Saturday, December 13

Kenapa Tiada Mood Nak Melakukan Hubungan Seks Selepas Bersalin?


Isteri tiada mood atau TAKUT untuk melakukan hubungan seks selepas besalin. Ini adalah perkara biasa yang terjadi kepada wanita selepas bersalin. Mereka tak ada langsung perasaan untuk melakukan hubungan seks. Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan ini semua terjadi.

Antaranya ialah :
  • Rasa letih sebab tak cukup tidur, semalaman menjagi bayi yang baru lahir.
  • Jika anda menyusu badan, hormon prolaktin juga boleh mengurangkan keghairahan untuk seks.
  • Rasa murung atau masalah kemurungan selepas bersalin.
  • Rasa pedih akibat kekoyakan, episiotomi atau jahitan.
  • Kesakitan daripada jahitan atau koyakan yang teruk mungkin mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
  • Walaupun jika anda tidak mengalami episiotomi atau kekoyakan, bahagian perineum (bahagian di antara faraj dan dubur) mungkin lebam dan sensitif untuk beberapa waktu.
  • Jika anda menjalani caesarean, parut pembedahan sepatutnya sembuh menjelang waktu benang jahitan keluar. Jika anda masih rasa sensitif di bahagian jahitan, anda dan suami boleh cuba mencari posisi yang tidak memberi tekanan kepada parut. Mulakan perlahan-lahan untuk mengurangkan sebarang ketakutan.
  • Jika anda rasa tertekan, perut anda akan tegang di bahagian sekitar parut anda, dan ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Anda boleh letakkan kusyen kecil yang lembut di antara perut anda dan suami. Ini dapat merelakskan anda dan membantu melindungi parut anda yang sensitif. Atau anda boleh cuba posisi anda di atas suami supaya anda boleh memegang perut dan mengelakkan parut anda daripada rasa tidak selesa.
  • Persepsi anda terhadap badan anda sendiri mungkin telah berubah.
  • Ramai wanita yang bimbang suami mereka tidak merasakan mereka menarik lagi.

Sekiranya anda mengalami masalah di atas, Fizah ingin sarankan kepada isteri-isteri sekalian untuk mengambil Vitamin E. 

Kenapa Vitamin E Shaklee?

Kebanyakkan wanita yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Manakala lelaki pula yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya.

Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, December 12

Penapis Air Ajaib - Get Clean® Water Pitcher.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Okay kali ni Fizah nak story pasal penapis air Shaklee atau lebih dikenali sebagai Get Clean® Water Pitcher.


Macam pelik je kan penapis air berbentuk jug. Tapi ini memang penapis air. Kalau anda semua nak tahu, ianya sangat mudah dan praktikal untuk digunakan. Hanya masukkan air paip dan sedia untuk diminum.

Ada sebab sebenarnya kenapa Fizah memilih untuk memakai Water Pitcher ni.

Sebelum ni Fizah duduk di Sabah kawasan Felda. Air untuk minum sangat dikhuatiri tahap kebersihannya. Bayangkan waktu itu, setiap minggu kami akan keluar ke bandar Lahad Datu untuk beli Air Mineral. Setiap minggu sekotak habis.

Selang beberapa bulan kami suami isteri decide nak pakai mesin air je. Senang sedikit. Mesin air macam mana? Alahhh mesin air yang selalu ada kat pejabat-pejabat tu. Yang botolnya warna biru tu.

Ihsan dari Mr Google
Kalau nak tahu mesin air ni sampai sekarang kami masih gunakan. Untuk air panas tu okay lagi. tapi untuk air sejuk tu je masalah. Dah dua kali rosak last-last encik suami tak nak betulkan dah. Hihi.

Punca kenapa kami berhijrah ke Water Pitcher ni kerana Encik Suami tidak dibenarkan untuk mengangkat benda-benda berat. Yela mana taknya kan, satu botol biru tu tahan dalam 3 atau 4 hari sahaja. Kami memang suka minum air kosong.

Last-last encik suami la yang bukak mulut untuk beli Water Pitcher dari Shaklee ni. Memang sangat mudah. Sampaikan kalau pergi kemana-mana pun kami akan bawa jug ni bersama-sama.

Lagi-lagi kalau duduk hotel. Air mineral bagi 2 botol kecil je. Mana nak cukup. Angkut je jug ni, tuang air dalam jug tu, tunggu beberapa minit dah boleh terus minum.

