Sunday, November 27

Personal Branding di Facebook

Khas untuk individu yang serius mahu buat jualan di kalangan friends & followers di FB.
-------------------------------------------

Di personal FB kita ini, apa sebenarnya kita mahu?

Mahu sekadar bersosial, medan memberi pendapat atau FB menjadi alat untuk berniaga?

Ia terpulang. Masing-masing ada jawapan.

Apabila kita mahu berniaga, terlebih dahulu penting untuk kita :

  • Guna nama sebenar.
  • Guna gambar profail sebenar.
  • Masukkan intro mengenai diri dan bisnes kita.
  • Guna cover photo sesuai dengan bisnes kita.
  • Guna ejaan lengkap apabila menaip.


Selepas itu tanya soalan ini - siapa sasaran audience kita?

  • Tetapkan dahulu siapa sasaran audience atau pelanggan kita.
  • Bina pengaruh dengan konten sendiri lebih ideal. Jangan semua posting wall FB kita itu dipenuhi dengan artikel copy paste semata-mata.
  • Konten itu mestilah ada kaitan dengan niche kita. Ada kaitan dengan produk atau servis yang kita bakal jual.
  • Paling penting, konten itu mestilah memberi manfaat dan nilai tambah kepada sasaran audience kita.
  • Apabila dapat manfaat, engagement akan berlaku. Engagement itu berlaku di kalangan sasaran audience kita.
  • Apabila berlaku engagement iaitu jumlah share, komen dan like meningkat, barulah lebih mudah untuk kita menjual.
  • Elakkan posting mengeluh nasib malang, merintih dan mengadu domba.


Sebagai CONTOH :

Apabila sasaran pelanggan Puan Asyikin ialah golongan ibu2 selepas bersalin yang tinggal di bandar-bandar utama, beliau akan pastikan rakan-rakan FB dan followers majoritinya ialah golongan ini.

Beliau akan cipta konten yang memberi manfaat kepada mereka.

Beliau tidak akan cipta pengaruh atau dorong engagement berlaku di kalangan golongan lain seperti mamat superbike, backpackers atau remaja gila anime.

Supaya pelanggan beliau bertambah. Jualan juga naik, capai sasaran awal bisnes beliau.

FB: Hasbul 'Ariff

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)