Friday, October 31

Petua Untuk Menghilangkan Migrain

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Kali ni Fizah nak share petua yang Fizah jumpa dalam Facebook siang tadi.

Siapa yang ada masalah migrain ni boleh lah try petua yang Fizah nak share ni. Actually Fizah pun ada migrain jugak. Kalau dah kena migrain ni memang boleh jadi HULK la. Jom kita tengok satu persatu petua nak hilangkan migrain.

Sumber Google

1. Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut :
  • kacang hijau
  • lada hitam
  • garam kasar
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.

Selamat Mencuba :)
Continue Reading

Sunday, October 26

Ayat Seribu Dinar

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Kali ni Fizah nak share apa yang Fizah dapat dalam Group My Shaklee Empire. Pagi tadi dapat info ni dalam group MSE ni. So letak la dalam blog sebagai panduan kita bersama.


Apa tu Ayat Seribu Dinar?

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Hikmah Ayat 1000 Dinar
  1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
  2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
  3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
  4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
  5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Kita selalu nampak Ayat Seribu Dinar ni terjual di kedai-kedai. So, kalau dah beli Ayat Seribu Dinar tu janganlah setakat digantung atau hanya dibiarkan di dalam dompet sahaja namun ia haruslah diamalkan secara konsisten dan istiqamah supaya apa yang kita hajati akan dimakbulkan oleh Allah swt.

Marilah kita sama-sama amalkan Ayat Seribu Dinar mulai hari ini.
Continue Reading

Sunday, October 19

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum dan salam hujung minggu.

Saja nak tunjuk apa yang Fizah beli masa keluar bandar siang tadi. Hari ni ajak Encik Suami pergi Berjaya Megamall sebab nak carik baju menyusu. Mula-mula dulu pakai baju biasa tapi lama-lama rasa macam kurang selesa bila pakai baju biasa buat menyusu.

Lepas beli baju menyusu ajak Encik Suami pergi kedai buku Popular. Fizah memang suka sangat masuk kedai buku Popular ni sebab memang dari kecik minat dengan buku-buku dan juga majalah. Biar pun takde apa-apa nak beli tapi pasti akan ajak Encik Suami masuk. Lepas tu mesti akan ada jugak barang yang Fizah beli. Hihihi


Okay buku nota tu untuk bisnes Shaklee dan jugak bisnes baju baby Fizah.

Sejak akhir2 ni banyak kelas online yang Ummi Shaklee Fizah buat. So kena ade buku. Ilmu yang dipelajari kena lah tulis kalau tak kang lupa. Bila lupa sia-sia lah ilmu yang dah dicurahkan. Antara ilmu yang dah Fizah belajar adalah macam mana nak buat poster-poster yang gempak dan juga macam mana nak buat blog. Banyak maklumat yang Fizah dah perolehi daripada Ummi Fizah.

Minggu depan pula Ummi bakal mengadakan kelas untuk bakal-bakal leader. Tak sabar rasanya nak tunggu esok malam. Yang menariknya semuanya online aje. Bayangkan Fizah berada di Kuantan manakala Ummi Fizah ni berada di Bangi. Nak dengan tak nak je. Mentor dah ada, ilmu pun dah ada, so doa-doakan lah Fizah dapat naik jadi lader lepas ni :) :) :)

Buku hijau tu pulak buku untuk Haziq. Sibuk nak jugak buku bila tengok mama beli buku. Mula-mula tadi dia minta colour tapi memandangkan dekat rumah dah ada set colouring untuk dia maka nya kami belikan dia buku je lah. Janji dapat puaskan hati dia.

Majalah pa&ma tu pula memang Fizah kumpul setiap bulan. Terus terang cakap banyak ilmu yang Fizah dapat dari majalah tu. Start baca sejak kat Sabah lagi. Encik Suami pun tak kisah Fizah nak kumpul majalah tu. So kumpul la banyak-banyak. Kalau tengok rak buku dekat bilik study kitorang ni memang banyak la Majalah pa&ma ni.