Water Pitcher ni sangatlah disarankan pada mereka-mereka yang selalu travel ni. Sangat senang. Ringan pulak tu. Mudah untuk dibawa kemana-mana.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday, December 11

Testimoni : Krim Herbal Blend & Basic H Membantu Hilangkan Masalah Gatal-gatal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni Fizah nak share testimoni sendiri.
Baru je berlaku sekejap tadi.


Kalau nak tahu ni lah Baby Shaklee Fizah Muhammad Hafiy Haiman. Nampak tak merah2 kat muka baby Hafiy tu. Actually bukan kat muka sahaja tapi kat telinga pun ada. Tak tahu kena gigit ke apa. Cuak sangat!

Pergi dapur ambil Basic H campur dengan air suam terus lap kat muka & telinga. Lepas dah lap tu ambil Krim Herbal Blend sapu kat bahagian yang merah-merah tu.

Alhamdulillah tak sampai sejam merah-merah tadi hilang. Terus licin macam tak kena apa-apa pun.

Gambar sebelum tu dia tengah merengek2 sambil menggaru2. Gambar selepas nya ceria je kan. Nasib baik ada penyelamat!

**kecik2 dah jadi duta Shaklee. Hihihi


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, December 6

Testimoni AJHT : Osteoarthrithis Semakin Sembuh

"At the age of 26, I was diagnosed with osteoarthritis, a disease I thought only affects the elderly. I was way wrong when the Orthopaedic Specialist told me it could have been due the excessive exercising I did when I was young(er) without proper foot wear etc (I used to exercise for 2-3 hours straight). Sad, but true.
Running is a no-no for me, walking up & down the stairs hurts my knees but I usually don't show it because I am too embarrassed to admit that I have osteoarthritis ! :(
All this while I've kept this a secret between me, my family & close friends.
In 2010 after I was diagnosed, I bought some Glucosamine supplements but I stopped taking them after more than a month because:
a) I found out I was pregnant
b) I didn't feel that the supplements were working.
1 month ago, I started supplementing with Shaklee's Advanced Joint Health Tablets and I am slowly starting to feel changes, Alhamdulillah. Less discomfort when I walk up and down the staircase, Alhamdulillah. I will definitely continue taking it ! :)

I highly recommend Shaklee's Joint Health tablets to anyone who needs to free themselves from joint discomfort.:)"
~ a Shaklee consumer, now a Shaklee Independent Distributor, and a Pharmacist :) ~

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, December 5

Testimoni : Muka Glowing & Flawless dengan Set Kecantikan Kulit Shaklee

Click for larger view
" Salam semua

Saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Vitamin B Complex, Vitamin C dan Vitamin E + Omega Guard. Mungkin ada yang cakap saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn't?

Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi. tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.
Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! Kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless. Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more

Gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012. Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements. Thanks to Nadiah Suhaidi for the guidances and advices."




Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday, December 4

Kenali Sustained Release Vita-C Plus (500mg) & Chewable Vita-C Plus (100mg)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Fizah nak cerita tentang dua produk TERKENAL Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C Plus (500mg) dan Chewable Vita-C Plus (100mg).

Tidak dinafikan terlalu banyak pilihan vitamin yang ada di pasaran. Bermacam-macam jenama yang terdapat di farmasi. Pilihan setiap orang pastinya berbeza. Dan jika ditanya pada Fizah Vitamin jenama apa yang Fizah ambil pastinya Fizah akan jawab Vitamin Shaklee. Hihi.

Jom Fizah share serba sedikit solan yang sering ditanya oleh orang ramai berkenaan dengan Vitamin C ni.

Jika ditanya, Vitamin C jenama apa yang terbaik?

Semestinya Vitamin C Shaklee kerana Shaklee adalah 100% semulajadi dan selamat serta halal. Shaklee mempunyai 2 jenis Vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C Plus (500mg) Chewable Vita-C Plus (100mg).

Adakah kandungan kedua-dua vitamin ini sama?

Ya sama.

Berikut adalah kandungan secara ringkas:

Sustained Release Vita-C Plus (500mg)
- Mempunyai Vitamin C - 553.00mg
- Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg

Chewable Vita-C Plus (100mg)
- Mempunyai Vitamin C - 117.90mg
- Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex- 24.00mg
- Rose Hips Powder - 40.00mg

Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin C yang hebat). 

