Thursday, November 27

Testimoni : Kisah Vitamin E dan Suamiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Kali ni Fizah nak share pengalaman suami Fizah sendiri after consume Vitamin E.

Siapa tahu apa itu Vitamin E ? Vitamin E atau lebih sinonim dengan Vitamin Cinta.

Asalnya Vitamin E ni suami yang makan dulu. Fizah belikan untuk suami sebab baik untuk KESIHATAN LELAKI.

Selang 2 bulan macam tu dia sendiri buka mulut cakap

" Perasan tak muka abang macam licin je la. Sebab apa eh? Sebab makan Vitamin E ke ? "

Fizah senyum je sambil mengiyakan. Actually dah lama perasan muka suami dah lain. Saja diam tak nak cakap apa-apa biar dia sendiri yang perasan.

Selain daripada licin, Fizah perasan kulit muka suami makin CERAH & TAK KUSAM lagi. Sekali tengok macam makin handsome pulak banding dulu. Cewahhh.

Fizah pun baru bulan lepas ambil Vitamin Cinta ni gara-gara tak tahan tengok suami nampak macam makin MUDA pulak sekarang. Takkan suami je nak nampak muda kan. Isteri pun kena la sama-sama nampak muda juga. Hihihi

Belikan untuk kesihatan suami je tapi tak sangka dapat macam-macam bonus pulak. Fizah pun dah semakin jatuh cinta dengan Vitamin Cinta ni.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, November 14

Testimoni AJHT : Sakit Lutut Hilang


"Pagi tadi kakak ku mengadu tentang sakit kat lutut, yang katanya sudah seminggu sakit. Disangkakan mungkin kerana cuaca sejuk. FYI, kakakku sudah 48 tahun.
Wah macam orang mengantuk disorongkan bantal, lalu aku pun suggest dia makan AJHT ni. Sebab kebetulan memang aku ada borong stok AJHT baru-baru ni.
So dia pun setuju untuk cuba, kut2 boleh mengurangkan rasa sakit tu. Dia nak ambil sebiji sehari sahaja. Pesanku, kesannya selalu dalam masa 5 hari, InsyaAllah boleh elok.
Petang tadi, masa keluar gi giant, kakak ku cakap, kaki dia dah tak sakit!!! Aku terkejut! Ingatkan dia tak makan lagi, mungkin masih berkira-kira untuk makan. Rupanya dia dah pun cuba, tapi ada sedikit rasa kebas-kebas, mungkin tindak balas AJHT terhadap sendi-sendi tu kan.
Tapi sakit yang ditanggung dah macam tak rasa. Katanya lah.
Syukurr Alhamdulillah. Tak sangka pulak dalam pada duk promote, terjadi pada ahli keluarga sendiri, dan terbukti berkesan. Jom kita kasi promote lagi untuk orang tua kita pulak.
Cadangnya nak hadiah 1 pada mak mertua pulak sebab dah lama menanggung sakit lutut ni. Harap-harap dapat membantu..:)" 
~ Puan Musliana ~

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday, November 13

Dimanakah Hidup Kita Hari Ini

Bismillah.

Sedikit perkongsian.


Dulu.. orang tua kita pergi kerja selepas matahari terbit dan kembali ke rumah sebelum matahari terbenam.

Walaupun memiliki anak yang banyak. Rumah dan halaman pun tetap luas, bahkan tidak sedikit ada yang memiliki kebun dan semua anak-anaknya bersekolah.

Sekarang.. banyak yang berangkat kerja Subuh dan sampai rumah selepas Isyak, tetapi rumah dan tanah yang dimiliki tidak seluas rumah orang tua kita, dan bahkan banyak yang takut memiliki anak ramai kerana takut kekurangan.

"Dan sungguh akan Allah berikan cubaan kepada manusia dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta..." (Al Baqarah (2) ayat 155)

Apakah ada yang salah dengan cara hidup orang moden?

Orang tua kita hidup tanpa banyak alat bantu tapi mereka tenang menjalani hidupnya.

Sementara kita yang dilengkapi dengan pampers, mesin basuh, dapur gas, HP, kereta, TV, email, FB, Twitter, i pad, ruangan ber air cond dan lain-lain.

