Thursday, October 16, 2014

Memori Muhammad Haziq Haiqal

Assalamualaikum.

Kalau sebelum ni Fizah dah share gambar baby Hafiy so entry kali ni nak jamu kawan-kawan semua gambar Haziq masa baby dulu :)

Bukan apa, tiba-tiba teringat dan rindu saat masa Haziq baby dulu. Mana tahu nanti masa Haziq dah besar boleh lah dia tengok gambar-gambar masa dia baby dulu.

Dalam labour room.. Masa ni hanya tuhan yang tahu macam mana sayunya perasaan Fizah









Mata bular dan cantik.. 
Masa orang ramai datang melawat Fizah dan baby semua cakap mata Haziq ni cantik. Yela mana taknya masa mengandungkan Haziq ni dulu makan buah delima ada la dalam 10 biji. Mak Fizah bagitahu petua kalau nak baby kita bijak bestari masa pregnant amalkan makan buah delima. So, memang makan buah delima je la dari start pregnant sampai lah dah nak bersalin. Hihihi





Itu antara beberapa keping gambar yang Fizah boleh share dalam blog ni. Actually banyak sangat. Ye lah mana taknya first baby la katakan. Tambahan pulak tahun ke empat kahwin baru dapat baby. Memang excited sangat-sangat la kan. Boleh dikatakan setiap hari kami ambil gambar Haziq. Hihi

Okay, nanti Fizah nak cerita pula pengalaman semasa mengandungkan Haziq ni. Banyak kenangan yang manis semasa mengandungkan Haziq.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.