Ia juga dikatakan sebagai 'stomach tonic' kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Adakah kedua-duanya memiliki fungsi yang sama ?

Ya sama.

Apakah fungsi Vitamin C ?
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia.
  • Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Apakah keistimewaan kedua-duanya?

Sustained Release Vita-C Plus 500mg
  • Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!
  • Bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
Chewable Vita-C Plus (100mg) 
  • Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Malah ada pendaat yang mengatakan, vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan kita. 
** Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit

Khasiat Utama
  • Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.
  • Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
  • Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Siapa yang memerlukan Vitamin C?
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

Okay.. Itu serba sedikit mengenai Vitamin C Shaklee ni. Di harap maklumat yang Fizah share ni dapat memberi manfaat pada anda.


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, December 3

Testimoni : HB Maintain dengan Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hari ni Fizah nak share lagi Testimoni Set Kehamilan Shaklee dari Puan Ummu Ainan.

"Last month check up HB saya 13.. Saya ambil Vita-Lea 2 biji B-Complex 2 biji sebab tandem nursing..

2 hari lepas checkup lagi kali ni saya ambil Vita-Lea sebiji je.. B-Complex pun 1 biji.. HB maintain lagi 12.8.

Alhamdulillah syukur.."
P/S: setiap kali preggy muka saya teruk penuh jerawat, tapi kali ni jerawat ada tapi malu-malu nak keluar.. Sekarang tinggal rashes halus-halus je dan tak tinggal dah ESP.

Antara vitamin yang Puan Ummu Ainan amalkan ialah :

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Tuesday, December 2

Testimoni : Pengalaman Hamil dengan Shaklee

Assalamualaikum.

Kali ni Fizah nak share pengalaman Puan Syaheera menggunakan Shaklee sepanjang kehamilan beliau. Jom kita tengok Testimoni Set Kehamilan Shaklee.
"Sepanjang preggy kedua ni,memang tak ambil vitamin lain. Memang sepenuhnya ambil Shaklee. Vitamin B, Vitalea, Vitamin C, OsteMatrix, ESP dan Omega. Memang rasa beza sangat dengan yang first dulu..
  • Masa bulan kedua dan ketiga, tengah alahan tak leh masuk makanan dulu, hanya ambil ESP, Alhamdulillah bertenaga, boleh mengajar macam biasa dan boleh jaga anak yang tengah lasak even tak dapat makan nasi pun dalam sehari. Ambil ESP jer 3 kali sehari.
  • Lepas tu bila alahan dah hilang, baru boleh consume vitamin yang lain. Pagi lepas breakfast Vitamin B dan Vitalea, lepas lunch Vitamin C, petang bila lapar minum ESP. Almaklum tengah selera. Asyik nak makan jer, perut selalu rasa lapar. Kenalah berESP, kalau tak rasa nak muntah pulak bila perut kosong. Makan jugak buah2, tapi still tak cukup. Hehe almaklum tangki besar. Minum ESP baru rasa penuh.
  • Cek up kat klinik selalu cantik semua keputusan, Hb, BP. Sekali sebulan jer kena pergi, kira ok la tu. Dulu anak first, selalu ade masalah. BP tinggi la, HB rendah la. berat lebih la. Masa tu consume Vitamin klinik je. Takde topap yang lain.
  • Lagi satu saya ni malas dan liat nak bancuh susu malam2. Hehe, jadi telan jer OsteMatrix before tido 4 biji, dah memenuhi keperluan kalsim. Masalah kaki cramp jarang berlaku, dan kaki pun takde la lenguh sangat macam dulu2. Cikgu kan camne kejenya, seme kelas ngajar sekarang tingkat 4, bayangla camne penatnye naik tangga, pastu mengajar tak boleh duduk, kena berdiri. Nanti kan orang kata mengajar tak bersungguh pulak. Mengandung bukan alasan. Huhu.
  • Alhmdulillah yang paling bersyukur sangat masalah BP tinggi dah takde. Dulu anak first, masa 25, 26 minggu BP tinggi, 140/90 selalu. Setiap 2 hari kena g cek. Lepas tu setiap minggu. Penat pergi klinik. Lepas tu siap kena makan ubat darah tinggi lagi. Huhu. Masa 36 minggu dah kena tahan kat wad, 2 minggu duduk hospital. Macam orang gila, bosan. Kita sihat macam biasa tapi BP tinggi. kena rehatlah kata DR. Rindu kat cik abe jangan cerita la. Tak biasa berjauhan. Huhu berair pulak muta ni bila ingat saat2 jumpa dan masa nak berpisah. Sampailah minggu 38 dah bosan sangat, mintak Dr induce. Kasi beranak. Alhamdulillah anak sihat.
Untuk preggy kali ni, masalah tu dah takde, sekarang dah masuk 7 bulan, tapi BP masih cantik, 120/80. Badan pun masih bertenaga, takde la penat sangat macam dulu. Alhmdulillah, syukur. Kalau kena masuk wad macam dulu, kesian anak sulung, kecik sangat lagi nak berjauhan dengan umi, tak ssampai 2 tahun pun lagi tapi hati tetap berdebar jugak, jangan BP naik lagi. Selalu doa dan makan vitamin ikut jadual.
Papepun syukur pada Allah sebab dipertemukan dengan Shaklee dan masalah2 kesihatan masa preggy dulu telah tiada. ALHAMDULILLAH
~ Puan Syaheera ~