Okay tu je yang Fizah nak tunjuk. Salah satu aktiviti yang paling Fizah suka.

Terima kasih kerana sudi singgah blog Fizah ni..

Continue Reading

Saturday, October 18

Muhammad Hafiy Haiman 3 bulan

Assalamualaikum dan salam Sabtu.

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan melihat insan-insan tersayang. Akiviti hari ni adalah mengemas rumah yang agak bersepah. Sejak balik dari berpantang hari tu asyik dapat usik sikit-sikit je barang-barang dalam rumah ni. Almaklum lah hero dah bertambah lagi sorang. Hihihi

Kali ni Fizah nak story masa bawak baby Hafiy check up 3 bulan hari tu. Itu pun dah lambat sebenarnya sebab masa tak mengizinkan. Yela setiap kali pergi mesti ramai yang amat manusia. Tu bawak pergi Klinik Pakar Kanak-kanak tu. Kalau bawak pergi Klinik Kesihatan tak tahu la.

Alhamdulillah berat baby Hafiy naik. Masa lahir 2.9kg je, masa sebulan lak 3.9kg. Alhamdulillah masa umur 3 bulan ni berat baby Hafiy dah 5.5kg. Memang terasa kalau pegang dia lama-lama. Makin sihat dan membesar dengan jayanya baby Fizah kali ni.

Dah macam Ahli Tinju daaa
Haa nampak tak gambar kat atas tu betapa mantapnya peha baby Hafiy. Kalau nak dibandingkan Hafiy ni dengan Haziq dulu memang jauh sangat bezanya. Haziq dulu halusss je. Sampaikan kena sound jugak la dengan doktor. Doktor siap cakap kena topup susu formula sebab berat Haziq memang agak payah nak naik.

Okay sambung balik cerita bawak baby Hafiy pergi klinik ni. Masa dalam bilik doktor tu, doktor tanya la baby minum susu apa. Fizah jawab minum susu ibu. Doktor tanya balik, minum susu ibu sepenuhnya ke? Fizah jawab ya doktor. Doktor pun buat thumb up sambil cakap goodd.

Dalam hati Fizah doktor ni salah tanya ni. Actually baby Hafiy bukan menyusu badan sepenuhnya tetapi menyusu badan secara eksklusif. 

Haa beza tau menyusu badan sepenuhnya dengan menyusu badan secara eksklusif ni. Macam dalam entry Fizah sebelum ni ada cakap kan apa perbezaan dia. Alhamdulillah masih mampu menyusukan baby Hafiy secara eksklusif..

** Baby Shaklee membesar dengan lebih sihat dan kuat :)
Continue Reading

Friday, October 17

Testimoni AJHT : Sakit Sendi Hilang Selepas 2 Hari

"Salam semua.
Sempena promo AJHT ni, saya nk kongsi sikit pasal AJHT ni, serious tak sangka bulan ni promo AJHT, 29hb Dec hari tu beli AJHT untuk hubby, 2 hari consume dah okay sakit-sakit sendi dia. Actually saya ni pun selalu sakit-sakit sendi sebab saya ni kurus sangat orangnya tu senang sangat sakit-sakit sendi.
Saya memang tak suka nak telan-telan pil ni tapi dah tak tahan malam tadi makan 2 biji AJHT, Alhamdulillah pagi ni senang je bangun dari tido, macam tak percaya je. Selalu kalau nak bangun tu, seksa tahan sakit.
So, apa tunggu lagi, cepat-cepat order dengan distributor anda bagi hadiah kat mak ayah yang selalu sakit sendi tulang, serious tak rugi." 
~ Puan Nafiza Shuib ~

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday, October 16

Memori Muhammad Haziq Haiqal

Assalamualaikum.

Kalau sebelum ni Fizah dah share gambar baby Hafiy so entry kali ni nak jamu kawan-kawan semua gambar Haziq masa baby dulu :)

Bukan apa, tiba-tiba teringat dan rindu saat masa Haziq baby dulu. Mana tahu nanti masa Haziq dah besar boleh lah dia tengok gambar-gambar masa dia baby dulu.

