Saturday, September 6

Breastfeeding - “Blocked ducts”

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang masih lagi sudi singgah di blog Fizah ni.

Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan diberi kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata khusus untuk anda semua.

Kali ni Fizah nak share tentang “Blocked ducts”.

Amenda la pulak “Blocked ducts” ni kan.. Okay ni la yang Fizah dapat hasil pencarian mengenai breastfeeding tadi. Walaupun dah berjaya menyusukan anak yang sulung lebih dari 2 tahun namun bagi Fizah ilmu tu still lagi kena cari dan belajar.


Apa itu “Blocked ducts

“Blocked ducts” atau dalam bahasa dipanggil “duktus (saliran) tersumbat ” selalunya disebabkan oleh payudara yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi anda semasa dia menyusu. Jika payudara tidak dikosongkan dengan sempurna, susu terus “terkumpul” kerana ia dihasilkan lebih cepat daripada ia disalirkan keluar. Susu itu akhirnya dipaksa keluar ke dalam tisu sekeliling, di mana ia menyebabkan keradangan, lalu menjadikan ia merah, panas dan sakit. Di kawasan susu terkumpul inilah anda akan merasa ketulan-ketulan keras dan memang terasa sakit sehingga boleh membuatkan anda merasa seperti mahu demam jika tidak dirawat dengan cepat. Berita baiknya adalah duktus tersumbat boleh dirawat sendiri.


Bagaimana “Blocked ducts” boleh terjadi?

Ada pelbagai punca, berikut adalah 3 punca utama yang seringkali membuatkan “Blocked ducts” terjadi :
  1. Tidak menyusui bayi / mengepam susu dengan kerap dan tidak teratur terutamanya jika usia bayi anda masih di bawah 6 bulan. Jarak di antara sesi menyusu / mengepam susu terlalu jauh (lebih daripada 6 jam)
  2. Memakai coli yang ketat atau kurang sesuai yang menghalang pengaliran susu.
  3. Mempunyai bekalan susu yang terlalu banyak dan payudara berikut tidak dikosongkan dengan kerap dan konsisten.

Apa yang anda boleh lakukan jika “Blocked ducts” terjadi?

Tanpa rawatan, “Blocked ducts” boleh membawa kepada jangkitan payudara, maka ambillah langkah-langkah berikut untuk memulihkan pengaliran susu yang tersekat:
  • Kosongkan payudara. Beri bayi anda menyusu melalui payudara yang tersumbat dahulu (jika itu terlalu menyakitkan, anda boleh mula dengan yang lain) dan pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya pada setiap sesi menyusu. Jika bayi anda tidak dapat mengosongkan payudara anda dengan sempurna, anda boleh mengepam sehingga susu tiada lagi keluar.
  • Longgarkan coli sedikit. Kadang-kadang saliran tersumbat disebabkan oleh tekanan dari luaran. Pastikan coli anda adalah selesa tetapi tidak mengikat (seeloknya elakkan “underwired bra” pada masa masih menyusu badan. Jika mahu dipakai juga atau coli terlalu ketat, pastikan cangkuk coli dibuka semasa menyusu / mengepam bagi memudahkan pengaliran susu tanpa halangan).
  • Mempelbagaikan kedudukan penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. Menukar kedudukan penyusuan (dari “cradle hold” ke “football hold” atau sebaliknya, lihat contoh di bawah) dapat merangsang semua saliran susu dan sangat berkesan untuk memulihkan saliran yang tersumbat.
  • Letakkan kain yang hangat pada payudara yang terjejas sebelum setiap penyusuan / sesi mengepam kerana ia dapat membantu memulihkan pengaliran susu dengan baik.
  • Urut payudara. Mengurut sambil memberikan tekanan yang lembut ke atas ketulan di mana duktus tersumbat terjadi sebelum dan semasa menyusu / mengepam boleh membantu “melonggarkan” saliran yang tersumbat.

Perlukan anda berhenti menyusu dari payudara yang salirannya tersumbat?
Sudah pasti tidak! Mengelakkan atau menghadkan penyusuan di payudara yang tersumbat sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan, di mana ia menyebabkan lebih banyak susu terkumpul di saliran yang tersumbat. Ingat, rawatan yang terbaik untuk “Blocked ducts” adalah dengan mendapatkan susu yang mengalir lagi tanpa halangan. Jika tidak dirawat dengan cepat, bekalan susu juga akan terjejas serta membawa ke peringkat “mastitis” yang akan ambil lebih masa untuk dirawat. Jadi, rawatilah “blocked ducts” dengan segera.

Credit

Okay itu serba sedikit info yang Fizah perolehi tadi. Diharap dapat membantu kalian semua sekiranya ada di kalangan anda yang menghadapi masalah ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah di blog Fizah.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)