Friday, December 12

Penapis Air Ajaib - Get Clean® Water Pitcher.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Okay kali ni Fizah nak story pasal penapis air Shaklee atau lebih dikenali sebagai Get Clean® Water Pitcher.


Macam pelik je kan penapis air berbentuk jug. Tapi ini memang penapis air. Kalau anda semua nak tahu, ianya sangat mudah dan praktikal untuk digunakan. Hanya masukkan air paip dan sedia untuk diminum.

Ada sebab sebenarnya kenapa Fizah memilih untuk memakai Water Pitcher ni.

Sebelum ni Fizah duduk di Sabah kawasan Felda. Air untuk minum sangat dikhuatiri tahap kebersihannya. Bayangkan waktu itu, setiap minggu kami akan keluar ke bandar Lahad Datu untuk beli Air Mineral. Setiap minggu sekotak habis.

Selang beberapa bulan kami suami isteri decide nak pakai mesin air je. Senang sedikit. Mesin air macam mana? Alahhh mesin air yang selalu ada kat pejabat-pejabat tu. Yang botolnya warna biru tu.

Ihsan dari Mr Google
Kalau nak tahu mesin air ni sampai sekarang kami masih gunakan. Untuk air panas tu okay lagi. tapi untuk air sejuk tu je masalah. Dah dua kali rosak last-last encik suami tak nak betulkan dah. Hihi.

Punca kenapa kami berhijrah ke Water Pitcher ni kerana Encik Suami tidak dibenarkan untuk mengangkat benda-benda berat. Yela mana taknya kan, satu botol biru tu tahan dalam 3 atau 4 hari sahaja. Kami memang suka minum air kosong.

Last-last encik suami la yang bukak mulut untuk beli Water Pitcher dari Shaklee ni. Memang sangat mudah. Sampaikan kalau pergi kemana-mana pun kami akan bawa jug ni bersama-sama.

Lagi-lagi kalau duduk hotel. Air mineral bagi 2 botol kecil je. Mana nak cukup. Angkut je jug ni, tuang air dalam jug tu, tunggu beberapa minit dah boleh terus minum.

Water Pitcher ni sangatlah disarankan pada mereka-mereka yang selalu travel ni. Sangat senang. Ringan pulak tu. Mudah untuk dibawa kemana-mana.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)