Wednesday, October 15

10 Formula Mencapai Kebahagiaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Kali ni Fizah nak share formula untuk bahagia. Actually Fizah jumpa formula ni dari group Jutawan. Jom kita tengok apa formula untuk bahagia tu.


10 formula mencapai kebahagiaan….dalam apa jua yg dikerjakan:
  1. Kerjakan sesuatu yang anda suka atau yang anda minat… Bukannya melakukan sesuatu yang anda terpaksa...kerana sesuatu yang anda minat pasti akan dilakukan juga biarpun ketika sibuk
  2. Mengambil berat kesihatan kerana kesihatan itu kunci kebahagiaan..jadi..jagalah makanan yang seimbang,bersukan dan menjauhi yang tidak sihat
  3. Matlamat hidup kena jelas..crystal clear gitu…barulah boleh dapat apa yang diangankan.. bukannya berangan mat jenin... jadi pendek kata.tak salah berangan..tapi kene clear okay.…
  4. Redha dengan kehidupan apa adanya-termasuk pahit maung hidup..Cukup lah Allah tempat bergantung dan berlindung.. dengan redha dan rela...kita takkan mudah mengeluh dan gentar
  5. Focus dengan kehidupan harini..tidak menyesal dengan hari yang telah berlalu dan tidak gelisah dengan hari esok yang belum sampai lagi
  6. Berfikir sebelum membuat sebarang keputusan dan berani mengambil keputusan..dan tidak menyalahkan orang lain jika keputusan itu salah..
  7. Selalu memerhatikan orang lain yang lebih rendah..maksudnya tidak ego atau sombong kerana ada banyak lagi yang hidup serba kekurangan
  8. Sering senyum dan sentiasa berkawan dengan mereka yang optimis..jadi takdela mudah putus asa dalam hidup..
  9. Bersedia membantu orang lain mendapat kebahagiaan.. ingat kata2 ni..to be happy for the lifetime ,...help others
  10. Mampu merebut peluang yang berharga.....

Akhir kata… “Jalanilah harimu dengan gembira dan berbuatlah dengan lebih bersungguh2.. bersabarlah...Allah pasti memberi jalan keluar..mudah2an jalan keluar itu segera sampai dan ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar.Sebaik ditanam tidak terus berputik,tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar dahulu..."

(Sumber: Diulas dari buku "motivasi -menjadi wanita paling bahagia")

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)