Tuesday, March 24, 2015

Gelagat Si Hafiy

Hari ni nak share gambar Baby Hafiy masuk dalam rak TV.
Bertuah betul budak kecik sorang ni.
.
.
Alkisahnya kami suami isteri ni baru habis makan.
Sang suami dah pergi ke dapur nak basuh tangan.
Selang beberapa minit, sang isteri mula memulakan langkah untuk ke dapur.
.
.
Sebelum tu, memang dah tengok dul macam keadaan diorang ni.
Masa tu, budak kecik ni memang berada agak jauh dari rak TV tu.
So, Mama nye pun pergi je la ke dapur nak basuh tangan.
.
.
Tak sampai 5 minit pun, balik semula ke ruang tamu ni, duk nampak la budak kecik ni tertonggeng2 bontotnya nak masuk dalam rak TV tu.
Abang nya mmang jauh la dari rak tu.
So, memang dia sendiri yang masuk dalam rak tu.
.
.
Bila dah nampak tu, apa lagi, terus menjerit panggil ayahnya.
Ayahnya pun berlari la datang ke depan.
Kitorang siap gelak-gelak tengok dia masuk dalam rak tu tapi dia boleh buat muka selamba je.
So, Mama pun cepat2 ambil HP nak snap gambar.
Hihihi..



Hafiy oh Hafiy


Boleh buat muka slumber


Panggil ajak keluar tapi tak nak !!

Itu lah dia perangai anak kedua kami ni.
Rasa nya bila dah besar nanti lagi kreatif & inovatif si Hafiy ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...