Saturday, September 20

Home Sweet Home

Assalamualaikum dan salam Sabtu.

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bersiaran dan menghupdate blog yang kiut ni.

Fizah just nak bagitahu yang Fizah sekarang ni dah balik ke Kuantan. Setelah 3 bulan duduk di Seremban rumah mak kali ni Fizah bersiaran dari Kuantan pulak.


Jenuh jugak nak membiasakan diri handle dua orang hero. Alhamdulillah hari pertama berada di rumah sendiri ni baby Hafiy tak banyak ragam dan tido je keje nya. Masuk hari ketiga dah mula meragam payah nak tido.

Actually tak salahkan baby Hafiy sebab rasanya Fizah tahu kenapa baby Hafiy meragam. Mungkin akibat perubahan cuaca yang agak panas berbanding dengan Seremban. Lagipun perumahan kami ni dekat betul dengan pantai. Kadang-kadang tu tengok merah-merah muka baby Hafiy sebab kepanasan.

Abang Haziq pula keje nya asyik menyepahkan rumah. Almaklumlah kan mainan dia banyak sangat. Time dia tido baru dapat kemas rumah.

Syukur masih diberi kesempatan menempuhi ranjau kehidupan yang agak mencabar. Hihi

Okaylah cukup setakat ni. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog Fizah.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)