Dalam labour room.. Masa ni hanya tuhan yang tahu macam mana sayunya perasaan Fizah









Mata bular dan cantik.. 
Masa orang ramai datang melawat Fizah dan baby semua cakap mata Haziq ni cantik. Yela mana taknya masa mengandungkan Haziq ni dulu makan buah delima ada la dalam 10 biji. Mak Fizah bagitahu petua kalau nak baby kita bijak bestari masa pregnant amalkan makan buah delima. So, memang makan buah delima je la dari start pregnant sampai lah dah nak bersalin. Hihihi





Itu antara beberapa keping gambar yang Fizah boleh share dalam blog ni. Actually banyak sangat. Ye lah mana taknya first baby la katakan. Tambahan pulak tahun ke empat kahwin baru dapat baby. Memang excited sangat-sangat la kan. Boleh dikatakan setiap hari kami ambil gambar Haziq. Hihi

Okay, nanti Fizah nak cerita pula pengalaman semasa mengandungkan Haziq ni. Banyak kenangan yang manis semasa mengandungkan Haziq.

Terima kasih kerana sudi membaca :)
Continue Reading

Wednesday, October 15

10 Formula Mencapai Kebahagiaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Kali ni Fizah nak share formula untuk bahagia. Actually Fizah jumpa formula ni dari group Jutawan. Jom kita tengok apa formula untuk bahagia tu.


10 formula mencapai kebahagiaan….dalam apa jua yg dikerjakan:
  1. Kerjakan sesuatu yang anda suka atau yang anda minat… Bukannya melakukan sesuatu yang anda terpaksa...kerana sesuatu yang anda minat pasti akan dilakukan juga biarpun ketika sibuk
  2. Mengambil berat kesihatan kerana kesihatan itu kunci kebahagiaan..jadi..jagalah makanan yang seimbang,bersukan dan menjauhi yang tidak sihat
  3. Matlamat hidup kena jelas..crystal clear gitu…barulah boleh dapat apa yang diangankan.. bukannya berangan mat jenin... jadi pendek kata.tak salah berangan..tapi kene clear okay.…
  4. Redha dengan kehidupan apa adanya-termasuk pahit maung hidup..Cukup lah Allah tempat bergantung dan berlindung.. dengan redha dan rela...kita takkan mudah mengeluh dan gentar
  5. Focus dengan kehidupan harini..tidak menyesal dengan hari yang telah berlalu dan tidak gelisah dengan hari esok yang belum sampai lagi
  6. Berfikir sebelum membuat sebarang keputusan dan berani mengambil keputusan..dan tidak menyalahkan orang lain jika keputusan itu salah..
  7. Selalu memerhatikan orang lain yang lebih rendah..maksudnya tidak ego atau sombong kerana ada banyak lagi yang hidup serba kekurangan
  8. Sering senyum dan sentiasa berkawan dengan mereka yang optimis..jadi takdela mudah putus asa dalam hidup..
  9. Bersedia membantu orang lain mendapat kebahagiaan.. ingat kata2 ni..to be happy for the lifetime ,...help others
  10. Mampu merebut peluang yang berharga.....

Akhir kata… “Jalanilah harimu dengan gembira dan berbuatlah dengan lebih bersungguh2.. bersabarlah...Allah pasti memberi jalan keluar..mudah2an jalan keluar itu segera sampai dan ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar.Sebaik ditanam tidak terus berputik,tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar dahulu..."

(Sumber: Diulas dari buku "motivasi -menjadi wanita paling bahagia")
Continue Reading

Tuesday, October 14

Variasi Resipi Bancuh ESP

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu.

Memandangkan ESP ni one of our best seller dan memanndangkan bulan ni bulan ESP makanya Fizah dah cuba senaraikan cadangan beberapa resipi cara bancuh ESP yang anda boleh cuba.