Seharusnya mempermudah hidup ini tapi ternyata tidak. Sampai tidak sempat kita menikmati hidup kerana semuanya dilakukan tergesa gesa!

Pergi kerja, tergesa gesa
Pulang kerja, juga tergesa gesa
Makan tengahari, tergesa gesa
Di lampu merah, tergesa gesa
Berdo'a pun, tergesa gesa
Bahkan solat pun, tergesa gesa

Sifat di atas bukti dari Al-Qur'an surah Al Isra' (17) ayat 11

"Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa"

Hanya mati yang tidak seorang pun mau dipercepat

Kerana takutnya akan kurangnya harta untuk keluarga sampai sampai kita berkira dalam BERSEDEKAH, sementara Allah tidak pernah berkira dalam memberi rezeki kepada kita.

"Syaitan menakut-nakuti kamu dengan kemiskinan dan menyuruh berbuat kejahatan...."(Al Baqarah (2) ayat 268)

Bahkan kerana takutnya kita kehilangan pekerjaan hingga berani melewatkan Solat Subuh, Solat Maghrib dan sebagainya.

Sampai di manakah hidup kita hari ini ??
Continue Reading

Wednesday, November 12

Muhammad Hafiy Haiman 4 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan bersama dengan insan-insan tersayang.
Suka Hisap Jari
Sedar tak sedar baby Hafiy dah pun 4 bulan. Alhamdulillah baby Hafiy membesar dengan sihat dan jayanya. Mana taknya peha tu makin lama makin debab. Kitorang yang hari-hari duk tengok dia memang geram sangat ! Hihihi

Dalam tempoh 4 bulan ni syukur sangat sebab Hafiy ni sangat mudah nak jaga. Mana taknya kerja dia tidur je. Cuma siang je la kadang-kadang tu dia meragam.

Kalau malam hari la kan, masuk je Maghrib dia akan tidur sampai malam hari. Langsung tak bangun-bangun lak tu. Time dia tidur la baru Fizah boleh layan dan hadap betul-betul Abang Haziq.

Baru bangun tidur
Baby Hafiy akan bangun menyusu dalam jam 3 or jam 4 pagi. Haa lama kan dia tidur. Kalau masa nak masuk tidur tu Abang Haziq bising kadang-kadang dia akan bangun jugak. Tapi kalau lena sangat memang dia tak akan bangun.

Sekejap je rasa, dah pun 4 bulan. Semoga membesar dengan jayanya.

Sayang awak sangat !!
Continue Reading

Tuesday, November 11

Himpunan Testimoni ESP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Fizah nak share himpunan testimoni-testimoni ESP yang menarik.
Actually kalau anda google memang banyak sangat testimoni ESP.


1. HUSBAND KOMEN MUKA SEMAKIN CERAH !!

- Consume  : ESP



2. KULIT MUKA YANG KUSAM SEMAKIN CERAH & BEKAS JERAWAT SEMAKIN PUDAR !!

- Consume : ESP, Meal Shakes, Vitamin E, GLA, Vita-Lea, Vitamin C

             


3. KULIT MUKA NAMPAK CERAH, GLOWING & LICIN !!

- Consume : ESP & GLA

Itu beberapa testimoni ESP yang Fizah dapat.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, November 10

Kelebihan ESP yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa kat sini peminat ESP sila angkat tangan. Hihihi.
Fizah mengaku yang Fizah memang peminat tegar ESP ni tau. 


Sebab apa? 

Sebab ESP ni banyak sangat KELEBIHAN dia. Fizah sendiri dah rasa ESP ni. Makin lama makin JATUH CINTA dengan ESP.

Nak tahu tak apa KELEBIHAN ESP ni ? Jom kita tengok sama-sama ya.

Kelebihan ESP yang perlu anda tahu
  1. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  2. Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  3. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  5. Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. Testimoni sebenar dari rakan Fizah yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa kurang dari sebulan hanya dengan ESP.
  6. Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
  7. Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan  menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  8. Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  9. Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
  10. Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  11. Membentuk otot bagi mereka yang melalui proses untuk menurunkan berat badan
  12. Membantu untuk menguatkan ingatan & memori

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, November 9

Testimoni : ESP, Vitamin E & Vitamin C

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Fizah nak share testimoni pengguna yang menggunakan ESP, Vitamin E, dan Vitamin C.

