Tuesday, September 30

Testimoni AJHT & OsteMatrix : Mak Dah Boleh Solat Terawih 20 Rakaat

"Baru call mak tersayang. Tanya khabar. Alhamdulillah, kalau last year mak dapat terawikh 8 rakaat jer sebab sakit lutut, tahun ni mak terawih 20 rakaat, steady jer. Suka dengar.
Apa yang saya hadiahkan untuk mak saya? Semestinya Advance Joint Health Tablet (AJHT) dengan OsteMatrix." 
~ Puan Yatie ~

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, September 29

Resipi - Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Kali ni Fizah nak share resipi lagi. Untuk pengetahuan semua resipi kali ni sangat la simple dan mudah sebab main lebur2 je.

Actually Encik Suami yang request. Encik suami memang suka Sotong Goreng Kunyit ni. Lagipun nak masak pun tersangat la mudah. Hihi.

Setiap kali tanya " Hari ni nak masak apa eh??". Mesti dia akan jawab " Masak sotong goreng kunyit la"

Okay jom kita tengok apa bahan-bahan dan macam mana cara nak masak sotong goreng kunyit ni.



Bahan-bahan :
  • Sotong
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Sos tiram
  • Garam 
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang cili merah
  • Minyak

Cara :
  • Bersihkan sotong
  • Perap sotong bersama semua bahan2 kecuali bawang dan cili merah - supaya sotong dapat serap semua bahan tadi
  • Hiris halus bawang besar dan cili merah
  • Bawang putih ditumbuk
  • Tumis bawang dan cili merah sampai naik bau
  • Masukkan sotong dan gaul sebati.. Siapp!!

Haaaa senang sangat kan.

Tadi pun masa nak masak lauk ni Baby Hafiy tengah meragam. Siapkan dulu sotong tu lepas tu simpan dalam peti sejuk, tidurkan baby Hafiy lepas tu masuk dapur balik terus siapkan bahan tuk tumis tu. Tak sampai 30 minit pun dah siap masak satu lauk.

Soo, Selamat mencuba :)
Continue Reading

Sunday, September 28

Aktiviti Masa Lapang - Tanam bunga

Assalamualaikum :)

Malam ni rasa macam nak update blog tapi idea macam tak berapa nak ada. So duk godek-godek la tengok gambar-gambar lama. Tiba-tiba terjumpa lak gambar bunga-bunga yang Fizah duk tanam masa duduk kat Sabah dulu.

Dulu belum ada anak. So boring la jugak sebab duduk je kat rumah takde nak buat pape. So ajak la Encik Suami pergi nursery carik pokok bunga. Nak tanam pokok bunga memang senang sebab tanah pun free je. Hihi. Subur pulak tu.

Jom kita tengok bunga-bunga yang Fizah pernah ada dulu. Rindu sangat bila tengok gambar-gambar lama ni. Nak kena tunggu anak besar sikit baru boleh start menanam macam dulu-dulu :)








Bunga jam 9



Cantik tak? Fizah nak tulis nama-nama bunga tu pun Fizah tak tahu. Yang Fizah tahu cuma tu je la. Pokok jam 9 sebab tu nama yang orang-orang Sabah duk panggil.

Sebab apa panggil pokok jam 9?? Sebab pokok ni akan berbunga dengan mekarnya bila jam 9. Sebelum jam 9 memang dia takkan berbunga.

Pokok bunga tu senang sangat nak tanam. Just patahkan lepas tu cucuk je kat tanah. In Shaa Allah dia akan tumbuh dengan subur nya. Kat sini tak tahu mana nak carik. Kalau ada memang nak sangat tanam dan bela.