  • ESP + Air suam
  • ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  • ESP + SusuAnmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  • ESP + KOKO + OAT
  • ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  • ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
  • ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
  • ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
  • ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  • ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
  • ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!*boleh tambah list ini ikut pengalaman anda

Sumber

Dan ini pula resipi smoothies

Bahan-bahan :
  • Segelas fresh milk
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt
  • fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
  • Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
  • 1 sudu kecik madu
  • Serbuk koko (optional)

Cara -cara : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm

Sumber

NOTES:

JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.

Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari (berat utk buah pinggang proses protin yang berlebihan)


Fizah suka minum ESP dibancuh dengan kordial Sarsi lepas tu shake pulak dengn air sejuk. Sedap yang teramat sangat hihi.

Jika berminat untuk mendapat ESP sempena bulan promo ni jangan segan-segan hubungi Fizah ya :) peace.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, October 13

10 Khasiat Tempe

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Kalau sebut pasal tempe ianya agak sinonim dengan Orang Jawa. Siapa kat sini suka makan tempe? Fizah suka jugak makan tempe ni walaupun Fizah bukan orang Jawa. Tak semestinya orang Jawa je yang suka makan tempe.

Okay jom kita tengok satu-satu apa khasiat tempe ni.


  1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).
  2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
  3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.
  4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
  5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
  6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
  7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
  8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.
  9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
  10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.
Continue Reading

Sunday, October 12

Fully Breastfeed vs Exclusive Breastfeed

Assalamualaikum dan Salam hujung minggu.

Bagaimana agaknya dengan aktiviti kalian semua hari ni. Diharap kalian memenuhi aktiviti bermanfaat bersama keluarga tersayang. Kalau macam Fizah tadi seharian keluar mencari barang-barang anak dan juga barang-barang dapur.

Planning nak bawak Baby Hafiy pergi klinik nak check up untuk 3 bulan tapi last minit tak jadi pulak sebab sampai-sampai je kat klinik Ya Allah ramai sungguh orang. Kalau nak tunggu mau nye amik masa 2 jam nak menunggu. Encik Suami pun cakap lain kali je la kita pergi sebab ramai sangat orang nya.

Actually kali ni Fizah nak share la harapan Fizah terhadap Baby Hafiy kali ni. Fizah plan nak menyusukan baby Hafiy secara eksklusif selama 2 tahun. Haa 2tahun ? Mesti korang terkejut kan. Tapi kalo nak tahu tu lah antara harapan Fizah sekarang ni.

Kalau Haziq dulu eksklusif selama 6 bulan aje tapi Baby Hafiy ni nak menyusukan secara eksklusif selama 2 tahun. Haziq dulu fully breastfeed selama 2 tahun 7 bulan. Alhamdulillah bersyukur sangat dapat menyusukan Haziq selama itu.

Actually jangan anggap eksklusif dan fully breastfeed ni sama tau. Ada perbezaan dia. Korang nak tahu tak apa perbezaan dia ? Meh Fizah story sikit.

EXCLUSIVE BREASTFEED ni merupakan memberikan hanya susu ibu semata-mata tanpa memberi air masak dan jugak sebarang solid food. SUSU IBU semata-mata ya kawan-kawan.

Manakala FULLY BREASTFEED pula menyusukan baby dengan susu ibu dan memberikan baby air masak serta solid food. So nampak tak PERBEZAANNYA di situ.

Kalau tengok nampak macam susah kan tapi tu lah cabaran yang Fizah sanggup buat untuk Baby Hafiy ni. Nak tengok sama ada berjaya atau tidak. Harap sangat berjaya sebab kalau boleh Fizah nak Baby Hafiy ni membesar hanya dengan SUSU IBU.

Terkilan jugak actually Haziq dulu masa umur setahun dah bagi dia fresh milk. Walaupun fresh milk tapi ia tetap susu lembu. Bila tengok ada ibu-ibu yang berjaya menyususkan anak secara eksklusif selama 2 tahun ni rasa macam teruja sangat.

So Fizah harap kawan-kawan semua sudilah kiranya mendoakan kejayaan untuk Fizah sahut cabaran yang Fizah dah letak pada diri ni. 

