Thursday, September 25, 2014

Resipi - Daging Black Pepper

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Fizah nak share resipi yang Fizah try masak semalam. Actually Encik Suami yang request. Mentang-mentanglah wife dia ni dah habis pantang kan, macam-macam pulak request dia.

Encik Suami nak makan daging masak black pepper. Apa lagi Fizah pun try la godek-godek Mr Google maka terjumpa la resipi ni. Actually ni resipi Chef Wan. Tu pun Fizah dah ubah sikit ikut suka hati Fizah. Hihi.

Jom kita tengok dulu apa hasilnya.



Okay, dah puas menjamu mata ke? Hihi. Meh Fizah share apa bahan-bahan dan cara memasaknya. Ceewahhh macam chef la pulak. Perasan je lebih. Hihi

Bahan-bahan:
  • 500g daging
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu biji lada hitam
  • 1 biji kentang
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Garam
  • Minyak

Cara :
  • Potong daging dan kentang nipis-nipis
  • Tumbuk bawang dan biji lada hitam
  • Goreng daging dan kentang hingga agak2 masak kemudian asingkan
  • Tumis bahan tumbuk tadi hingga garing sedikit
  • Masukkan kicap, sos tiram dan garam
  • Masukkan daging dan kentang yang telah digoreng tadi

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.