Alhamdulillah kulit semakin cerah, tona kulit menjadi lebih sekata dan parut-parut jerawat pun dah semakin pudar !


Okay, kalau lihat pada gambar ni, boleh nampak beberapa perubahan pada kulit muka pengguna ni kan. Antaranya :
  • Wajah makin berseri 
  • Tona kulit lebih sekata
  • Parut jerawat semakin pudar
Dah nampak hasilnya kan. So apa tunggu lagi, nak tengok hasil orang lain je ke? 
Tak teringin nak memiliki kulit seperti pengguna ni ?


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, November 8

Testimoni : Kulit Cerah secara Semulajadi



Kisah Shaklee Effect saya : Cerah secara semulajadi
Malu sebenarnya nak post picture sendiri..Sebenarnya nak tunjuk kaler tangan dah sama ngan kaler muka lps tukar skincare Shaklee..
Sebelum ni guna skincare lain..warna memang kontra..selalu sorok tangan..haha.
Sekarang tak sorok dah..dah guna ingredient natural..hasilnya pun natural gak kan..i likeeee.
Baru 2 bulan guna 1 set lengkap nutriwhite.
Nak tau apa perbezaan yang saya rasa??✔rasa lembut dan fresh sangat bila lepas cuci muka✔takde pedih2 macam dulu✔takde merah2 macam dulu✔tak gelupas atau nipiskan kulit muka✔dah dapat warna kulit yang natural
Rasa natural sangat2. Cerah secara semulajadi. I like this Shaklee Effect!!


~ Puan Wani ~

Actually bila baca story Wani ni teringat pulak iklan TERLAJAK LARIS. " Eeee macam Dayang Senandung, muka aje putih tapi tangan hitam ! " hihi..

Jadi, apa tunggu lagi! Takkan nak tengok je kan. Tak nak CUBA ?


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, November 7

Testimoni : Kulit Cerah Berseri Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Kali ni Fizah nak share satu testimoni dari sideline Fizah. Nama sideline Fizah ni Rose Kamal. Jom tengok gambar yang Rose kamal ni share. 


Haa sekali tengok ingatkan bukan orang yang sama kan. Tapi sebenarnya ini memang orang yang sama tau. Jom kita baca apa yang Rose Kamal cakap after amalkan Shaklee secara konsisten.

Bismillah,
[Dulu dayang senandung, sekarang......]
Picture SEBELUM pada tahun 2010,Umur Rose masa ni 25 tahun,Muka gelap, berminyakdan bulat sikit

Bermekap bagai, siap ngan contact lense sebab nak ambil pic passport.
Tapi macam kurang comeh kan?
Benci kalau nak amek pic passport/IC.
-------------------------
Picture SELEPAS pada tahun 2014 (current)Masa ni tengah berniaga, nampak tempat ambil picture passport, tengah-tengah panas tu, rasa macam comot tapi pergilah jugak ambil picture,
Tanpa mekap
Tudung pasar je pong tapi macam comeh lebih sikit dari picture yang SEBELUM kan?
Nilailah sendiri apa BEZAnya, before and after :)
This is my ‪#‎shakleeeffect‬Sebab itu kalau orang tanya, macam mana nak maintain, nak kulit gitu gini.
This is my answer. Shaklee memang terbukti berkesan.
Kan?

Okay itu apa yang Rose Kamal cakap after dia amalkan Shaklee.

Apa tunggu lagi?? Nak tengok dan baca testimoni orang aje ke? Tak teringin nak cerah, cantik dan berseri macam Rose Kamal tanpa mekap?


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday, November 6

Testimoni : Kisah Kembung Perut dan ESP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada cerita disebalik cempedak goreng ni. Nak tahu tak apa dia?


Asyik share testimoni orang je so, hari ni Fizah nak share testimoni sendiri la pulak. Cerita ni cerita benar sebenar-benar nya ya. Bukan rekaan semata-mata.

