti.
Fizah suka pakai Inti Kacang Merah sebab memang favourite.

Selalu kalau beli kat Pasar Malam tak puas makan.
Inti pun sikit je kan. So, nak puas makan kena lah buat sendiri.
Inti pun boleh bubuh banyak mana ikut suka kita. Hihihi

Mula-mula ingatkan anak-anak tak nak makan.
Tapi siap berebut-rebut lagi 2 beradik tu.
Tak menahan sampaikan Mama dengan Ayah nak ambil pun tak bagi. Hihihi





Korang try la buat. Memang sedap sangat.
Mak cakap, kalau nak buat Pau Kukus tu pun boleh je pakai resipi ni.

SELAMAT MENCUBA.. 😊😊😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...