Okay. Sekian dulu dari Fizah. Terima kasih kerana sudi membaca.
Continue Reading

Saturday, September 27

Testimoni AJHT & OsteMatrix : Pergerakan & Pembuangan Lebih Lancar

"AJHT review First Day (21st June 2012):
Saya nak share pengalaman saya makan AJHT, walaupun baru sekali makan (malam tadi), kesannya memang menakjubkan!
Dah 2-3hari kaki saya sakit especially kat pelipat lutut tu kan. Memang sakit ya amat. Bila nak duduk antara dua sujud, sakitnya ALLAH je yang tahu. Tu yang makan AJHT tu, sebab dalam buku kecik tu ada bagitau boleh bantu sendi-sendi dan tulang rawan. And AJHT ni best taken with Ostematrix. So, saya amik both sekaligus. 2 biji AJHT, 2 biji OsteMatrix before sleep. 
Wahh! penangan lepas amik memang saya takleh nak tidur lena, maybe "short term healing crisis". Minum air banyak before sleep, sudahnya saya asyik ke toilet dan nak dijadikan cerita, 2-3hari ni pun saya batuk-batuk. Lepas makan AJHT dan OsteMatrix tu, saya tak batuk dah malam tadi. Pergi toilet buang air sekali dengan kahak-kahak pun keluar (yang ni kena buat study lak apa significant function AJHT dan OsteMatrix ni boleh buangkan kahak..huhu..). Nak kira bangun berapa kali ke toilet tu saya pun tak pasti. Sudahnya kol 4 pagi tadi baru dapat lena.
Bangun kol 6 pagi tadi, solat Subuh, MASHA-ALLAH! Pelipat lutut saya tak sakit langsung!! Serius tak tipu. AlhamduLILLAH, badan rasa lebih ringan bila bangun tidur, jauh lebih ringan daripada saya consume OsteMatrix tetiap malam before this.
AJHT review after 5 days (26th June 2012):
Woohoo! memang AJHT the best! I konsisten makan AJHT +OsteMatrix harini dah masuk hari ke-6, serius kesan dia lain macam.
Segala-galanya lancar..haha. Bila cakap pasal segala-galanya lancar. Ya segala-galanyalahh. Kalau you all ada problem sembelit ambil OsteMatrix (ni untuk sape-sape tak nak ambik Alfalfa/Herblax kan), ambik sekali dengan AJHT ni membantu.
Angin satu badan pun hilang. I rasa melayang-layang je badan bangun pagi. Dahla kurus kering. Hahahaha. Memang rasa best badan. Takde lenguh-lenguh, pelipat lutut yang sakit hari tu after 3 days totally hilang. ALhamduLILLAH. Part badan or sendi-sendi yang selalu sakit, lenguh tu akan hilang..inshaALLAH.." 
~ Puan Lia ~

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, September 26

Our Little Hero - Muhammad Hafiy Haiman

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Actually hari ni tak de idea nak update apa. So Fizah nak share la gambar-gambar baby Hafiy masa kat hospital haritu. Kiranya gambar fresh lepas keluar ke dunia. Hihi

Ni ayie baby Hafiy

Rambut tersangat lebat

Sepet tak mata saya? hihi..





Sangat tembam..
Actually gambar ni dari kamera ayie baby Hafiy. Masa ni kitorang tengah tunggu nurse panggil nak discharge. Kalau nak tahu, baby Hafiy merupakan baby pertama yang lahir pada 6 July 2014 di Hospital Colombia Asia, Seremban 2.

Rasa macam baru sangat melahirkan permata hati kami yang kedua ni. Rindu pulak rasa nak pregnant dan nak bersalin tu. Hihi. Lepas ni In Syaa Allah Fizah akan story pengalaman melahirkan baby yang kedua ni.

Okay semua. Terima kasih kerana sudi membaca.
Continue Reading

Thursday, September 25

Resipi - Daging Black Pepper

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Fizah nak share resipi yang Fizah try masak semalam. Actually Encik Suami yang request. Mentang-mentanglah wife dia ni dah habis pantang kan, macam-macam pulak request dia.

Encik Suami nak makan daging masak black pepper. Apa lagi Fizah pun try la godek-godek Mr Google maka terjumpa la resipi ni. Actually ni resipi Chef Wan. Tu pun Fizah dah ubah sikit ikut suka hati Fizah. Hihi.

Jom kita tengok dulu apa hasilnya.



Okay, dah puas menjamu mata ke? Hihi. Meh Fizah share apa bahan-bahan dan cara memasaknya. Ceewahhh macam chef la pulak. Perasan je lebih. Hihi

Bahan-bahan:
  • 500g daging
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu biji lada hitam
  • 1 biji kentang
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Garam
  • Minyak

Cara :
  • Potong daging dan kentang nipis-nipis
  • Tumbuk bawang dan biji lada hitam
  • Goreng daging dan kentang hingga agak2 masak kemudian asingkan
  • Tumis bahan tumbuk tadi hingga garing sedikit
  • Masukkan kicap, sos tiram dan garam
  • Masukkan daging dan kentang yang telah digoreng tadi

Selamat mencuba.
Continue Reading

Wednesday, September 24

Jom Kenali Baby Wearing



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur sangat2 kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk update blog baru ni. Rasa macam tak lolap nak tidur bila pikir yang blog ni masih lagi ketandusan entry. Bila tak mengadap laptop macam-macam idea datang nak update blog. Hihi

Entry kali ni Fizah nak share serba sedikit tentang Baby Wearing.

Apa benda Baby Wearing ni? Hasil daripada meng ' google ' maka Fizah nak story sikit la apa sebenarnya Baby Wearing ni.

Jom kita baca sambil menimba ilmu pengetahuan ya kawan-kawan.


Apa itu BABYWEARER?

Babywearer adalah ORANG yang menggendong bayi menggunakan alat menggendong bayi ataupun baby carrier.

Apa itu BABYWEARING?

Babywearing itu pula adalah PERBUATAN menggendong bayi menggunakan alat menggendong bayi.

Apa itu BABY CARRIER?

Baby carrier bermaksud ALAT menggendong bayi yang diperbuat daripada kain.

Okay kawan-kawan nampak tak apa sebenarnya perbezaan antara tiga benda tu. Jadi boleh nampak dengan jelas, babywearer ialah ORANG, babywearing ialah PERBUATAN, dan baby carrier ialah ALAT. 

Kelebihan BABY WEARING
  • Kebaikan dari sudut fisiologi di mana bayi yang digendong terbukti lebih mudah untuk tidur dan kurang menangis :)
Naik Feri sambil ber baby wearing :)

Continue Reading

Tuesday, September 23

Available Stok di Kedai Vitamin Kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Just nak share stok Shaklee yang Fizah ada buat masa ni. Jika berminat untuk mencuba vitamin Shaklee ni boleh dapatkan dari Fizah.

COD area Balok, Kuantan dan sekitarnya. Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan POS LAJU/CITYLINK/GDEX.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, September 22

Testimoni : Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ni Fizah nak share pengalaman sendiri dengan Herbal Blend Krim Shaklee. Sebelum ni duk tengok dan baca testimoni orang lain je, So kali ni nak share la pengalaman sendiri. Orang cakap kalau kita share pengalaman sendiri ianya lebih manis dan lebih mudah memikat hati orang lain. Hihihi.

Okay sebelum nak cerita dengan lebih lanjut Fizah nak tunjuk dulu gambar Krim Shaklee ni. Kalau korang semua nak tahu la kan krim ni kitorang gelar krim berhantu sebab ramai orang menggilainya. Cuba bayangkan eh, pagi ni Shaklee dah announce yang krim tu available kat online petang dah habis licin. So, meh Fizah tunjuk gambar dan terangkan serba sedikit tentang krim berhantu ni.

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
  • Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki
  • Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
  • Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary


Kalau korang tengok gambar tu, tu lah masalah yang Fizah alami masalah kulit ni sejak dari sekolah rendah lagi. Sejak dulu Fizah ada masalah kulit kering macam tu. Yang paling teruk bukan setakat kat tangan je tapi kat tapak kaki pun sama. Yang paling seksa bila kulit tu kering sampai merekah dan berdarah. Kalau kat tapak tangan tu takpe la jugak tapi kalau yang kat tapak kaki tu memang sakit sampai nak berjalan pun payah sebab pedih.

Dah macam-macam ubat yang Fizah pakai tapi masalah tu tetap tak hilang. Cuba bayangkan dah berapa banyak kos yang Fizah habiskan sebab pergi klinik dan beli ubat kat farmasi. Kalau pergi klinik doktor cakap tu elergik. Tak boleh nak makan seafood langsung.

Yang kat tapak tangan tu pulak ceritanya tak boleh nak pegang benda-benda bergatal macam sotong or udang. Tak boleh pegang yang mentah tu tau. Kalau kerang mak aiii lagi terserlah kegatalannya. Kalau pegang mesti akan jadik macam tu. Seksa sangat rasa. Kadang-kadang tu kalau nak masak udang ke sotong ke mesti mintak tolong Encik Suami yang tolong bersihkan udang dan sotong tu. Boleh jugak Fizah ambil kesempatan kan. Hihi.

Tiba-tiba satu hari tu tergerak lak hati nak try sapu krim berhatu ni kat tapak tangan. Actually krim ni memang dah lama ada sebab standby untuk Haziq masa tu. Haziq pun ada masalah gatal-gatal dekat celah-celah pelipat dia. So, mintak la tolong Encik Suami sapukan krim tu kat tapak tangan. Alhamdulillah makin hari sapu makin elok pulak nampak kulit kat tapak tangan tu.

Kalau korang tengok kat gambar tu Alhamdulillah dalam masa 4 hari je tangan Fizah dah licin. Takde dah kering-kering macam masa hari pertama tu. Itu tak berapa teruk sangat tu. Kalau teruk korang boleh nampak luka-luka kat tangan tu akibat dari kekeringan yang melampau. Yang bestnya la kan lepas sapu krim ni Alhamdulillah Fizah langsung tak kena dah masalah kulit kat tapak tangan ni. Sampai sekrang ni tapak tangan ni licin je. Kalau pegang makanan gatal pun takpe.

Syukur sangat sebab diperkenalkan dengan krim berhantu ni. Krim ni diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI tau. Lepas sapu krim ni korang takkan rasa berminyak pun. Memang best sangat la krim ni.

TERBAIKKK!!!


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, September 20

Home Sweet Home

Assalamualaikum dan salam Sabtu.

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bersiaran dan menghupdate blog yang kiut ni.

Fizah just nak bagitahu yang Fizah sekarang ni dah balik ke Kuantan. Setelah 3 bulan duduk di Seremban rumah mak kali ni Fizah bersiaran dari Kuantan pulak.


Jenuh jugak nak membiasakan diri handle dua orang hero. Alhamdulillah hari pertama berada di rumah sendiri ni baby Hafiy tak banyak ragam dan tido je keje nya. Masuk hari ketiga dah mula meragam payah nak tido.

Actually tak salahkan baby Hafiy sebab rasanya Fizah tahu kenapa baby Hafiy meragam. Mungkin akibat perubahan cuaca yang agak panas berbanding dengan Seremban. Lagipun perumahan kami ni dekat betul dengan pantai. Kadang-kadang tu tengok merah-merah muka baby Hafiy sebab kepanasan.

Abang Haziq pula keje nya asyik menyepahkan rumah. Almaklumlah kan mainan dia banyak sangat. Time dia tido baru dapat kemas rumah.

Syukur masih diberi kesempatan menempuhi ranjau kehidupan yang agak mencabar. Hihi

Okaylah cukup setakat ni. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog Fizah.
Continue Reading

Saturday, September 13

Hamil Dengan Shaklee

Assalamualaikum semua.

Hari ni Fizah nak share supplements Shaklee untuk bakal-bakal ibu :)
First of all, jom kita tengok dulu apa keperluan untuk Ibu Hamil ni.

"Should I take one?"

Experts agree that the best way to make sure you and your baby get all the nutrients you need while you are pregnant is to eat a varied, well-balanced diet. This should include fresh fruits and vegetables, whole grains, beans and fish. Foods such as refined sugars, processed foods, saturated fats and other animal proteins should be limited.

However, in some circumstances it can be difficult to get all the nutrients you need through diet alone; if you are suffering badly with morning sickness, for example. In this case, your doctor may advise you to take a multivitamin supplement especially designed for pregnant women.


"What should it contain?"

There are no hard-and-fast rules as to what has to be in a multivitamin in order for it to be called an antenatal supplement, but a good supplement for pregnant woman generally contains more folic acid, iron and calcium than a general multivitamin. These three minerals are important for reasons explained below.

Antenatal supplements don't contain retinol (the animal form of vitamin A), which can be harmful to unborn babies in large doses. They contain the plant-derived form of vitamin A (betacarotene), instead.

Folic acid

Folic acid is a B vitamin, which is also found in various foods, including beans, leafy greens and fortified breakfast cereals. Taking a 400 microgram (400mcg) folic acid supplement each day during the first 12 weeks of pregnancy (ideally starting at least one month before you start trying to conceive, preferably three months) can lower your risk of having a baby with a neural tube defect, such as spina bifida. Spina bifida is a serious congenital condition, which occurs when the tube around the central nervous system fails to close completely. Studies show that women at high risk of having a baby with a neural tube defect (those who've had a baby with spina bifida before, for example, or women who take certain medicines for epilepsy) can lower their risk by 72 per cent if they take folic acid before and during pregnancy. These women also need to take a larger dose of folic acid each day (5 milligrams or 5mg). Talk to your doctor before you do this as you will need a prescription.

Iron

Iron is needed to make the extra blood required to support your growing baby. Your body is making so much extra blood when you're pregnant that you need about 30 to 60 mg of iron every day; 15 to 45 mg more than the recommended daily allowance of 15 mg.

Calcium

Finally, a woman needs twice as much calcium when she's pregnant; 1,500 mg of calcium per day. Calcium is found in milk products, dark leafy vegetables, tofu, sardines and canned salmon.

When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. - www.babycenter.com 

Other nutrients

So, besides folic acid, iron and calcium, what else should a good antenatal supplement contain? Look for one with vitamin C, vitamin D, B vitamins such as B6 and B12, potassium, zinc and vitamin E.

Credits to www.babycenter.com.


DHA & EPA

The benefits for baby are:

  • A better brain with higher intelligence
  • Good nervous system development
  • Better eyesight from retina formation
  • Fewer behavioral problems after birth
  • Better sleep patterns for a new born
  • Health benefits for mom include:
  • Less chance of developing pre-eclampsia
  • Protection against brain loss during pregnancy
  • Less chance of pre-term labor and cesarean
  • Much lower risk of postpartum depression
  • Greatly reduced incidence of breast cancer

DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. - www.bellaonline.com

Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. - www.kosmo.com.my


Shaklee juga turut menawarkan Supplements di atas untuk Ibu Hamil 😊

Folic acid

B Complex Shaklee lengkap dengan Folic Acid
Iron 

Vita-Lea Shaklee lengkap dengan Iron
Calcium 

Kalsium Shaklee lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D
DHA and EPA

Omega Guard Shaklee diperkaya dengan DHA dan EPA
Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah) 

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, September 12

Info Produk : Get Clean® Water Pitcher


Memperkenalkan Air Get Clean®

Kod Produk:52114

Get Clean® Water mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!

Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

Air dan bumi yang lebih bersih dan lebih sihat.

Marilah kita meraikannya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula

Pilihan Bijak!
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos

Keunikan Shaklee

Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).

Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan bilakah masanya anda patut menukar penapis. Tiada lagi ketidakpastian.

Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.
Continue Reading

Info Produk : Soft Fabric Concentrate

Melembutkan Pakaian

Kod Produk:00307 (946ml)

Pekatan pelembut fabrik yang berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.
  • Berkepekatan tinggi: 32 auns mampu melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi
  • Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan

Keunikan Shaklee

Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
  • Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)

Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Petua Berguna
  • Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembutberbanding sebelumnya.
  • Perbandingan prestasi ini dijalankan pada 20 Jun 2006, dan keputusannya sah hanya untuk produk tertentu yang dipasarkan ketika itu. Semua tanda dagangan adalah hak proprietari pemilik masing-masing.
Continue Reading

Info Produk : Fresh Laundry Concentrate


Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih

Kod Produk:00159 (2.49kg)

Anda dapat bayangkan keseronokan apabila hasil cucian bersih dan berbau harum? Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

Tahukah Anda?

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrate Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain.

Keunikan Shaklee
Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tiada bahan kimia berbahaya

Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
  • Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
  • Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri

Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
  • Surfaktan mudah biorosot
  • Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Continue Reading

Info Produk : Dish Wash Concentrate


Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan

Kod Produk:00255 (473ml)

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Continue Reading

Info Produk : Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Kod Produk:00015 (473ml)

Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.

Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
  • Dinding, tingkap dan cermin
  • Kaunter dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Dapur
  • Hiasan kayu
  • Periuk belanga
  • Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)

Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Periuk belanga
  • 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

Tingkap dan cermin
  • 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

Lantai
  • 1 sudu besar + 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
  • 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam

Tahukah Anda?
  • Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
  • Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
  • Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
  • Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
  • Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang LainKeunikan Shaklee

Selamat
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tiada bahan kimia berbahaya
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.

Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Continue Reading

Info Produk : Herbal Blend® Multi-Purpose Cream

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream


Kod Produk:39078 (113g)

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
  • Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki
  • Dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
  • Dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary
Continue Reading

Healthy Beauty - ProSante

Lightweight Conditioner

Kod Produk:31643 (296ml)
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur agar rambut tampak lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut lebih mudah digayakan dan diuruskan

Long Lasting Finishing Spray

Kod Produk:31697 (237ml)
  • "Medium hold" atau “ketahanan sederhana” mengekalkan pilihan gaya rambut
  • Memberikan perlindungan UV
  • Merapikan rambut yang kusut, kering dan sukar diurus.

Nourishing Scalp Treatment

Kod Produk:31642 (59ml)

Produk teras dalam Sistem Penjagaan Rambut Pro Santé adalah Nourishing Scalp Treatment yang padat dengan formula eksklusif Scalp Health Complex kami.

Nourishing Scalp Treatment menangani punca masalah rambut dengan rumusan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan pengaliran darah, melindungi daripada kesan negatif faktor persekitaran serta membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
  • Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
  • Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama
  • Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak
Keunikan Shaklee

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif yang telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat. Ia juga melebatkan dan menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Purifying Shampoo

Kod Produk:31691 (237ml)
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semula jadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal penghasilan minyak pada kulit kepala − rambut juga tidak berkelemumur.

Replenishing Conditioner

Kod Produk:31644 (237ml)
  • Pelembap yang pekat untuk memastikan agar rambut sentiasa berkilat dan halus selembut sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli

Revitalizing Shampoo

Kod Produk:31690 (296ml)
  • Humektan berperanan melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih berpaten, dengan mekanisme tindakan yang lembut
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa menjadikannya terlalu lembap atau kering
Continue Reading

Healthy Beauty - Enfuselle

Balancing Moisturizer

Formula Bebas Minyak untuk Menyihatkan danMenghidratkan Kulit

Kod Produk:32537 (59ml)

Formula ringan, bebas minyak dan tidak melekit berupaya mengawal rembesan sebum serta membelai kulit dengan mengimbangkan lembapan agar kulit terasa segar, licin dan berseri sepanjang hari tanpa kilauan
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan lipid
  • Hipoalergenik

Eye Treatment


Tiada Lagi Garis-Garis Halus dan Kedutan yang Ketara

Kod Produk:32540 (14ml)

Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit
  • lembut di sekitar mata
  • Sempurna untuk bahagian leher dan bibir
Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh


Hydrating Cleansing Lotion

Kod Produk:32543 (177ml)

Emulsi berkrim bertindak lembut untuk menanggalkan kotoran, bahan cemar dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semula jadi kulit.
  • Kaya dengan kandungan emolien serta penambahan Vitamin E agar kulit sentiasa halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

Hydrating Moisturizer

Meningkatkan Tahap Lembapan Kulit Sehingga 24 Jam

Kod Produk:32544 (48g)

Krim yang kaya dengan pelembap, tanpa minyak dan tidak melekit ini bertindak pantas untuk menghidratkan kulit serta menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit.
  • Terbukti secara klinikal
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

Hydrating Toner


Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Menjejaskan Kulit

Kod Produk:32505 (177ml)

Hydrating Toner membersihkan dan melegakan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semula jadi kulit, membersihkan dan melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

Purifying Cleansing Gel

Kod Produk:32554 (177ml)

Gel berbusa bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit anda.
  • Bahan-bahan khas serta penambahan Vitamin E menyegarkan dan melembutkan kulit
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

Purifying Toner

Formula Tiga Tindakan Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

Kod Produk:32504 (177ml)

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan ekstraklikoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan saiz liang-liang kulit
  • Membantu mengawal kilauan minyak
  • Hipoalergenik
Continue Reading