Friday, March 6

Mudahnya Menjemput Rezeki

Sharing daripada Penceramah seminar Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.rezeki tak semestinya wang ringgit. Nikmat kesihatan, ketenangan jiwa juga rezeki darinya.

Formula:

1. Networking pertama adalah DHUHA
  • Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.
  • Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah.
2. Tahajjud
  • Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. 
  • Tambahkan bilangan rakaat tahajjud ni. 
  • Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3. Membaca Al-Quran
  • Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..
  • mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. 
  • Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
4. Berzikir
  • Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari.
5. Solat Berjemaah
  • Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. 
  • Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. 
  • Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. Bersilaturrahim
  • Janganlah kita memecahkan silaturrahim. 
  • Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.
7. Bersedekah
  • Ini amalan yang sangat dititikberatkan
8. Solatlah di awal waktu
  • Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.
9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH
  • Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
10. Tawakal dan Usaha


4 amalan surah setiap hari.

  • Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
  • Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
  • Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
  • Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)