Sunday, October 19, 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum dan salam hujung minggu.

Saja nak tunjuk apa yang Fizah beli masa keluar bandar siang tadi. Hari ni ajak Encik Suami pergi Berjaya Megamall sebab nak carik baju menyusu. Mula-mula dulu pakai baju biasa tapi lama-lama rasa macam kurang selesa bila pakai baju biasa buat menyusu.

Lepas beli baju menyusu ajak Encik Suami pergi kedai buku Popular. Fizah memang suka sangat masuk kedai buku Popular ni sebab memang dari kecik minat dengan buku-buku dan juga majalah. Biar pun takde apa-apa nak beli tapi pasti akan ajak Encik Suami masuk. Lepas tu mesti akan ada jugak barang yang Fizah beli. Hihihi


Okay buku nota tu untuk bisnes Shaklee dan jugak bisnes baju baby Fizah.

Sejak akhir2 ni banyak kelas online yang Ummi Shaklee Fizah buat. So kena ade buku. Ilmu yang dipelajari kena lah tulis kalau tak kang lupa. Bila lupa sia-sia lah ilmu yang dah dicurahkan. Antara ilmu yang dah Fizah belajar adalah macam mana nak buat poster-poster yang gempak dan juga macam mana nak buat blog. Banyak maklumat yang Fizah dah perolehi daripada Ummi Fizah.

Minggu depan pula Ummi bakal mengadakan kelas untuk bakal-bakal leader. Tak sabar rasanya nak tunggu esok malam. Yang menariknya semuanya online aje. Bayangkan Fizah berada di Kuantan manakala Ummi Fizah ni berada di Bangi. Nak dengan tak nak je. Mentor dah ada, ilmu pun dah ada, so doa-doakan lah Fizah dapat naik jadi lader lepas ni :) :) :)

Buku hijau tu pulak buku untuk Haziq. Sibuk nak jugak buku bila tengok mama beli buku. Mula-mula tadi dia minta colour tapi memandangkan dekat rumah dah ada set colouring untuk dia maka nya kami belikan dia buku je lah. Janji dapat puaskan hati dia.

Majalah pa&ma tu pula memang Fizah kumpul setiap bulan. Terus terang cakap banyak ilmu yang Fizah dapat dari majalah tu. Start baca sejak kat Sabah lagi. Encik Suami pun tak kisah Fizah nak kumpul majalah tu. So kumpul la banyak-banyak. Kalau tengok rak buku dekat bilik study kitorang ni memang banyak la Majalah pa&ma ni.

Okay tu je yang Fizah nak tunjuk. Salah satu aktiviti yang paling Fizah suka.

Terima kasih kerana sudi singgah blog Fizah ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.