Fizah rasa cukup setakat ni dulu. Ada kelapangan nanti Fizah akan cerita dengan lebih lanjut apa kelebihannya menyusukan baby secara eksklusif selama 2 tahun.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah dan baca blog Fizah ni :)
Continue Reading

Saturday, October 11

Rawat Gastrik dengan Supplement Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin ada di antara anda yang tidak mahu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan kan. Maka jika anda mencari rawatan gastrik secara semulajadi, Fizah boleh cadangkan beberapa supplement Shaklee untuk membantu anda mengurangkan masalah gastrik anda.

Antara supplement Shaklee yang boleh merawat masalah gastrik ini adalah :

1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Selain ESP, terdapat juga supplement lain yang boleh anda ambil untuk menyelesaikan masalah gastrik ni. Supplement lain yang Fizah maksudkan adalah OsteMatrix dan Peppermint Ginger Plus.

2) OsteMatrix

Pesakit gastrik digalakkan untuk mengambil kalsium kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.


3) Peppermint Ginger Plus

Peppermint Ginger Plus ini mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan yang dialami perut.

Okay, Fizah juga sertakan beberapa testimoni pengguna yang telah menggunakan Cadangan Supplement Gastrik ini.

Testimoni




Jadi, sekiranya anda mengalami masalah gastrik dan memerlukan ubat-ubatan apa salahnya jika kita mencuba cara & alternatif lain untuk merawat penyakit gastrik ni. Tidak salah mencuba kerana apa yang penting adalah kita berusaha mencari cara untuk merawat, yang selebihnya biar Dia yang menentukan. In Shaa Allah.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, October 10

Cara Makan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Kali ni Fizah nak share macam mana cara yang betul untuk makan vitamin Shaklee. Bukannya apa kadang-kadang tu masih ramai pengguna yang tidak dapat jadual serta cara pemakanan yang betul. Jika cara makan pun tak betul macam mana kita nak dapat kesan yang optimum. Bila tak dapat kesan yang memuaskan mulalah menyalahkan vitamin :)

So di bawah ni merupakan jadual makan vitamin Shaklee ya.. Jika anda nak mengetahui dengan lebih lanjut boleh la hubungi Fizah. In Shaa Allah Fizah akan berikan konsultasi PERCUMA tanpa sebarang bayaran.




SELEPAS SARAPAN

Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :
  • Vitalea
  • B Kompleks
  • Vitamin C
  • ESP / Cinch / Meal Shakes

SELEPAS MAKAN TENGAH HARI

Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi dan lauk-pauk. Jadi pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Sangat sesuai diambil :
  • Lecithin
  • Omega
  • Vitamin E
  • GLA (GLA tidak digalakkan diambil bersama vitamin E. Jika ambil kedua-duanya, ambil GLA selepas makan tengah hari dan Vitamin E selepas makan malam atau sebaliknya) 
  • CoQHealth Plus ~ sangat sesuai kepada mereka yang sering memandu jarak jauh...hilang terus rasa mengantuk tau :-)

SELEPAS MAKAN MALAM
  • Lecithin
  • Alfalfa 
  • Zink (Perlu diambil setiap hari hanya jika mengalami masalah keguguran rambut yang serius)

SEBELUM TIDUR
  • Ostematrix
  • ESP (Terutama untuk ibu menyusu)
  • Herblax (2 kali seminggu sahaja)

Tambahan :
  1. Nutriferon - seminggu satu sachet sahaja kecuali ketika rasa nak demam atau demam, boleh diambil setiap hari.
  2. Vivix - selepas makan

PENTING
  • Vitalea tidak boleh diambil Ostematrix atau susu
  • Vitamin E tidak boleh diambil bersama AlfalfaPastikan pengambilan air masak mencukupi - 2 hingga 3 liter

* Tidak semua vitamin disenaraikan di sini. Untuk jadual yang lengkap sila hubungi pengedar anda.

