Monday, September 29

Resipi - Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Kali ni Fizah nak share resipi lagi. Untuk pengetahuan semua resipi kali ni sangat la simple dan mudah sebab main lebur2 je.

Actually Encik Suami yang request. Encik suami memang suka Sotong Goreng Kunyit ni. Lagipun nak masak pun tersangat la mudah. Hihi.

Setiap kali tanya " Hari ni nak masak apa eh??". Mesti dia akan jawab " Masak sotong goreng kunyit la"

Okay jom kita tengok apa bahan-bahan dan macam mana cara nak masak sotong goreng kunyit ni.



Bahan-bahan :
  • Sotong
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Sos tiram
  • Garam 
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang cili merah
  • Minyak

Cara :
  • Bersihkan sotong
  • Perap sotong bersama semua bahan2 kecuali bawang dan cili merah - supaya sotong dapat serap semua bahan tadi
  • Hiris halus bawang besar dan cili merah
  • Bawang putih ditumbuk
  • Tumis bawang dan cili merah sampai naik bau
  • Masukkan sotong dan gaul sebati.. Siapp!!

Haaaa senang sangat kan.

Tadi pun masa nak masak lauk ni Baby Hafiy tengah meragam. Siapkan dulu sotong tu lepas tu simpan dalam peti sejuk, tidurkan baby Hafiy lepas tu masuk dapur balik terus siapkan bahan tuk tumis tu. Tak sampai 30 minit pun dah siap masak satu lauk.

Soo, Selamat mencuba :)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)