Thursday, October 9, 2014

[ INFO ] - 10 Khasiat Tempe

Assalamualaikum semua.. 

Kalau sebut pasal tempe ianya agak sinonim dengan Orang Jawa kan.. Siapa kat sini suka makan tempe? Fizah suka jugak makan tempe ni walaupun Fizah bukan orang Jawa.. Tak semestinya orang Jawa je yang suka makan tempe kan..hihi

So kali ni Fizah nak share lah apa khasiat yang akan kita perolehi dari tempe ni.. Actually korang tahu tak tempe ni berasal dari kacang soya?? Sempena bulan ESP ni kan so Fizah akan banyak share berkenaan dengan soya je la kan.. :) :) :) 

Okay jom kita tengok satu-satu apa khasiat tempe ni..


  1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).
  2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
  3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
  4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
  5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
  6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
  7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
  8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
  9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
  10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

Haa dah tahu dah apa khasiatnya tempe ni?? Suka makan tempe tak?? Kalo tak suka boleh lah cuba sikit-sikit mana tau lama-lama nanti boleh terjatuh hati pulak dengan tempe ni kan.. hihi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...