Kredit : mamafaiz

Sekian perkongsian dari Fizah untuk kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca budiman. In Shaa Allah.
Continue Reading

Thursday, October 9

Tips Cuci Lantai Dapur Tanpa Sabun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni Fizah nak share tips macam mana nak cuci lantai dapur tanpa menggunakan sabun. Dalam banyak-banyak lantai yang ada di rumah kita lantai mana yang paling berminyak? Semestinya lantai dapur kan. Sebab dapur lah tempat kita masak dan tempat kita makan.

Actually tips ni Fizah terjumpa masa duk scroll FB pagi tadi. Agak menarik sebab Fizah pun tak berapa yakin nak guna pencuci lantai yang ade jual kat luar sana tu. Ye la sebab selalunya lepas mop lantai mesti rasa tapak kaki macam melekit-lekit tapak kaki.

So Fizah nak share la tips yang Fizah jumpa ni.

Untuk membersihkan lantai dapur yang berminyak, anda hanya perlukan:


BAHAN-BAHAN:
  • Buah lemon
  • Garam kasar
  • Berus

CARA -CARA:
  • Hiris buah lemon menjadi kepingan-kepingan nipis.
  • Letakkan di lantai yang mahu dicuci bersama dengan sedikit taburan garam kasar.
  • Biarkan seketika dan sental hingga kesan kotoran tanggal. Bilas menggunakan air bersih. Insya-Allah kotoran berminyak tersebut akan hilang.
Selamat Mencuba :)

Okay tu tips yang Fizah jumpa pagi tadi. Actually Fizah nak share sejak menjadi pengguna tegar Shaklee ni Fizah dah lama jugak la tak beli pencuci lantai yang ada kat luar tu. Fizah cuci lantai menggunakan produk Shaklee yang power ni iaitu Basic H.


Cara penggunaan Basic H ni pun agak mudah dan menyenangkan. Hanya gunakan satu titik untuk satu baldi air lepas tu boleh mop lantai rumah anda. Nak tau apa BONUS yang akan anda dapat bila menggunakan Basic H ni ?
  • Lantai BERSIH dan BERKILAT
  • Tiada LALAT dan SEMUT 
  • Boleh spray di TONG SAMPAH rumah anda
  • Boleh digunakan di CERMIN dan TINGKAP rumah
  • SIRAM pokok bunga kesayangan anda
  • Cuci kereta
Haissshhh macam-macam lagi lah kegunaan Basic H ni. Fizah memang suka sangat guna Basic H ni. Bayangkan eh Fizah dah guna Basic H ni dekat 2 tahun dah tapi baru luak separuh. Harga pulak memang berbaloi-baloi la.

Kalau anda nak try menggunakan Basic H ni jangan segan-segan dapatkannya dari Fizah ya. Benda baik dan elok kenalah share. Tak elok simpan sorang-sorang.

Untuk lebih details mengenai Basic H ni boleh klik SINI


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, October 8

7 Kriteria Dalam Memilih Protein Soya




Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik


Kenapa soya mesti ditanam secara organik ?

Sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.


Kacang soya tu mestilah Non GMO (tak dihasilkan secara genetik)

Kenapa protein soya mestilah non genetik engineered ?

Sebab secara umumnya, kacang soya dari jenis genetik ni murah untuk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural. Dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik.

Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.


Protein Soya mesti mengandungi 9 asid amino perlu

Badan memerlukan kesemua 9 asid amino perlu untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.


Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan dengan alkohol

Alkohol tu haram dan kalau dicuci dengan alkohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone, up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan lain-lain. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.


Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan

Soya yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. Sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.


Proses pembuatan protein soya sebaiknya tanpa pemanasan

Amino acids sangat sensitive dengan suhu yang panas. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result.


Soy isolate itu mesti ditambah dengan unsur kalsium. Kenapa? 

Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Oleh yang demikian, unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah kalsium yang cukup dalam produk mereka.
Continue Reading

Tuesday, October 7

Testimoni Vivix: Rokok Terasa Pahit Macam Hempedu

"Mmmm...segan dan agak malu bila ibu kita seorang perokok tegar kan.
Mak saya memang perokok tegar dari usia belasan tahun lagi. Bukannya rokok daun tapi rokok Dunhill. Dulu memang rasa segan dengan kawan-kawan dengan keluarga bakal suami tapi tu la, bila kita nasiha orang tua ni bukannya nak dengar.
Keraplah mak sakit perut yang teruk, mungkin sebab organ dalaman dia dah tak berapa elok kot sebab sekarang umur dia dah 63 tahun.
Tapi Alhamdulillah, awal minggu lepas saya poskan VIVIX kat mak saya. Tup tup mak call saya. Jeng..jeng..jeng. Dia kata ubat apa yang saya bagi dia minum tu??? saya tanya kenapa? Dia kata rokok terasa PAHIT MACAM HEMPEDU!! Dia langsung tak boleh hisap rokok tu.
Saya kata itula ubat yang saya cari selama ni untuk dia. Alhamdulillah. Dah seminggu dia tak beli dan tak sentuh langsung rokok. Dia cakap selera makan dia pun makin bertambah. Ramai dah yang tegur cakap dia nampak berisi.
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Akhirnya saya jumpa supplement yang betul-betul sesuai untuk ibu saya. Tak apa lah keluar duit banyak sikit pun. IBU KITA SEORANG JE. Selagi dia masih ada memang nak tengok dia sihat.
P/S: Ada satu lagi cerita tentang testimoni VIVIX iaitu bapa mentua yang menderita Kencing manis pun ada perubahan yang ketara." 

~ Puan Izan ~

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, October 6

Testimoni Set Menyusu Shaklee + Lecithin : Susu Meriah, Susu Lebih Pekat, Pembuangan Lebih Lawas & Tumit Kaki Dah Licin

Puan Ana Lyana baru mencuba Vitalea, Vitamin C, B Complex, Alfalfa, dan Lecithin selama 8 hari dan ini ialah feedback darinya:

"Salam, saya ambil Set B + Lecithin baru 8 hari.
Perubahan positif pertama yang saya rasa:
  • susu makin banyak (keep on pumping), 
  • susu jugak pekat (sebelum ni kurang pekat), 
  • malam-malam baby tidur nyenyak (tak kerap bangun menyusu, mama dia boleh tidur lama sikit), 
  • membuang pun lawas (perut just bagi signal masuk toilet dan terus keluar bendasing tu..upss =p)
Dan perubahan yang terbaru, tumit kaki dah tak kasar! Yeszza, sebelum ni kalau nak tidur mesti terasa kasarnya tumit kaki. Dan dah tak mengelupas kulit kat tapak kaki tu. Dulu bila duduk depan tv, asyik belek tapak kaki je kopek kulit tu. 
Terima kasih Shaklee :)"
Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, October 5

Shaklee ni HALAL ke ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isu sama ada produk Shaklee ni HALAL atau tidak memang menjadi isu hangat sekarang ni.

Nak tahu HALAL ke tak meh tengok sini.


Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).

Alhamdulillah ternyata Shaklee ni HALAL dan SELAMAT digunakan.. Kalau tak halal Fizah pun tak nak guna dan tak kan jual Shaklee ni :)

Gunakan TANPA WAS-WAS.
Continue Reading

Saturday, October 4

Testimoni AJHT : Urat Kaki Abah Dah Tak Sakit dan Kaki Tidak Lenguh Lagi

"Semalam baru belikan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) untuk Abah. So dia dah makan dua kali, malam semalam dan pagi tadi.
Petang tadi saya tanya Abah,'Macam mana makan tu? Ada rasa apa-apa perubahan tak?'
Pastu Abah kata, 'OK, urat kaki Abah dah tak sakit, kaki pun dah tak lenguh dah'
Alhamdullilah cepat betul terasa perubahan.
AJHT ni memang bagus kalau hadiahkan untuk ibu bapa kita terutamanya yang selalu sakit-sakit lutut, dan lenguh-lenguh tuuu.. ;)" 
~ FB: Teynteyn Pthoze ~
Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah) 

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading