Wednesday, November 12, 2014

[ OUR LITTLE HERO ] - Muhammad Hafiy Haiman 4 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan bersama dengan insan-insan tersayang.


Suka tidur sambil hisap tangan

Sedar tak sedar baby Hafiy dah pun 4 bulan. Alhamdulillah baby Hafiy membesar dengan sihat dan jayanya. Mana taknya peha tu makin lama makin debab. Kitorang yang hari-hari duk tengok dia memang geram sangat ! hihihi..

Dalam tempoh 4 bulan ni syukur sangat sebab Hafiy ni sangat mudah nak jaga. Mana taknya kerja dia tidur je. Cuma siang je la kadang-kadang tu dia meragam.

Kalau malam hari la kan, masuk je Maghrib dia akan tidur sampai malam hari. Langsung tak bangun-bangun lak tu. Time dia tidur la baru Fizah boleh layan dan hadap betul-betul Abang Haziq..


Ini aksi baby Hafiy bila bangun tidur..

Baby Hafiy akan bangun menyusu dalam jam 3 or jam 4 pagi.. Haa lama kan dia tidur. Kalo masa nak masuk tidur tu Abang Haziq bising kadang-kadang dia akan bangun jugak. Tapi kalau lena sangat memang dia tak akan bangun lah !

Sekejap je rasa, dah pun 4 bulan.. Macam tak percaya tapi itulah kenyatannya !

Sayang awak sangat !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...