Cerita ni berlaku semasa Fizah berada di Seremban. Nak dijadikan cerita mak Fizah buat cempedak goreng untuk minum petang. Fizah ni pulak memang pantang jumpa cempedak goreng.Hihi

Fizah makan la 2 ketul. Memang tak makan banyak sebab tengah menyusukan baby kan. Malam tu terus rasa tak selesa perut. Rasa macam berangin nak pusing-pusing dalam perut. Dah berkata-kata ni mesti sebab makan cempedak ni.

Baby pun macam dah meragam malam tu. Mak tengok perut baby macam dah kembung! Alamakk Macam mana ni? Fizah pun memang dah rasa tak selesa sangat-sangat! 2 ketul je pun, efek dia memang bahaya sungguh!

Terus teringat ESP. Apa lagi terus pergi shake ESP dan minum dengan lahapnya. Hahaha (Statement tak boleh blah kan)

Syukur Alhamdulillah selang beberapa minit terus rasa okay! Kalau tak malam tu Fizah pun tak boleh tidur agaknya. Baby pun tak meragam dah malam tu. Nasib baik lah ada ESP sebagai penyelamat.

Gatal sangat pergi makan Cempedak siapa suruh. Dah la baru habis pantang! Hihi.. 

Tapi memang betul tau, kalau Fizah konsisten ambil ESP makan lah apa-apa pun Alhamdulillah perut baby tak meragam. Kalau masa Haziq dulu makam mi kuning tu pun tak boleh!

Pernah sekali makan mi goreng (mak jugak yang buat), malam tu Haziq kembung sampai kena pergi hospital malam hari tu. Tak pasal-pasal. 

Semakin lama semakin JATUH CINTA dengan ESP!


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, November 5

Kenali Migrain

Assalamualaikum.

Okay semalam Fizah ada share petua menghilangkan penyakit Migrain. So kali ni Fizah nak cerita pula apa itu Migrain dan jom kita kenali apa punca-punca penyakit Migrain ni.

Mengalami sakit kepala secara berpanjangan merupakan penyakit yang dikenali sebagai migrain. Sakit kepala/Migraine sering berlaku pada bila-bila masa sahaja. Ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam, ada yang terpaksa terbaring tidur sahaja sepanjang hari jika terkena migraine.

Jom ketahui apakah punca yang boleh menyebabkan penyakit migrain menyerang kita.



Apakah Punca Sakit Migrain? 

Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. 

Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.


Ketahui PUNCA kenapa MIGRAINE berlaku:
  1. Kesan daripada alahan seseorang
  2. Silau akibat lampu yang terang
  3. Bunyi yang terlalu kuat
  4. Bau wangi yang terlampau kuat
  5. Tekanan fizikal atau emosi
  6. Waktu tidur yang tidak teratur
  7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  8. Stres
  9. Menahan lapar
  10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

Selain itu, perlu juga kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:
  1. Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
  2. Sakit kepala di sebabkan migrain
  3. Sakit kepala di sebabkan sinus

Untuk mengelakkan MIGRAINE elakkan daripada:
  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama

Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Okay itu serba sedikit yang dapat Fizah kongsikan berkenaan dengan Migrain ni.

In Shaa Allah entry selepas ni Fizah akan kongsikan pula Set Cadangan Shaklee :)
Continue Reading

Tuesday, November 4

Testimoni : Meal Shakes dan Omega Guard Untuk Anak-anak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Puan Che Saida Tina yang memberi anaknya Meal Shakes dan juga Omega Guard.
Jom kite tengok apa perubahan yang anak beliau dapat selepas ambil 2 produk ni.

Sebelum:
  • selalu asthma
  • kulit selalu ruam
  • gatal-gatal
  • alah susu lembu
  • muntah-muntah
  • tonsil selalu kena dan cepat demam
  • berat badan susut
  • tiada selera makan

Selepas 2 bulan ambil Meal Shakes n Omega :
  • asthma dan batuk kurang
  • tidak ambil nabulizer sejak 3 bulan lepas
  • selera makan bertambah
  • berat badan naik
  • boleh mula minum susu lembu ( jimat 80% dari beli susu soya )
  • kulit tiada ruam 
  • kalau kena gigit nyamuk tidak melarat atau berkudis
  • tonsil kurang dan demam pun cepat baik


PROMOSI NOVEMBER 2014

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, November 3

Resipi - Ayam Ungkep

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Fizah nak share pulak satu resipi yang Fizah baru sahaja try tengahari tadi. Resipi ni actually Fizah jumpa masa tengah mencari-cari menu untuk masak hari ni.