Di bawah ni antara vitamin yang Puan Syaheera amalkan :



Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, December 1

Promosi December 2014


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila masuk hujung tahun je macam biasa banyak pihak mengambil kesempatan untuk mengadakan promosi secara besar-besaran kan. Shaklee pun tidak terkecuali.

Masuk je bulan Disember hari tu sangat lah teruja bila Shaklee mengumumkan yang promosi bulan ni merupakan promosi untuk Vitamin Kecantikan Kulit iaitu Vitamin C dan juga Vitamin E. Kalau sebelum-sebelum ni Shaklee buat double promo tapi bulan ni sampai empat promo sekali gus.



Beberapa hari lepas Shaklee membuat kejutan lagi apabila mengumumkan satu lagi promo untuk bulan ini iaitu Shaklee Collagen Powder ! WOWWW!!


So, siapa nak kelihatan cantik, ini lah masanya untuk anda membuat tindakan yang bijak. Peluang hanya datang sekali kan.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday, November 27

Testimoni : Kisah Vitamin E dan Suamiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Kali ni Fizah nak share pengalaman suami Fizah sendiri after consume Vitamin E.

Siapa tahu apa itu Vitamin E ? Vitamin E atau lebih sinonim dengan Vitamin Cinta.

Asalnya Vitamin E ni suami yang makan dulu. Fizah belikan untuk suami sebab baik untuk KESIHATAN LELAKI.

Selang 2 bulan macam tu dia sendiri buka mulut cakap

" Perasan tak muka abang macam licin je la. Sebab apa eh? Sebab makan Vitamin E ke ? "

Fizah senyum je sambil mengiyakan. Actually dah lama perasan muka suami dah lain. Saja diam tak nak cakap apa-apa biar dia sendiri yang perasan.

Selain daripada licin, Fizah perasan kulit muka suami makin CERAH & TAK KUSAM lagi. Sekali tengok macam makin handsome pulak banding dulu. Cewahhh.

Fizah pun baru bulan lepas ambil Vitamin Cinta ni gara-gara tak tahan tengok suami nampak macam makin MUDA pulak sekarang. Takkan suami je nak nampak muda kan. Isteri pun kena la sama-sama nampak muda juga. Hihihi

Belikan untuk kesihatan suami je tapi tak sangka dapat macam-macam bonus pulak. Fizah pun dah semakin jatuh cinta dengan Vitamin Cinta ni.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, November 14

