Friday, November 25

Panduan Masa Pengambilan Suplemen yang Optimum


Bila customer order Vitamin, of course customer akan tanya macam mana & time bila nak makan Vitamin tu.

Entry kali ni, Fizah nak share waktu optimum pengambilan suplemen mengikut jenis.



PAGI, sesuai untuk consume:

  • Zat besi - untuk provide tenaga berpanjangan sebab zat besi diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah) yang membawa oksigen ke seluruh badan.
  • Vitamin C - untuk melawan radikal bebas daripada merosakkan sel-sel badan kita. Oleh sebab Vitamin C sangat mudah 'hilang' melalui air kencing, disarankan mengambil vitamin C beberapa kali sehari untuk memastikan badan mendapat vitamin C yang cukup. Kat sini lah specialnya Vitamin C jenis "sustained relase, SR".
  • Vitamin B - diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga, yang kita perlukan sepanjang hari. Jadi, seelok-eloknya ready dari pagi.
  • Vitamin E - juga antioksidan dan untuk kesihatan jantung juga.
Mengikut panduan ni, dikatakan waktu terbaik pengambilan zat besi sebelum makan. Tapi kebanyakan consumer, termasuk Fizah sendiri 'mengadu' loya tekak & muntah bila consume Vitalea (multivitamin yang juga ada zat besi) sebelum makan. So, Fizah cadangkan anda boleh ambil ikut kesesuaian badan masing-masing ya.


Bagi Vitamin E pula, mengikut kata pakar nutrisi (nutritionist) Shaklee, better ambik sebelah malam. Dah sebab Vitamin E ni sejenis Vitamin 'larut lemak' (fat soluble vitamin), better ambik selepas heavy meal yang ada lemak jugak. Contoh, ambil selepas dinner. Barulah boleh diserap dah disimpan dalam badan.
Okay, untuk TENGAH HARI pula :
  • Coenzyme Q penting untuk penghasilan tenaga. Kalau ambil malam, dikhuatiri mengganggu tidur.
  • Zink - diambil bersama/selepas makan (sarapan or lunch). Elakkan pengambilan bersama suplemen zat besi dan kalsium.
  • Iodine - diambil untuk tenaga sepanjang hari.

Untuk sebelah PETANG, ambillah suplemen seperti :
  • Vitamin D - Kajian mendapati pengambilan Vitamin D mempunyai kesan negatif ke atas tidur. Sebab itulah disarankan mengambil meal tengah hari atau petang. Tapi kan, Ostematrix (yang mengandungi vitamin D) diambil malam sebelum tidur supaya kita dapat tidur yang lena).
  • Vitamin E - boleh diambil bila-bila masa sepanjang hari. Masa terbaik adalah pengambilan bersama kalsium dan Vitamin C. Kalau vitamin E Shaklee, pakar nutrisi memcadangkan pengambilan pada malam hari sebelum tidur.
  • Minyak ikan - ambil bersama/selepas makan berat untuk menggalakkan penyerapannya
Bila MALAM pula, sesuai sangat ambil suplemen-suplemen ni:
  • Kalsium kerana waktu terbaik penggunaan kalsium ialah waktu malam.
  • Magnesium yang juga membantu tidur yang lena.
  • Probiotik digalakkan diambil semasa perut kosong 30-60 minit sebelum makan untuk meminimakan interaksi dengan enzim2 pencernaan


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)