Thursday, August 27

Kuatnya Pengaruh Iklan

Baru-baru ni Fizah sakit kepala.

Biasa la kalau makan makanan kedai mesti sakit kepala.
Biasanya makan kat luar bila keluar ke bandar.

Masa tu Encik Suami ajak makan dekat Kedai Bakso.
Encik Suami cakap kedai tu famous dalam Group Warga Kuantan.
So, masuk lah kami dalam kedai tu dan makan.

Alhamdulillah memang sedap lah baksonya.
Order pulak Bakso Special.
So, makin special la akibat yang Fizah kena tanggung malam tu.

Actually Fizah ni memang tak boleh makan makanan yang ada Ajinomoto ni.
Lepas makan makanan yang ada Pak Aji ni Fizah terpaksa la menanggung 2 benda.
Salah satu la.. Samada sakit kepala berdenyut-denyut ataupun terasa dahaga yang amat sangat.

Petang tu, lepas dah sampai rumah, mula terasa berdenyut-denyut kepala ni.
Mula-mula tu slow je. Makin lama makin kuat.
Encik Suami cakap mungkin sebab tak cukup tidur.
Fizah rasa berdenyut tu mesti sebab makan Bakso time makan tadi.

Dah malam makin kuat pulak sakitnya.
Bila dah sakit macam tu memang tak boleh nak buat pape la.
Even baring pun, memang takkan hilang.

Sooo masa tengah baring tu.

Mama : Aduuhaii sakitnya kepala ni.
Haziq : Makan la nadol.

Mama : Apa dia ?
Haziq : Makan la pandol.

Mama : Makan panadol ?
Haziq : Haaa makan la panadol.

Mama : Pandai la Awak.
Haziq : Hihihi..
Ni mesti terpengaruh dengan Iklan TV la ni.
Kuat betul penangan Iklan ni kan.
Yang tak tahan tu pandai pulak sebut panadol.

Cerita dengan Encik Suami pun, tergelak-gelak Encik Suami.
Mana taknya. Dalam rumah ni panadol memang takde pun.
So, memang konfem la dia belajar benda tu dari televisyen..

Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan anak yang bijak..

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)