Testimoni AJHT : Sakit Lutut Hilang


"Pagi tadi kakak ku mengadu tentang sakit kat lutut, yang katanya sudah seminggu sakit. Disangkakan mungkin kerana cuaca sejuk. FYI, kakakku sudah 48 tahun.
Wah macam orang mengantuk disorongkan bantal, lalu aku pun suggest dia makan AJHT ni. Sebab kebetulan memang aku ada borong stok AJHT baru-baru ni.
So dia pun setuju untuk cuba, kut2 boleh mengurangkan rasa sakit tu. Dia nak ambil sebiji sehari sahaja. Pesanku, kesannya selalu dalam masa 5 hari, InsyaAllah boleh elok.
Petang tadi, masa keluar gi giant, kakak ku cakap, kaki dia dah tak sakit!!! Aku terkejut! Ingatkan dia tak makan lagi, mungkin masih berkira-kira untuk makan. Rupanya dia dah pun cuba, tapi ada sedikit rasa kebas-kebas, mungkin tindak balas AJHT terhadap sendi-sendi tu kan.
Tapi sakit yang ditanggung dah macam tak rasa. Katanya lah.
Syukurr Alhamdulillah. Tak sangka pulak dalam pada duk promote, terjadi pada ahli keluarga sendiri, dan terbukti berkesan. Jom kita kasi promote lagi untuk orang tua kita pulak.
Cadangnya nak hadiah 1 pada mak mertua pulak sebab dah lama menanggung sakit lutut ni. Harap-harap dapat membantu..:)" 
~ Puan Musliana ~

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday, November 13

Dimanakah Hidup Kita Hari Ini

Bismillah.

Sedikit perkongsian.


Dulu.. orang tua kita pergi kerja selepas matahari terbit dan kembali ke rumah sebelum matahari terbenam.

Walaupun memiliki anak yang banyak. Rumah dan halaman pun tetap luas, bahkan tidak sedikit ada yang memiliki kebun dan semua anak-anaknya bersekolah.

Sekarang.. banyak yang berangkat kerja Subuh dan sampai rumah selepas Isyak, tetapi rumah dan tanah yang dimiliki tidak seluas rumah orang tua kita, dan bahkan banyak yang takut memiliki anak ramai kerana takut kekurangan.

"Dan sungguh akan Allah berikan cubaan kepada manusia dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta..." (Al Baqarah (2) ayat 155)

Apakah ada yang salah dengan cara hidup orang moden?

Orang tua kita hidup tanpa banyak alat bantu tapi mereka tenang menjalani hidupnya.

Sementara kita yang dilengkapi dengan pampers, mesin basuh, dapur gas, HP, kereta, TV, email, FB, Twitter, i pad, ruangan ber air cond dan lain-lain.

Seharusnya mempermudah hidup ini tapi ternyata tidak. Sampai tidak sempat kita menikmati hidup kerana semuanya dilakukan tergesa gesa!

Pergi kerja, tergesa gesa
Pulang kerja, juga tergesa gesa
Makan tengahari, tergesa gesa
Di lampu merah, tergesa gesa
Berdo'a pun, tergesa gesa
Bahkan solat pun, tergesa gesa

Sifat di atas bukti dari Al-Qur'an surah Al Isra' (17) ayat 11

"Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa"

Hanya mati yang tidak seorang pun mau dipercepat

Kerana takutnya akan kurangnya harta untuk keluarga sampai sampai kita berkira dalam BERSEDEKAH, sementara Allah tidak pernah berkira dalam memberi rezeki kepada kita.

"Syaitan menakut-nakuti kamu dengan kemiskinan dan menyuruh berbuat kejahatan...."(Al Baqarah (2) ayat 268)

Bahkan kerana takutnya kita kehilangan pekerjaan hingga berani melewatkan Solat Subuh, Solat Maghrib dan sebagainya.

Sampai di manakah hidup kita hari ini ??
Continue Reading

Wednesday, November 12

Muhammad Hafiy Haiman 4 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan bersama dengan insan-insan tersayang.
Suka Hisap Jari
Sedar tak sedar baby Hafiy dah pun 4 bulan. Alhamdulillah baby Hafiy membesar dengan sihat dan jayanya. Mana taknya peha tu makin lama makin debab. Kitorang yang hari-hari duk tengok dia memang geram sangat ! Hihihi

Dalam tempoh 4 bulan ni syukur sangat sebab Hafiy ni sangat mudah nak jaga. Mana taknya kerja dia tidur je. Cuma siang je la kadang-kadang tu dia meragam.

Kalau malam hari la kan, masuk je Maghrib dia akan tidur sampai malam hari. Langsung tak bangun-bangun lak tu. Time dia tidur la baru Fizah boleh layan dan hadap betul-betul Abang Haziq.

Baru bangun tidur
Baby Hafiy akan bangun menyusu dalam jam 3 or jam 4 pagi. Haa lama kan dia tidur. Kalau masa nak masuk tidur tu Abang Haziq bising kadang-kadang dia akan bangun jugak. Tapi kalau lena sangat memang dia tak akan bangun.

