Saturday, October 18, 2014

[ OUR LITTLE HERO ] - Muhammad Hafiy Haiman 3 bulan

Assalamualaikum dan salam Sabtu Fizah ucapkan..

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan melihat insan-insan tersayang.. Akiviti hari ni adalah mengemas rumah yang agak bersepah.. Sejak balik dari berpantang hari tu asyik dapat usik sket2 je barang-barang dalam rumah ni.. Almaklum la kan hero dah bertambah lagi sorang..hihi

Kali ni Fizah nak story masa bawak baby Hafiy check up 3 bulan hari tu.. Itu pun dah lambat sebenarnya sebab masa tak mengizinkan.. Yela setiap kali pergi mesti ramai yang amat manusia.. Tu bawak pergi Klinik Pakar Kanak-kanak tu.. Kalo bawak pergi Klinik Kesihatan tak tahu la kan..

Alhamdulillah berat baby Hafiy naik.. Masa lahir 2.9kg je, masa sebulan lak 3.9kg.. Masa baby Hafiy dua bulan kitorang tak bawak pergi check up pun.. hihi.. Alhamdulillah masa umur 3 bulan n berat baby Hafiy dah 5.5kg.. Memang terasa kalau pegang dia lama-lama.. Makin sihat dan membesar baby Fizah kali ni..

Baby Hafiy macam atlit tinju kan..
Haa nampak tak gambar kat atas tu betapa mantapnya peha baby Hafiy..hihi.. Kalo nak dibandingkan Hafiy ni dengan Haziq dulu memang jauh sangat bezanya tau.. Haziq dulu halusss je.. Sampaikan kena sound jugak la dengan doktor.. Doktor siap cakap kena topup susu formula sebab berat Haziq memang agak payah nak naik..

Okay sambung balik cerita bawak baby Hafiy pergi klinik ni.. Masa dalam bilik doktor tu, doktor tanya la baby minum susu apa.. Fizah jawab minum susu ibu.. Doktor tanya balik, minum susu ibu sepenuhnya ke?.. Saya jawab ya doktor.. Doktor pun buat thumb up sambil cakap goodd.. Dalam hati Fizah doktor ni salah tanya ni.. Actually baby Hafiy bukan menyusu badan sepenuhnya tetapi menyusu badan secara eksklusif.. 

Haa beza tau menyusu badan sepenuhnya dengan menyusu badan secara eksklusif ni.. Macam dalam entry Fizah sebelum ni ada cakap kan apa perbezaan dia.. Alhamdulillah masih mampu menyusukan baby Hafiy secara eksklusif..

** Baby Shaklee membesar dengan lebih sihat dan kuat.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...