Monday, November 3

Resipi - Ayam Ungkep

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Fizah nak share pulak satu resipi yang Fizah baru sahaja try tengahari tadi. Resipi ni actually Fizah jumpa masa tengah mencari-cari menu untuk masak hari ni.

Mula-mula tu planning nak masak Ayam Masak Gajus tapi tak dapat nak masak lauk tu sebab nya cili yang dah siap blend tak ada. So Fizah pun buka la Mr Google lalu terjumpa resipi ni.

Ayam Ungkep

Bahan-bahan:
  • 1 kg ayam - potong 10 - perap dg garam & kunyit 
  • 2 batang serai - dititik
  • 3 cawan air
  • Garam/gula/perasa pilihan
  • 1/2 keping asam keping - opsyenal
  • Minyak masak

Bahan tumbuk / kisar:
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah 
  • Sejemput serbuk ketumbar
  • Sejemput serbuk jintan manis
  • Sejemput serbuk jintan putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 15 biji cili padi 

Cara cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.
  3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
  4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.
Haa tu la dia resipi Ayam Ungkep ni. Memang sedap sangat. Actually tak pernah makan dan tak pernah masak pun. Kalau disebabkan ada cili blend tadi rasanya memang tak masak la kot Ayam Ungkep ni.

Macam biasa Fizah suka masukkan gambar dalam Facebook kalau Fizah masak menu baru. Ada la kawan Fizah ni komen dan bagitahu yang Ayam Ungkep ni masakan Jawa. Siap cakap pandai Fizah masak masakan Jawa. Hihi

Memang sedap sangat Ayam Ungkep ni. Encik Suami cakap macam rendang.

So, selamat mencuba. 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)