Thursday, September 11

Majlis Aqiqah Muhammad Hafiy Haiman

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mengadap belog yang comel ni. Hihi. Hari ni mood lebih kepada bersantai-santai. So entri hari ni entri santai yo lahhh. Actually dah lama dah sebenarnya nak tulis entry ni tapi tak tertaip la pulak sebab leka melayan karenah dua hero Fizah.

Alhamdulillah selamat jugak buat kenduri Aqiqah untuk hero kami yang kedua iaitu Muhammad Hafiy Haiman atau lebih mesra dipanggil Baby Hafiy. Kenduri untuk Baby Hafiy ni kitorang buat masa Hari Merdeka semasa Baby Hafiy berumur 55 hari. Kalau Abang Haziq dulu umur 37 hari. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Nak dijadikan cerita sebenarnya keputusan nak buat kenduri Aqiqah ni hanya mengambil masa selama dua minggu je. Alasannya sebab nak tunggu tarikh Ma ( MIL ) nak berangkat ke Mekah. Tup2 bila dah dapat tarikh, tarikh nak buat kenduri betembung la pulak. Tak dapat nak elak so teruskan la jugak.

Fizah nak share gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang majlis berlangsung. Yang sedihnya kitorang tak sempat pun nak ambil gambar kami berempat. Kalut sangat pulak rasa sebab dengan baby Hafiy menangis sebab nak tido. Lepas tidokan dia orang pun dah datang. Last2 terlupa terus nak ambil gambar :)

Gambar pengantin (Baby Hafiy) pun takde.

Baru lepas pasang meja dan kerusi

Abang Haziq abang kepada pengantin

Baru lepas mandi sambil menunggu kehadiran tetamu
Tema hari tu adalah warna biru. Mula2 tu dah rancang dengan en suami yang nak pakai tema warna biru sebab masa mak telefon Group Qasidah Taman Rasah Jaya ni, diorang ada tanya nak tema warna apa. Last2 ketua group tu bagitahu nak pakai warna biru sebab baby boy kan.

So last-last Fizah pun bagitahu la dengan abang yang nak pakai warna biru. Tak sangka la pulak yang warna biru kitorang sama dengan group Qasidah ni. Hihi

Group Qasidah Taman Rasah Jaya

Majlis sedang berlangsung sang pengantin sedang beradu

Berendoi tanpa buaian
Berendoi tu memang tak planning pun nak buat. Tapi masa group Qasidah datang diorang ada tanya dengan mak nak buat ke Berendoi. So, mak cakap buat je lah sebab nak tengok. Sebab masa Aqiqah Haziq dulu group lelaki yang datang tapi kali ni group lelaki tak dapt nak datang sebab groupnya dah bubar. So buat la juga berendoi nya tanpa ada buaian. Walaupun takde buaian tetap boleh buat. Baby Hafiy pun elok je kene pangku dengan makcik dari group Qasidah ni.

Baik je baby Hafiy tak menangis

Ambil berkat dari uwan Baby Hafiy

Ambil berkat dari atuk Baby Hafiy


Mama dengan ayah baby Hafiy tak sempat pulak nak capture gambar. Syukur Alhamdulillah selesai dengan selamatnya kenduri Aqiqah dan cukur baby Hafiy. Walaupun tak seberapa tapi kami sebagai Mama dan Ayah dapat jugak menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya. Tetamu yang datang pun tak seramai yang dijemput sebab minggu tu memang banyak kenduri kawen. Walaubagaimanapun lauk ngam-ngam la.

Kenangan bersama group Qasidah Taman Rasah Jaya

Bergambar sebelum makan

Lebar mulut ketawa sebab dah puas tido & nenen

Pengntin bergambar di petang hari

Nak bercakap dah baby Hafiy ni
Okay Fizah rasa tu je la kot yang nak Fizah kongsikan untuk semua. Sehari selepas kenduri tu terus ayah dan atuk Baby Hafiy cukur licin kepala baby. Sunnah Rasul kan kepala bayi elok dicukur bersih sebab rambut tu rambut dalam perut dan tak berapa elok la jika tak dibuang habis. Mudah-mudahan rambut yang tumbuh nanti lebih cantik dari rambut yang telah dicukur.

Nanti Fizah akan update pulak gambar-gambar sebelum dan selepas kepala baby Hafiy dibotakkan.

Stay tuned.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)