Saturday, November 1, 2014

[ INFO KESIHATAN ] - Migrain

Assalamualaikum Fizah ucapkan pada semua..

Okay kalau semalam Fizah ada share berkenaan dengan petua menghilangkan penyakit Migrain kan. So kali ni Fizah nak cerita pula apa itu Migrain dan jom kita kenali apa punca-punca penyakit Migrain ni.

Mengalami sakit kepala secara berpanjangan merupakan penyakit yang dikenali sebagai migrain. Sakit kepala/Migraine sering berlaku pada bila-bila masa sahaja. Ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam,ada yang terpaksa terbaring tidur sahaja sepanjang hari jika terkena migraine.

Jom ketahui apakah punca yang boleh menyebabkan penyakit migrain menyerang kita.





Apakah Punca Sakit Migrain? 

Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. 

Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.



Ketahui PUNCA kenapa MIGRAINE berlaku:
  1. Kesan daripada alahan seseorang
  2. Silau akibat lampu yang terang
  3. Bunyi yang terlalu kuat
  4. Bau wangi yang terlampau kuat
  5. Tekanan fizikal atau emosi
  6. Waktu tidur yang tidak teratur
  7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  8. Stres
  9. Menahan lapar
  10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

Selain itu, perlu juga kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:
  1. Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
  2. Sakit kepala di sebabkan migrain
  3. Sakit kepala di sebabkan sinus

Untuk mengelakkan MIGRAINE elakkan daripada:
  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama

Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Okay itu serba sedikit yang dapat Fizah kongsikan berkenaan dengan Migrain ni. In Shaa Allah entry selepas ni Fizah akan kongsikan pula Set Cadangan Shaklee. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...