Wednesday, November 30

Penyusuan - Susu Merudum Semasa Period


Kenapa Susu Merudum Semasa Period ?

Sesetengah ibu mengalami masalah susu kurang semasa period.
Ia adalah normal kerana semasa period, banyak darah yang keluar. Darah adalah cecair.

Ia menyebabkan badan kita dehidrasi atau kurang air. Bila kurang air, maka badan pun tak dapat nak hasilkan banyak susu seperti hari-hari biasa.

Jadi untuk mengelakkan susu berkurang semasa period anda digalakkan untuk perbanyakkan pengambilan air masak supaya susu dapat dihasilkan seperti biasa.

Selain itu, pengambilan kalsium juga turut membantu untuk menambah kuantiti susu anda. Kenapa kalsium ?

Kalsium membantu pembentukan darah. Semasa period, darah berkurang. Walhal 90% dari kandungan darah adalah air. Bila ibu ambil kalsium semasa period, kalsium membantu replenish kekurangan darah tadi.

Antara sumber kalsium termasuk lah susu dan sayur- sayuran hijau. Pastikan pengambilan kalsium anda 1,000mg sehari.

**Tingkatkan pengambilan air & kalsium semasa period untuk mengelakkan susu anda berkurang !

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)