Friday, November 25

Encik Suami Hadiahkan Gajet Baru buat Isteri Tercinta


Haiiii semua :).
Assalamu 'alaikum dan Salam Jumaat.
Kelmarin hati Fizah ni punya la excited sebab dah dapat apa yang Fizah nak selama ni.
Dah lama sebenarnya mengidam nak ada mesin jahit sendiri.

Sejak dari sekolah lagi, masa ambil paper Kemahiran Hidup tu, Fizah dapat ambil subjek Ekonomi Rumah Tangga ( ERT ). Masa ambil paper tu pun, antara memasak dan menjahit, Fizah lebih prefer menjahit. Kurang berminat dengan memasak. 😉😉

Tapi still boleh masak. Bukan tak boleh masak langsung.
Yang penting kita kena pandai ambil mood. Hihihi..






Dulu, masa baru-baru kahwin, Suami kerja kat Sabah. So, Fizah terpaksa la berhenti kerja then ikut dia pergi sana. Masa sampai kat sana, sadis sangat tengok rumah sebab langsir pun takde.

Biasa la kan rumah orang bujang. Bila tengok keadaan rumah macam tu, terus rasa nak jahit langsir sendiri. Tapi masa tu takde mesin jahit. Nasib baik ada orang bagi pinjam mesin jahit dia. Apa lagi, terus excited ajak Suami beli kain nak jahit langsir.

Lepas dah siap tu, Suami boleh cakap " Tak sangka lak sayang abang ni pandai jahit ".
Setakat nak jahit langsir yang biasa-biasa tu memang boleh lagi.
Kalau nak suruh jahit langsir yang ada ropol-ropol tu, memang takde laaa.

Bila ada orang datang rumah, semua tanya, tempah kat mana langsir.
Bila bagitahu langsir tu jahit sendiri, semua pakat terkejut. hihi
Alhamdulillah bila benda tu kita minat, memang kita akan buat sungguh-sungguh kan.






Masa baru pindah ke Kuantan ni pulak, langsir lama memang tak boleh guna sebab ukuran tak sama.
Langsir lama agak singkat. So, kena la beli kain baru dan jahit yang baru. Nak dijadikan cerita, terpaksa la pinjam mesin jahit ayah pulak. Bila nak kena pinjam ni, mesti nak kena siapkan cepat-cepat sebab takut ayah nak guna mesin jahit tu.

Siap lah jugak, langsir yang tak berapa nak lawa. Hahaha.

Puas merengek mintak Suami belikan gajet ni.
Last-last dia cakap kita kumpul duit dulu kalau nak beli.
Almaklum lah kami bukan orang senang.

Mula-mula tu, pergi survey kat Singer.
Biasa la kan kalau mesin jahit mesti ingat Singer je kan.
Kakak kat kedai tu suggest ambil yang Heavy Duty punya sebab kalau yang biasa-biasa ni ramai customer komplen sebab tak tahan lama.
Tengok harga RM 1200 kalau ambil Cash.

Jadi, bermula la kami mengumpul duit setiap bulan sebab nak dapatkan mesin jahit tu.
Kumpul punya kumpul, bila dah cukup duit, takde terus pergi pun kedai Singer tu, tapi pergi lak ke bandar, usya kat kedai mesin jahit lain.
Saje je nak usya-usya kot ada berkenan dengan mesin jahit lain.

Masuk-masuk je dalam tu, punya la banyak mesin jahit dalam tu.
Macam-macam brand ada. Yang pernah dengar nya Brother tapi Juki ni tak pernah dengar.
Singer pun ada jugak dalam kedai tu tapi masa tu takde stok.
Tiba-tiba terpandang mesin jahit yang keluar dalam Go Shop. Harga dalam RM 699 je.
Kalau nak yang canggih sikit, harga RM 899.

Tapi, masa tu tak terus beli jugak sebab masa tu memang nak beli brand Singer.
Kat kedai tu, mesin jahit yang sama dengan kedai Singer dalam RM 1400.
Mahal sikit dari beli kat kedai Singer.
Mesin jahit yang kitorang beli ni memang takde masa tu.

Nak dijadikan cerita, sebulan lepas usya tu, dah tekad la nak amik yang Brother tu je sebab masa survey-survey, orang cakap Singer sekarang dah tak sama dengan Singer dulu.
Barang-barang dah tak berapa nak berkualiti.

Masuk-masuk je kedai tu, tengok still ada lagi mesin jahit yang kitorang tengok tu.
Tapi kat sebelah dia ada mesin jahit Juki ni dan jugak mesin jahit Singer yang kitorang nak dulu tu.
Tengok yang Juki tu Heavy Duty jugak sama dengan Singer tu.
Yang brand Brother tu, mesin jahit basic je.

Tengok harga RM 1399.
Dalam hati cakap kalau ambil yang Juki ni dah lari bajet sebab duit ada RM 1200 je.
Duk baca betul-betul kat harga tu, dia tulis DISKAUN RM 300, FREE ALAT MENJAHIT.
Nak kepastian, tanya jurujual tu, harga kena bayar RM 1099 ke ?
Dia cakap ya, tengah promosi, then mesin jahit ni mesin paling latest dari Juki.
Sebelum ni Juki keluarkan mesin jahit industri.
So, ni dia buat mesin jahit macam ni pulak.






Sebelum decide nak beli, test jugak la mana lagi best.
Test punya test, yang Juki ni best sebab boleh jahit Jeans yang tebal.
Suami pun on je, so kita rembat la. hihi
Kalau takde promo tu rasanya, memang tak merasa la nak dapat mesin jahit HEAVY DUTY ni.

Suka sangat sebab lepas ni nak jahit apa-apa pun senang dah.
Fizah target nak belajar jahit benda-benda yang boleh menghasilkan duit.
😊😊😊

..

Isteri yang excited 😘😘

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)