Sekejap je rasa, dah pun 4 bulan. Semoga membesar dengan jayanya.

Sayang awak sangat !!
Continue Reading

Tuesday, November 11

Himpunan Testimoni ESP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Fizah nak share himpunan testimoni-testimoni ESP yang menarik.
Actually kalau anda google memang banyak sangat testimoni ESP.


1. HUSBAND KOMEN MUKA SEMAKIN CERAH !!

- Consume  : ESP



2. KULIT MUKA YANG KUSAM SEMAKIN CERAH & BEKAS JERAWAT SEMAKIN PUDAR !!

- Consume : ESP, Meal Shakes, Vitamin E, GLA, Vita-Lea, Vitamin C

             


3. KULIT MUKA NAMPAK CERAH, GLOWING & LICIN !!

- Consume : ESP & GLA

Itu beberapa testimoni ESP yang Fizah dapat.

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, November 10

Kelebihan ESP yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa kat sini peminat ESP sila angkat tangan. Hihihi.
Fizah mengaku yang Fizah memang peminat tegar ESP ni tau. 


Sebab apa? 

Sebab ESP ni banyak sangat KELEBIHAN dia. Fizah sendiri dah rasa ESP ni. Makin lama makin JATUH CINTA dengan ESP.

Nak tahu tak apa KELEBIHAN ESP ni ? Jom kita tengok sama-sama ya.

Kelebihan ESP yang perlu anda tahu
  1. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  2. Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  3. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  5. Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. Testimoni sebenar dari rakan Fizah yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa kurang dari sebulan hanya dengan ESP.
  6. Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
  7. Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan  menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  8. Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  9. Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
  10. Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  11. Membentuk otot bagi mereka yang melalui proses untuk menurunkan berat badan
  12. Membantu untuk menguatkan ingatan & memori

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Sunday, November 9

Testimoni : ESP, Vitamin E & Vitamin C

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Fizah nak share testimoni pengguna yang menggunakan ESP, Vitamin E, dan Vitamin C.

Alhamdulillah kulit semakin cerah, tona kulit menjadi lebih sekata dan parut-parut jerawat pun dah semakin pudar !


Okay, kalau lihat pada gambar ni, boleh nampak beberapa perubahan pada kulit muka pengguna ni kan. Antaranya :
  • Wajah makin berseri 
  • Tona kulit lebih sekata
  • Parut jerawat semakin pudar
Dah nampak hasilnya kan. So apa tunggu lagi, nak tengok hasil orang lain je ke? 
Tak teringin nak memiliki kulit seperti pengguna ni ?


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Saturday, November 8

Testimoni : Kulit Cerah secara Semulajadi



Kisah Shaklee Effect saya : Cerah secara semulajadi
Malu sebenarnya nak post picture sendiri..Sebenarnya nak tunjuk kaler tangan dah sama ngan kaler muka lps tukar skincare Shaklee..
Sebelum ni guna skincare lain..warna memang kontra..selalu sorok tangan..haha.
Sekarang tak sorok dah..dah guna ingredient natural..hasilnya pun natural gak kan..i likeeee.
Baru 2 bulan guna 1 set lengkap nutriwhite.
Nak tau apa perbezaan yang saya rasa??✔rasa lembut dan fresh sangat bila lepas cuci muka✔takde pedih2 macam dulu✔takde merah2 macam dulu✔tak gelupas atau nipiskan kulit muka✔dah dapat warna kulit yang natural
Rasa natural sangat2. Cerah secara semulajadi. I like this Shaklee Effect!!


~ Puan Wani ~

Actually bila baca story Wani ni teringat pulak iklan TERLAJAK LARIS. " Eeee macam Dayang Senandung, muka aje putih tapi tangan hitam ! " hihi..

Jadi, apa tunggu lagi! Takkan nak tengok je kan. Tak nak CUBA ?


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Friday, November 7

Testimoni : Kulit Cerah Berseri Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Kali ni Fizah nak share satu testimoni dari sideline Fizah. Nama sideline Fizah ni Rose Kamal. Jom tengok gambar yang Rose kamal ni share. 


Haa sekali tengok ingatkan bukan orang yang sama kan. Tapi sebenarnya ini memang orang yang sama tau. Jom kita baca apa yang Rose Kamal cakap after amalkan Shaklee secara konsisten.

