Friday, September 11

Kreatif Dalam Bersedekah

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya di saat solat (amalan biasa di masjid-masjid Arab, Mekah & Madinah).


2. Inisiatif - sedekah

Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang.

....................................

3. Inisiatif - sedekah

Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.

....................................

4. Inisiatif - sedekah

Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

....................................

5. Inisiatif- sedekah

Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

....................................

6. Inisiatif- sedekah

Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dsb).

....................................

7. Inisiatif- sedekah:

Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

..................................

8. Inisiatif - sedekah

Belilah mushaf (al quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

..................................

9. Inisiatif - sedekah

Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.

....................................

10. Inisiatif - sedekah

Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

....................................

11. Inisiatif - sedekah

Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepada mu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

....................................

12. Inisaitif - sedekah

Sedekahkan Al Fathihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.

....................................

13. Inisaitif - sedekah

Kirimkan mesej ini kepada semua kenalan mu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkannya. Moga anda pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)