Saturday, January 31, 2015

AYAM MASAK MADU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kali ni Fizah nak share la resipi AYAM MASAK MADU yang Fizah try buat hari tu. Gambar tak sempat nak snap sebab baby Hafiy sekarang tak boleh nak tinggalkan dia lama-lama. Pantang sekarang ni nampak Mama hilang je mula lah menangis dengan sepenuh hati.

Actually Fizah ni dah ketandusan idea sangat bila nak kena fikir menu apa yang nak masak kan. So godek punya godek resipi terjumpa la pulak resipi ni. So apa lagi terus mintak encik suami belikan madu sebab stok madu dah habis.

So, jom kita tengok apa bahan-bahan nak buat AYAM MASAK MADU ni..


Gambar Hiasan

Bahan-bahan:
  • 500 gm ayam
  • 3 sdb cili kisar
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sdb cili sos
  • 3 sdb madu
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 2 biji cili merah (saya letak cili hijau)-dihiris
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • Garam
  • Air secukupnya

Cara:

  1. Bahan yang bertanda * ditumbuk halus.
  2. Ayam diletak garam kunyit, kemudian digoreng hingga warna keemasan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga berminyak. Kemudian masukkan cili kisar biarkan sehingga cili masak.
  4. Masukkan sos cili, madu dan sedikit air, biarkan mendidih.
  5. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang besar dan hirisan cili. Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasakan, dan jika perlu masukkan garam. Baruah diangkat untuk dihidangkan.

Selamat mencuba !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...