Sunday, September 7

Kesihatan - Kenapa Fizah Ambil Supplement

Assalamualaikum dan salam Jumaat Fizah ucapkan kepada semua.

Bagaimana hari ni? Semoga ceria hendaknya.

Alhamdulillah hari ni merupakan hari ke 60 Fizah berpantang. Esok pulak baby Hafiy dah pun menginjak ke 2 bulan. Rasa macam baru je lagi bersalinkan dia hari tu.

Entry kali ni Fizah nak story kenapa Fizah ambil supplement sedangkan dulu Fizah ni jenis yang sangat tak suka telan ubat. 

Gambar ihsan dari Mr. Google

Actually tadi duk bukak Facebook. Scroll punya scroll terjumpa la ada sorang member ni tulis dia dulu menyusukan anak dia tanpa mengambil sebarang supplement untuk milk booster. Cara member tu tulis seolah-olah ramai kaum-kaum ibu fikir hanya supplement dapat membantu proses penyusuan akan berjalan dengan lebih lancar.

Okay Fizah nak cerita la serba sedikit kenapa Fizah ambil supplement?

Fizah ambil supplement bukan semata-mata untuk menambahkan susu badan sahaja malah sebenarnya banyak sebab kenapa Fizah ambil supplement.

Tak dinafikan sekarang ni ramai yang ambil supplement untuk tambah susu tetapi Fizah nak tegaskan di sini, ambil lah apa2 jenis supplement pun tapi kalo tak ikut rules yang betul susu still akan kering. Apa yang penting kena banyakkan minum air dan ikut konsep demand & supply. Kalo abaikan dua benda ni makanlah apa-apa benda untuk tambahkan susu hasilnya tetap tak kan sama dengan orang yang buat dua benda tu.

Antara sebab kenapa Fizah ambil supplement ialah inginkan badan lebih sihat dan bertenaga. Kalau sebelum-sebelum ni boleh dikatakan setiap bulan Fizah akan demam. Lebih-lebih lagi bila travel jauh.

Teringat dulu masa kawen after kenduri kat Kelantan ( kawen dengan orang Kelantan ) terus demam sebab travel jauh. Masa menetap di Sabah dulu pun selalu demam sebab tempat kat sana semua jauh-jauh.

Alhamdulillah lepas ambil supplement Fizah dah jarang sangat demam. Even kalo hubby demam pun Alhamdulillah agak susah nak berjangkit berbanding sebelum ni.

Selain tu, Fizah ambil supplement sebab nak elak dari penyakit yang bukan-bukan. Tak dinafikan tu semua kerja Allah tapi tak salahkan kalau kita cegah awal-awal. Nanti tiba-tiba dah sakit baru nak berubat tu lah yang salah dan silapnya.

Bak kata pepatah MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT. Lagipun kos untuk merawat semasa sakit lebih tinggi berbanding kos untuk membeli supplement masa sihat.

Makan supplement jugak mengajar kita untuk banyak minum air kosong. Jika kita ambil supplement, rules yang paling penting kita kena buat adalah minum air kosong 3 liter sehari. Sebabnya air tu la yang akan membantu proses penyerapan supplement di dalam badan.

Haa lagi satu siapa kata kalo makan supplement kita boleh hentam je makan apa-apa sewenangnya. Serius Fizah cakap sejak amalkan supplement, tekak ni tak teringin langsung nak makan jajan-jajan yang jual kat luar tu. Kalo dulu tu pantang nampak jajan mesti nak beli.

Banyak lagi sebenarnya kelebihan dan sebab kenapa Fizah ambil supplement ni. lain kali kalau ada kesempatan, Fiah akan share lagi.

So, di sini Fizah nak tegaskan supplement bukan untuk tambah susu je tapi banyak kelebihan lain bila ambil supplement. Terpulang pada diri masing-masing samada nak ambil supplement atau tidak. Pilihan terletak di tangan masing-masing.

Peace!!!

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)