Bismillah,
[Dulu dayang senandung, sekarang......]
Picture SEBELUM pada tahun 2010,Umur Rose masa ni 25 tahun,Muka gelap, berminyakdan bulat sikit

Bermekap bagai, siap ngan contact lense sebab nak ambil pic passport.
Tapi macam kurang comeh kan?
Benci kalau nak amek pic passport/IC.
-------------------------
Picture SELEPAS pada tahun 2014 (current)Masa ni tengah berniaga, nampak tempat ambil picture passport, tengah-tengah panas tu, rasa macam comot tapi pergilah jugak ambil picture,
Tanpa mekap
Tudung pasar je pong tapi macam comeh lebih sikit dari picture yang SEBELUM kan?
Nilailah sendiri apa BEZAnya, before and after :)
This is my ‪#‎shakleeeffect‬Sebab itu kalau orang tanya, macam mana nak maintain, nak kulit gitu gini.
This is my answer. Shaklee memang terbukti berkesan.
Kan?

Okay itu apa yang Rose Kamal cakap after dia amalkan Shaklee.

Apa tunggu lagi?? Nak tengok dan baca testimoni orang aje ke? Tak teringin nak cerah, cantik dan berseri macam Rose Kamal tanpa mekap?


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Thursday, November 6

Testimoni : Kisah Kembung Perut dan ESP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada cerita disebalik cempedak goreng ni. Nak tahu tak apa dia?


Asyik share testimoni orang je so, hari ni Fizah nak share testimoni sendiri la pulak. Cerita ni cerita benar sebenar-benar nya ya. Bukan rekaan semata-mata.

Cerita ni berlaku semasa Fizah berada di Seremban. Nak dijadikan cerita mak Fizah buat cempedak goreng untuk minum petang. Fizah ni pulak memang pantang jumpa cempedak goreng.Hihi

Fizah makan la 2 ketul. Memang tak makan banyak sebab tengah menyusukan baby kan. Malam tu terus rasa tak selesa perut. Rasa macam berangin nak pusing-pusing dalam perut. Dah berkata-kata ni mesti sebab makan cempedak ni.

Baby pun macam dah meragam malam tu. Mak tengok perut baby macam dah kembung! Alamakk Macam mana ni? Fizah pun memang dah rasa tak selesa sangat-sangat! 2 ketul je pun, efek dia memang bahaya sungguh!

Terus teringat ESP. Apa lagi terus pergi shake ESP dan minum dengan lahapnya. Hahaha (Statement tak boleh blah kan)

Syukur Alhamdulillah selang beberapa minit terus rasa okay! Kalau tak malam tu Fizah pun tak boleh tidur agaknya. Baby pun tak meragam dah malam tu. Nasib baik lah ada ESP sebagai penyelamat.

Gatal sangat pergi makan Cempedak siapa suruh. Dah la baru habis pantang! Hihi.. 

Tapi memang betul tau, kalau Fizah konsisten ambil ESP makan lah apa-apa pun Alhamdulillah perut baby tak meragam. Kalau masa Haziq dulu makam mi kuning tu pun tak boleh!

Pernah sekali makan mi goreng (mak jugak yang buat), malam tu Haziq kembung sampai kena pergi hospital malam hari tu. Tak pasal-pasal. 

Semakin lama semakin JATUH CINTA dengan ESP!


Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Wednesday, November 5

Kenali Migrain

Assalamualaikum.

Okay semalam Fizah ada share petua menghilangkan penyakit Migrain. So kali ni Fizah nak cerita pula apa itu Migrain dan jom kita kenali apa punca-punca penyakit Migrain ni.

Mengalami sakit kepala secara berpanjangan merupakan penyakit yang dikenali sebagai migrain. Sakit kepala/Migraine sering berlaku pada bila-bila masa sahaja. Ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam, ada yang terpaksa terbaring tidur sahaja sepanjang hari jika terkena migraine.

Jom ketahui apakah punca yang boleh menyebabkan penyakit migrain menyerang kita.



Apakah Punca Sakit Migrain? 

Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. 

Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.