Mula-mula tu planning nak masak Ayam Masak Gajus tapi tak dapat nak masak lauk tu sebab nya cili yang dah siap blend tak ada. So Fizah pun buka la Mr Google lalu terjumpa resipi ni.

Ayam Ungkep

Bahan-bahan:
  • 1 kg ayam - potong 10 - perap dg garam & kunyit 
  • 2 batang serai - dititik
  • 3 cawan air
  • Garam/gula/perasa pilihan
  • 1/2 keping asam keping - opsyenal
  • Minyak masak

Bahan tumbuk / kisar:
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah 
  • Sejemput serbuk ketumbar
  • Sejemput serbuk jintan manis
  • Sejemput serbuk jintan putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 15 biji cili padi 

Cara cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.
  3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
  4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.
Haa tu la dia resipi Ayam Ungkep ni. Memang sedap sangat. Actually tak pernah makan dan tak pernah masak pun. Kalau disebabkan ada cili blend tadi rasanya memang tak masak la kot Ayam Ungkep ni.

Macam biasa Fizah suka masukkan gambar dalam Facebook kalau Fizah masak menu baru. Ada la kawan Fizah ni komen dan bagitahu yang Ayam Ungkep ni masakan Jawa. Siap cakap pandai Fizah masak masakan Jawa. Hihi

Memang sedap sangat Ayam Ungkep ni. Encik Suami cakap macam rendang.

So, selamat mencuba. 
Continue Reading

Sunday, November 2

Our Little Hero

Entry saja-saja nak share gambar hero-hero kami.

Muhammad Haziq Haiqal & Muhammad Hafiy Haiman

Muhammad Haziq Haiqal
Muhammad Hafiy Haiman

Sama ke muka diorang ni masa baby. Macam ala2 sama je kan. Yang bezanya tang mata tu.

Sorang BULAR! Sebab masa pregnant Haziq suka tengok cerita Hindustan.
Sorang lagi SEPET! Sebab masa pregnant Hafiy suka tengok cerita Korea. Hihihi

Ada kene mengena ke? Ahakss.

Sayang kalian dunia akhirat. Kalian lah anak syurga Mama dan Ayah !!
Continue Reading

Saturday, November 1

Promosi November 2014

Assalamualaikum dan dalam sejahtera.

Walaupun hari ni dah masuk 3 November, rasanya masih belum terlambat untuk Fizah cerita tentang Promo untuk bulan November ni.

Kalau bulan lepas bulan ESP & Meal Shakes, bulan ni merupakan bulan Omega Guard pula. Yang paling bestnya bukan satu promo tapi dua tau. Apa yang dua tu? hihi
  • Buy 6 Free 1
  • Twin Pack - Buy 2 Get 5% Off


Okay mungkin ada yang tak faham kan. Ni details dia ya.
  1. 1 Botol RM 136
  2. 2 botol RM 258.40 ( Jimat RM 13.60 )
  3. 6 botol free 1 botol RM 816 ( Jimat RM 136 )
Berbaloi-baloi kan promo untuk bulan ni. Kalau korang nak beli 1 botol pun boleh, nak beli 2 pun boleh, nak beli 6 terus pun boleh. Kalau beli 6 free sebotol tau.

Yang paling best bila beli 1 set ( Buy 6 Free 1 ) ni korang dapat FREE MEMBERSHIP tau ! Dekat situ dah jimat lagi RM 65. Bulan Disember nanti dapat balik cash back bonus RM 32.55 !

So, cuba kira balik berapa TOTAL KESELURUHAN yang korang dah JIMAT tu ?

RM 136 + RM 65 + RM 32.55 = RM 233.55

Banyak tuuu !!! So, jangan lepaskan peluang yang datang ni ya. Bagi yang belum mencuba produk Omega Guard ni boleh lah cuba. Sekali dah cuba pasti anda akan JATUH CINTA !!


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading