Friday, August 29, 2014

Syoknya massage baby Hafiy



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Apa khabar semua?? Harap sihat hendaknya lah ya.. Fizah Alhamdulillah sihat bersama anak-anak.. Sebelum ni Fizah pernah janji nak share pengalaman bersama anak-anak kan.. Kali ni Fizah ambil kesempatan ni untuk share mengenai " Massage our baby "..

Masa Haziq dulu memang jarang sangat la buat aktiviti massage2 ni sebab masa tu anak first, so pengalaman tu belum ada lagi.. Setiap kali massage Haziq dulu mesti dia nangis so ingatkan dia tak suka tapi rupa-rupanya bukan tak suka cuma belum biasa.. Bila dah biasa konfem okay..

Punca kenapa Fizah nak massage baby Hafiy adalah kerana baby Hafiy asyik meragam je.. Tido pun payah.. Asyik nak melekap je ngan mama dia ni.. Bila dah lelap, kita letak kat tilam dia mesti dia terjaga lepas tu menangis.. Siapa tahan kan kalo nak kene pegang je.. So Fizah pun godek2 pak Google terjumpa salah satu cara nak atasi baby yang kuat meragam ni adalah jadikan aktiviti massage ni sebagai rutin harian..


Gelagat baby Hafiy semasa massage

Masa mula-mula massage baby Hafiy dulu memang dia menangis.. Caranya kena pujuk-pujuk dulu bagi dia tenang baru la boleh massage.. Lama kelamaan okay sendiri sampaikan Hafiy tersenyum-senyum dan kadang-kadang tu siap bercakap-cakap sebab seronok.. Yang paling teruja sekali bila time nak mandikan dia pun dia dah senyum-senyum.. Seolah-olah macam dia tahu yang time untuk massage dah tiba..hihi

Tak dinafikan kadang-kadang tu Fizah rasa time massage ni la time paling berharga dan paling seronok sebab masa ni la kita dapat berikan sepenuh perhatian pada dia.. Ditambah pulak dengan gelagat baby yng ajak kita bercakap-cakap.. Yang kelakar pun ada jugak.. Kadang-kadang bila urut perut tu sampai terkentut-kentut..hihi

Haaa tu antara pengalaman yang Fizah dapat semasa massage baby.. Korang semua macam mana? Kalo tak pernah massage baby jom try massage baby ya.. Sebab massage baby ni banyak sangat kebaikan dia.. Antaranya dapat mengeratkan lagi hubungan antara mama dan baby.. Nanti dah balik Kuantan Fizah nak ajar En Suami massage baby ni lepas tu boleh mintak abang je yang massage baby.. Takkan la baby nak kena rapat dengan mama je kan..

Okay Fizah rasa cukup setakat ni dulu.. Entry lepas ni Fizah akan share pulak macam mana cara nak massage baby serta kebaikan-kebaikan yang akan kita perolehi jika massage baby ni dijadikan sebagai rutin harian.. Sooo tunggu ya..hihi



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...