Tuesday, November 29

Kehamilan - Kolostrum dan Kehamilan


S : Saya bercadang untuk hamil dalam masa terdekat. Anak saya sekarang berusia 18 bulan. Dia menyusu susu ibu dan susu formula. Tidakkah kehamilan akan mengurangkan kuantiti kolostrum setelah bersalin?

J : Untuk pengetahuan, kehamilan tidak menjadi halangan untuk puan meneruskan penyusuan sepanjang tempoh kehamilan.

Malah, apabila bayi lahir, puan masih boleh meneruskan penyusuan anak puan sekarang. Amalan ini dipanggil tandem nursing. Penyusuan ketika hamil adalah sesuatu yang normal. Namun, puan dinasihatkan agar mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diamati jika puan menyusu ketika hamil. Ketahuilah bahawa ia adalah normal jika :

1. Puting dan payu dara mungkin menjadi lebih lembut dan sensitif terutamanya di awal usia kehamilan. Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh kerana itu, penyusuan susu ibu mungkin akan menyebabkan puting berasa sakit.
2. Bekalan susu ibu mungkin sedikit berkurangan yang juga disebabkan oleh perubahan hormon.

Biarpun begitu, teruskan penyusuan untuk anak puan sekarang sepanjang tempoh kehamilan. Menjelang penghujung kehamilan, (sewaktu bulan keempat dan kelima kehamilan), susu ibu akan berubah menjadi kolostrum. Ia kaya dengan kandungan berkhasiat yang diperlukan oleh bayi yang bakal lahir untuk beberapa hari pertamanya nanti.

Anak puan akan perasan tentang perubahan ini kerana susu ibu berubah rasa. Kuantitinya juga berkurangan.

Dalam keadaan tertentu, dia mungkin akan mengambil keputusan untuk bercerai susu. Walau bagaimanapun, ada juga yang meneruskan penyusuan. Jika anak puan mahu terus menyusu, jangan risau jika dia mengambil kolostrum. Untuk makluman, tubuh puan akan terus menghasilkan kolostrum sehinggalah bayi yang dikandung dilahirkan. Jadi, jangan risau, puan tidak akan sesekali kehabisan bekalan kolostrum.

Adalah lebih baik untuk puan memikirkan tentang penyusuan selepas bayi dilahirkan. Biarpun ia adalah keputusan peribadi, ketahuilah bahawa para ibu yang mahu mengamalkan tandem nursing akan kurang mengalami masalah mastitis berbanding ibu yang hanya menyusu seorang bayi.

Sekiranya puan tidak mahu mengamalkan tandem feeding, adalah lebih baik untuk anak puan bercerai susu ketika hamil. Jika puan membiarkannya sehingga bayi lahir, dia mungkin akan rasa diabaikan sehingga membuatkan dia perlu menyelaras banyak perkara.

Sumber : Majalah Pa & Ma

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)