Sunday, September 28

Aktiviti Masa Lapang - Tanam bunga

Assalamualaikum :)

Malam ni rasa macam nak update blog tapi idea macam tak berapa nak ada. So duk godek-godek la tengok gambar-gambar lama. Tiba-tiba terjumpa lak gambar bunga-bunga yang Fizah duk tanam masa duduk kat Sabah dulu.

Dulu belum ada anak. So boring la jugak sebab duduk je kat rumah takde nak buat pape. So ajak la Encik Suami pergi nursery carik pokok bunga. Nak tanam pokok bunga memang senang sebab tanah pun free je. Hihi. Subur pulak tu.

Jom kita tengok bunga-bunga yang Fizah pernah ada dulu. Rindu sangat bila tengok gambar-gambar lama ni. Nak kena tunggu anak besar sikit baru boleh start menanam macam dulu-dulu :)








Bunga jam 9



Cantik tak? Fizah nak tulis nama-nama bunga tu pun Fizah tak tahu. Yang Fizah tahu cuma tu je la. Pokok jam 9 sebab tu nama yang orang-orang Sabah duk panggil.

Sebab apa panggil pokok jam 9?? Sebab pokok ni akan berbunga dengan mekarnya bila jam 9. Sebelum jam 9 memang dia takkan berbunga.

Pokok bunga tu senang sangat nak tanam. Just patahkan lepas tu cucuk je kat tanah. In Shaa Allah dia akan tumbuh dengan subur nya. Kat sini tak tahu mana nak carik. Kalau ada memang nak sangat tanam dan bela.

Okay. Sekian dulu dari Fizah. Terima kasih kerana sudi membaca.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Fizah. InsyaAllah kunjung balas akan menyusul dari Fizah :)