Ketahui PUNCA kenapa MIGRAINE berlaku:
  1. Kesan daripada alahan seseorang
  2. Silau akibat lampu yang terang
  3. Bunyi yang terlalu kuat
  4. Bau wangi yang terlampau kuat
  5. Tekanan fizikal atau emosi
  6. Waktu tidur yang tidak teratur
  7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  8. Stres
  9. Menahan lapar
  10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

Selain itu, perlu juga kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:
  1. Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
  2. Sakit kepala di sebabkan migrain
  3. Sakit kepala di sebabkan sinus

Untuk mengelakkan MIGRAINE elakkan daripada:
  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  • elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama

Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Okay itu serba sedikit yang dapat Fizah kongsikan berkenaan dengan Migrain ni.

In Shaa Allah entry selepas ni Fizah akan kongsikan pula Set Cadangan Shaklee :)
Continue Reading

Tuesday, November 4

Testimoni : Meal Shakes dan Omega Guard Untuk Anak-anak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Puan Che Saida Tina yang memberi anaknya Meal Shakes dan juga Omega Guard.
Jom kite tengok apa perubahan yang anak beliau dapat selepas ambil 2 produk ni.

Sebelum:
  • selalu asthma
  • kulit selalu ruam
  • gatal-gatal
  • alah susu lembu
  • muntah-muntah
  • tonsil selalu kena dan cepat demam
  • berat badan susut
  • tiada selera makan

Selepas 2 bulan ambil Meal Shakes n Omega :
  • asthma dan batuk kurang
  • tidak ambil nabulizer sejak 3 bulan lepas
  • selera makan bertambah
  • berat badan naik
  • boleh mula minum susu lembu ( jimat 80% dari beli susu soya )
  • kulit tiada ruam 
  • kalau kena gigit nyamuk tidak melarat atau berkudis
  • tonsil kurang dan demam pun cepat baik


PROMOSI NOVEMBER 2014

Terima kasih kerana anda sudi membaca :)

Hubungi kami:
019 659 1541 (Fizah)

Page FB : Kedai Vitamin Kuantan

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Balok, Kuantan
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading

Monday, November 3

Resipi - Ayam Ungkep

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni Fizah nak share pulak satu resipi yang Fizah baru sahaja try tengahari tadi. Resipi ni actually Fizah jumpa masa tengah mencari-cari menu untuk masak hari ni.

Mula-mula tu planning nak masak Ayam Masak Gajus tapi tak dapat nak masak lauk tu sebab nya cili yang dah siap blend tak ada. So Fizah pun buka la Mr Google lalu terjumpa resipi ni.

Ayam Ungkep

Bahan-bahan:
  • 1 kg ayam - potong 10 - perap dg garam & kunyit 
  • 2 batang serai - dititik
  • 3 cawan air
  • Garam/gula/perasa pilihan
  • 1/2 keping asam keping - opsyenal
  • Minyak masak

Bahan tumbuk / kisar:
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah 
  • Sejemput serbuk ketumbar
  • Sejemput serbuk jintan manis
  • Sejemput serbuk jintan putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 15 biji cili padi 

Cara cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan serai dan ayam yang telah diperap dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.
  3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
  4. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.
Haa tu la dia resipi Ayam Ungkep ni. Memang sedap sangat. Actually tak pernah makan dan tak pernah masak pun. Kalau disebabkan ada cili blend tadi rasanya memang tak masak la kot Ayam Ungkep ni.

Macam biasa Fizah suka masukkan gambar dalam Facebook kalau Fizah masak menu baru. Ada la kawan Fizah ni komen dan bagitahu yang Ayam Ungkep ni masakan Jawa. Siap cakap pandai Fizah masak masakan Jawa. Hihi

Memang sedap sangat Ayam Ungkep ni. Encik Suami cakap macam rendang.

So, selamat mencuba. 
Continue Reading

Sunday, November 2

Our Little Hero

Entry saja-saja nak share gambar hero-hero kami.

Muhammad Haziq Haiqal & Muhammad Hafiy Haiman

Muhammad Haziq Haiqal
Muhammad Hafiy Haiman

Sama ke muka diorang ni masa baby. Macam ala2 sama je kan. Yang bezanya tang mata tu.

Sorang BULAR! Sebab masa pregnant Haziq suka tengok cerita Hindustan.
Sorang lagi SEPET! Sebab masa pregnant Hafiy suka tengok cerita Korea. Hihihi

Ada kene mengena ke? Ahakss.

Sayang kalian dunia akhirat. Kalian lah anak syurga Mama dan Ayah !!
Continue Reading