Sunday, October 26, 2014

[ MOTIVASI ] - AYAT SERIBU DINAR

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu Fizah ucapkan.. 

Kali ni Fizah nak share apa yang Fizah dapat dalam Group My Shaklee Empire.. Pagi tadi dapat info ni dalam group MSE ni..

Apa tu Ayat Seribu Dinar?

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Hikmah Ayat 1000 Dinar
  1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
  2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
  3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
  4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
  5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Kita selalu nampak Ayat Seribu Dinar ni terjual di kedai-kedai kan.. So, kalau dah beli Ayat Seribu Dinar tu janganlah setakat digantung atau hanya dibiarkan di dalam dompet sahaja namun ia haruslah diamalkan secara konsisten dan istiqamah supaya apa yang kita hajati akan dimakbulkan oleh Allah swt..

Marilah kita sama-sama amalkan Ayat Seribu Dinar mulai hari ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...