Monday, March 30, 2015

RESEPI AYAM LIMAU PURUT





Bahan-bahan:
  • 1 /2 ekor ayam dipotong sederhana/ kecil-kecil
  • 4-5 ulas bawang merah ditumbuk
  • 4-5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 10-15 biji cili kering
  • 2 inci kunyit hidup ditumbuk
  • 2 inci halia ditumbuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasaknya :

  1. Panaskan minyak. gorengkan ayam sehingga garing. ketepikan.
  2. Buang sedikit minyak dan tinggalkan lebihan untuk menumis tumiskan bawang merah, putih, halia, kunyit dan cili yang dah ditumbuk sehingga garing.
  3. Masukkan hirisan daun limau purut, sos cili dan sos tiram. kacau sebati. masukkan ayam, kacau seketika. masukkan air, garam dan gula. biarkan seketika.
  4. Kecilkan api dan biarkan dalam 5 minit, masukkan lagi sekeping daun limau purut. kacau sebati.

Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...